Memori, Kelahiran dan Virgo

9 2 0
                                    

Aku terjaga, ya terjaga. Haha. Tertutup mata dek alunan irama yang tenang. Jam menunjukkan 5.13 pagi dan aku baru teringat, hari jadi kakakku pada hari ini. Aishhh! Aku tak terlambat untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Aku imbas kembali kenangan pahit dan manis, suka dan duka, bersama kakakku. Walaupun sewaktu kecil dahulu aku selalu bertengkar dan pernah aku bergaduh dengan dia kerana beg Converse, sehingga aku mendapat hukuman daripada kedua orang tuaku.

Ya, dia anak kesayangan Abah. Tapi, tidak mengapa, aku tidak hairan dengan perkara itu. Tidak mengapa. Malah aku bangga dengan kakakku itu. Walaupun garang, tetapi dia tetap sayangkan aku. Virgo sama Virgo, bertengkar tetapi akhirnya menjadi rakan yang hebat!

Pernah sewaktu ketika dahulu, semasa hari raya Aidilfitri, aku memohon kemaafan daripadanya, lalu aku dilemparkan dengan lempangan mesra. Aku tidak marah, tetapi aku tertawa sehingga kesemua keluargaku ketawa. Haha. Hiburan, walaupun sedikit tetapi bermakna.

Ahhhhhh, kakakku kini hampir berkahwin pada hujung tahun ini. Mesti dia sungguh gemuruh, kerana hendak menamatkan zaman bujangnya.

Aihhhhh, tersenyum kecil aku teringat segala memori yang pahit, tetapi manis.

Alang, terima kasih untuk segala memori, walaupun aku degil namun aku tetap menyayangimu.

Semoga semua perancangan kita terlaksana dan semoga baik hendaknya di bumi perantauan.

Terima kasih untuk segala memori.

Aku menyayangimu.

Dalam AkuWhere stories live. Discover now