Mata terbuka, luas. Aku kembali. Kehidupan dijalani seperti biasa, matahari kembali terbit, menyinari kehidupan dunia ini. Aku tersenyum, tetapi seakan sesuatu yang tidak lepas dari dadaku. Resah? Mungkin. Tapi, mengapa aku resah? Mengapa keresahan ini menjengah aku tika pagi ini adalah pagi yang amat sempurna untuk aku. Pagi hari yang indah, tidak seperti biasa.
Aku bertanya dalam diri,
"Wahai resah, mengapa kau hadir?"
Resah membalas,
"Aku hadir kerana engkau memanggilku"Apakah ini semua? Apakah ini?
"Kalau ingin mengetahui lebih lagi, keluarlah dari bilik ini." Resah berkata.
Aku terkejut, kaget. Aku panik. Setelah beberapa minit aku ambil untuk tenangkan diriku, aku membuka pintu. Dengan harapan tiada apa buruk yang berlaku.
Setelah aku membuka pintu, alangkah terkejutnya apabila aku terlihat sesuatu, yang tergantung, berkaki. Ya, aku tidak berani untuk melihat siapakah yang tergantung di tengah-tengah ruang tamu rumahku ini.
Aku takut. Apakah aku punca ini semua? Adakah aku penyebab masalah ini berlaku?
Aku melihat kaki mayat yang tergantung itu. Kelihatan gelang kaki di situ. Eh, itu gelang yang aku beri kepada Iza!
Oh tidak, aku tidak dapat mengawal perasaanku. Aku mengangkat mukaku untuk lihat siapakah yang tergantung itu.
Oh tidak! Iza! Mengapa Iza tergantung! Mengapa!
Perasaanku bercampur baur. Aku tidak tahu. Aku buntu. Kekasihku hilang.
Yang aku musykil, mengapa Iza tergantung? Aku yang membunuh dia? Atau ada sesuatu yang terjadi?
Ahhhhhh, aku resah.
Resah datang bersalaman denganku.
Resah kekal buat sementara waktu.
Resah, menjelma.
Resah itu wujud.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dalam Aku
PoetryDalam lagu itu aku, Berirama mesra untuk kamu, Dalam pelukan aku memerlukan, Secebis kasih untuk masa hadapan.