BAB 1

478 14 1
                                        


  KAMIL pantas berlari menuju ke arah kereta Toyotaberwarna hitam yang berhampiran lorong belakang. Manakala Jamal juga tergopoh-gopoh sambil memeluk eratbeg yang berisi duit hasil rompakan kedai emas. 

"Kenapa ni? Apa dah jadi?" Saad yang duduk dibahagian pemandu terkejut apabila melihat kedua-duarakannya itu menyerbu ke arah keretanya sebelum masayang ditetapkan untuk mereka beredar. 

"Ada polis kejar kita! Cepat, kita kena lari sekarang!" ujar Kamil, cemas. 

Muka Kamil pucat apabila ternampak kereta polis taditidak jauh dari kedai barang kemas itu. Dia mengesyakisalah seorang daripada mereka telah belot danmenghubungi pihak polis. 

"Macam mana polis tahu kita nak merompak ni?" soalSaad yang juga mula cemas. Dia tidak tahu hendak ke mana lagi. 

Kedengaran sirenkereta polis tidak jauh dari kereta yang dipandunya. Saadcemas. Jamal terus memandu arah kereta yang dibawa olehSaad supaya dapat lari daripada dikejar oleh polis. 

"Sini, kita lari arah ni!" Jamal terus mengarahkan Saaduntuk memasuki kawasan Stesen Kereta Api Lama yangkini penuh dengan orang awam. 

"Kenapa kita ke sini?" Saad seperti hilang arah. 

Diatidak menyangka rancangan yang diatur denga teliti akanmenjadi huru-hara seperti ini. Saad pasti, ada di antara mereka yang belot danmerosakkan segala rancangan yang telah diatur olehnya. Sekejap lagi polis akan datang. Jika mereka tidak dapatmelarikan diri, sudah tentu mereka bertiga akan ditahandan menerima hukuman setimpal atas kesalahan yangmereka lakukan. 

"Kita terpaksa tinggalkan kereta kat sini. Jom!" Kamilterpaksa menukar rancangan. Dia terus keluar daripadaperut kereta dan berlari menaiki tangga Stesen Mewangi. 

"Kita nak ke mana ni?" Saad masih lagi terpinga-pinga. Dia hanya mengikut sahaja dua lagi sahabatnya tanpa tahuapa-apa rancangan. 

"Jika ada kereta api yang tiba nanti, kita naik. Kita dahtak ada pilihan lagi." Kamil mengarahkan kedua-duasahabatnya itu. 

Kamil dan Jamal hanya mengangguk faham. Manakalabeg yang berisi duit digenggam erat oleh Kamil. Sedangmereka bergegas mahu melarikan diri, Kamil terlanggarseorang perempuan yang agak berusia. Kamil hanya memandangnya sahaja. Dia betul-betultidak sengaja. Sempat juga wanita itu memandang ke arahKamil. Sebahagian wajahnya yang kelihatan cacat ditutupdengan tudung yang dipakainya. 

"Kau takkan terlepas! Jaga-jaga!" Terdengar suarawanita itu seperti mengancamnya sambil jari telunjuknyamenunjuk tepat ke arah Kamil. Kamil mengerutkan dahi. Kakinya tidak berhentidaripada berlari. Hatinya berasa seperti ada yang tidak kenapada ketika itu. Rasa bersalah kerana tidak sengaja menolakwanita itu. Sebaik sahaja dia menoleh semula ke arahwanita tua itu, wanita itu terus hilang dari pandangan. Sedang bergegas mahu menaiki kereta api, merekaditahan oleh seorang pengawal yang bertugas di pintu masuk. 

"Tiket, encik. Tiket," ujar pengawal itu sambilmenghalang. Jamal yang tidak tahu berbuat apa terus mengeluarkanpistol daripada sakunya lalu mengacukan ke arah pengawalitu. Ini menyebabkan kekecohan berlaku. 

"Argh!" Seorang wanita menjerit apabila melihat situasiitu. Orang awam yang lain juga turut menjerit dan panik. 

"Apa kau buat ni?" soal Saad, tidak setuju dengantindakan Jamal. Kamil juga terperanjat dengan tindakan itu. 

Merekahanya perompak, tetapi bukan pembunuh!Siren kereta polis kedengaran lagi. Mereka bertiga terusberlari menuju ke arah tempat ketibaan kereta api. Kamilmelihat di skrin ketibaan, kereta api akan tiba dalam masalima minit lagi. Jamal yang mengacukan pistol terus melakukandemikian supaya pihak polis tidak mendekati merekabertiga. Keadaan menjadi lebih huru-hara dengankehadiran sepasukan polis ke kawasan itu. Inspektor Hassan yang ternampak kelibat salahseorang perompak yang memegang senjata dari jauh terusmenjerit. 

"Kami polis! Jangan bergerak, letakkan senjata!" jeritInspektor Hassan. 

"Apa kita nak buat ni, Kamil?" Jamal panik. Pistol ditangan masih diacukan ke hadapan secara rawak. 

