BAB 10

124 6 1
                                    


BAM!

Finadya menghempas pintu kereta dengan kuat. Finazri dan Raden Ardewi tersentak memerhatikan gelagat anak dara itu. Kedua-duanya saling berpandangan sebelum kembali memandang ke arah Finadya.

Apa yang tak kena? Bisik kedua-duanya dalam hati.

Mata mereka terkebil-kebil memerhati langkah laju Finadya dengan muka yang mencuka. Langsung tidak menyapa ibu dan abangnya. Malah, menonong berjalan melangkah ke dalam meninggalkan Finazri dan Raden Ardewi yang terpinga-pinga kehairanan. Lalu, terus menuju ke biliknya. Pintu biliknya turut dihempas kasar.

"Kurang ajar punya betina! Biadab!" jerit Finadya menggegarkan biliknya.

Dia tidak peduli sekiranya jeritannya itu didengari oleh sesiapa pun. Yang penting, segala apa yang dirasa di dalam jiwa mampu diluahkan.

"Aku benci kau! Aku benci kau!" jerit Finadya lagi, memecah kesunyian petang.

Berkerut kening Finazri mendengarkan jeritan lantang adik perempuannya itu. Dia menjengah-jengah ke ruangan atas. Tetapi, dia masih lagi melekat di tempat duduknya.

Adalah tu yang tak kena, bisik Finazri.

Faham benar dia dengan perangai adiknya itu. Jika ada yang tidak berkenan di hati, pasti adiknya itu akan mengamuk. Perangai anak manja!

"The Controller tinggalkan Medan Undangan? Heh! Tak berguna kau tu jadi Miss Dejavu kalau tak mampu nak rungkaikan misi. Miss Dejavu konon... heh! Pergi jahanamlah sama kau punya dejavu! Ni Mayang Finadyalah! Jangan panggil aku Nadya kalau aku tak dapat apa yang aku nak. Ini darah keturunan Megat Zaman Shah tahu tak! I'm The Controller! The stronger controller!" bentak Finadya.

Berbulu sungguh hatinya mendengarkan kata-kata daripada Airis Zulaikha. Setaip kali dia terbayangkan senyuman sinis gadis itu usai berkata-kata, amarahnya meluap-luap. Dapat dirasa Airis Zulaikha menyindirnya. Dapat dirasa juga gadis dejavu itu sedang menyimpan sesuatu dari pengetahuannya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk. Pantas dia menoleh geram.

Hisy! Tak boleh tengok orang senang langsung! Rungut Finadya dalam hati.

Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah dia membuka pintu itu. Wajah Finadya cemberut memerhatikan ibunya yang tersenyum manis. Begitu kontra riak wajah mereka. Yang satunya merah padam menahan kemarahan yang menggila. Yang satu laginya pula tersenyum lembut menenangkan sesiapa sahaja yang melihat.

"Kenapa ni, Nadya?" soal Raden Ardewi lembut.

Senyuman tidak lekang dari bibir Raden Ardewi. Lembut sahaja pandangan mata si ibu menatap puteri tunggalnya itu. Perlahan-lahan ibunya itu melangkah, kemudian menghenyakkan punggungnya di birai katil.

"Tak ada apa-apalah, bu!" balas Finadya kasar.

Dia mendengus geram usai berkata-kata. Sengaja ditayang wajah yang masam mencuka.

"Kalau tak ada apa-apa, kenapa marah-marah?" soal Raden Ardewi lagi.

Wajah Finadya semakin kelat. Rancangannya untuk membuatkan ibunya meninggalkannya bersendirian tidak berjaya. Malah, ibunya seakan-akan sengaja mahu mengorek segala rahsia hatinya.

"Wes ngomong kok ora eneng opo-opo! (Dah cakapkan tak ada apa-apa!)" balas Finadya di dalam dialek ibundanya.

Raden Ardewi yang mendengar tersenyum lebar. Dia merenung lembut wajah anaknya itu yang jelas tidak berkenan akan kehadirannya itu. Dia menggeleng melihatkan ulah si anak manja di hadapannya itu. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Kowe ijek ora eneng opo-opo, ngopo ngangge boso ne ibu. Omong eneng opo? (Kalau tak ada apa-apa, takkan gunakan bahasa ibunda ibu. Beritahulah kenapa?)" bidas Raden Ardewi lalu mengerling ke arah Finadya.

Finadya lambat-lambat membuah kata-kata. Segala yang dipendam, akhirnya diluahkan kepada ibunya. Raden Ardewi tersenyum mendengarkan masalah anaknya.

Baru masalah sekecil itu sudah berangin satu badan. Macam manalah nanti jika datang masalah yang lebih besar? Entah-entah, habis puting beliung agaknya rumahnya nanti. Getus Raden Ardewi dalam hati.

"Loh bu! Kok ngguyu njek ngele? Kuwe arek bantu opo orak? (Kenapa ibu senyum aje dari tadi? Nak tolong ke tidak?)" soal Finadya sedikit kasar.

Hatinya membengkak melihatkan ibunya dari tadi asyik tersenyum memandangnya.

Mukanya yang masam mencuka semakin kelat melihatkan tingkah ibunya itu.

"Kuwe wes nggolek opo seng ibu ajere opo urong? (Dah buat apa yang ibu ajarkan?)" soal Raden Ardewi.

Serta-merta senyumannya hilang. Wajahnya yang menatap lembut juga berubah serius. Dia merenung tajam ke anak mata Finadya. Gadis itu mengeluh kasar. Berkerut mukanya membalas pandangan ibunya.

"Sudah! Semua Nad dah buat. Tak menjadi, bu. Dia tu macam kebal aje. Macam tak lut dengan ilmu ibu!" ujar Finadya, keras.

"Ora eneng seng kebal kek donyo iki, Nadya! (Tak ada apa yang kebal di dunia ni, Nadya!)" balas Raden Ardewi, tegas!

Melihatkan perangai anaknya itu, serta-merta Raden Ardewi terkenangkan arwah suaminya, Megat Haleem. Perangai dua beranak itu sama sahaja. Sikap panas baran anak daranya itu saling tidak tumpah dengan sikap arwah suaminya.

Namun, arwah Megat Haleem tidaklah seberang Finadya. Ada ketikanya sahaja suaminya itu melenting. Tidak seperti Finadya. Anak daranya itu amat pantang sekiranya apa yang dimahukan tidak diperolehi. Pasti akan ada angin puting beliung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bisikan ParanormalWhere stories live. Discover now