Saad kelihatan pucat kerana tidak pernah berhadapandengan polis sebelum ini. Dia merasakan nyawanya beradadi hujung tanduk. Peluh kian membasahi wajahnya. Kamil yang tidak tahu untuk berbuat apa terusmencapai tangan seorang kanak-kanak yang beradaberhampiran, lalu memeluknya erat. Suasana yang kucar-kacir menyebabkan polis terpaksa menenangkan orangawam dan mengarahkan mereka ke tempat selamat. 

"Jangan dekat, jika tidak aku akan tolak budak ni kelandasan!" laung Kamil. Manakala Saad dan Jamal berundur ke belakangmenghampiri landasan. 

Pon! Pon! Pon! 

Kedengaran bunyi kereta api sudah tiba. Kamil berasalega. Mereka bertiga bercadang untuk menaiki kereta apiitu untuk melarikan diri daripada pihak polis. Sebaik sahajapintu kereta api dibuka, mereka bergegas masuk bersamakanak-kanak lelaki itu. 

"Ibu!" Kanak-kanak itu menjerit dan menangis teresak-esak, ketakutan. 

Namun, tiada apa yang boleh dilakukan. Kamil terusmemegangnya kuat supaya kanak-kanak itu tidak dapatmelarikan diri. Kereta api terus bergerak meninggalkanstesen. Sebaik sahaja pintu ditutup, Kamil ternampak lagikelibat wanita tua itu. 

Kali ini, dia kelihatan amat marah sekali. Matanyadibulatkan dan angin yang bertiup mengalihkan sedikit kainyang menutupi sebahagian wajahnya. Kamil terkejutapabila melihat sebahagian wajah wanita itu berlumurandarah dan ulat keluar daripada wajahnya. 

"Kenapa kau tak tolak aje budak ni keluar tadi?" Jamalmengherdik sebaik sahaja kereta api beredar. Dia tidak puas hati apabila Kamil membawa budak itu bersama mereka. Ini akan menjadi bala lebih besar lagiapabila menculik budak bawah umur. 

"Aku panik! Aku tak tahu nak buat apa lagi," ujarKamil, kalut kerana masih terkejut dengan situasi yangterjadi. Semua rancangan mereka hancur. Dia juga cemasapabila melihat polis sedang menuju ke arah mereka. Saadjuga diam seribu bahasa. Tidak mahu menambah, nanti diapula yang dituduh.  

"Ada yang belot di antara kita?" Kamil memancing, matanya memandang ke arah kedua-dua sahabatnya. 

"Kau jangan nak mula. Aku tumbuk muka kau nanti!"Jamal naik angin. Sentap tiba-tiba apabila Kamilmemandang tajam ke arahnya. Seolah-olah tuduhan itu ditujukan kepadanya. 

"Habis tu, siapa?" jerit Kamil, lalu melepaskanpenumbuknya ke cermin tingkap. 

"Manalah aku tahu!" Jamal melepaskan geramnyadengan meninggikan suara. 

"Sudah! Sekarang kita fikir bagaimana kita naklepaskan diri daripada tak ditangkap polis. Kalau bergaduhmacam ni, sampai bila pun tak selesai." 

Saad yang sedaritadi mendiamkan diri, terpaksa bersuara untuk mengawalkeadaan sebelum terjadi apa-apa hal yang tidak diingini. Kamil dan Jamal hanya diam dan tidak membantah. Duit yang berada dengan Saad dipegang kemas. Merekaperlukan rancangan baru untuk meloloskan diri daripadaditangkap polis. 

"Aku rasa kita selamat buat masa ni. Nanti aku akanuruskan budak ni." 

Kamil mahu bertanggugjawab ke atasbudak itu. Dia akan menjaga budak itu sehingga ke stesenyang berikutnya. Budak lelaki yang berusia lingkungan sepuluh tahun itu hanya diam daripada tadi. Dia melihat sahaja apa yangmereka bincangkan. 

Kamil dan rakan-rakannya terus memasuki salah satugerabak dan mengambil tempat duduk yang kosong. Tibatibadia perasan akan sesuatu apabila dia masuk tadi. Diamemandang ke sekeliling gerabak yang dinaiki tadi. Namuntiada seorang penumpang pun yang kelihatan. 

"Mungkin dia orang lari waktu kita naik tadi." 

Kamilmemberi pendapatnya. Saad hanya mengangguk setuju. Jamal hanya menjelingtajam, lalu terus mengambil tempat duduk berasingandaripada rakan-rakannya itu. Mereka bertiga perlu memikirkan satu rancangan sebelum tiba ke stesen yangseterusnya. Budak lelaki itu sudah menjadi tawanan mereka buatmasa ini tanpa sengaja. Kamil diarahkan untuk mengawasibudak itu setiap masa. Memandangkan dia yangmenimbulkan masalah besar buat mereka bertiga.  

Projek Seram Tren - GhaibTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang