Cari Aku

18 2 0
                                    

Aku terbangun dari mimpi, ya, mungkin mainan khayalan aku. Pagi ini sambil ditemani secawan kopi dan lagu-lagu "Lo-fi" kegemaran aku, aku termenung jauh, jauh dari sudut pemikiran kasarku. Kali ini, biar si halus mula berbicara. Lantas aku melabuhkan badanku di atas sofa yang empuk. Hah, lega rasanya.

Ya, si halus berbicara tentang kehidupan. Mengapa kehidupan ini sungguh kejam, tetapi kita tetap diberi peluang untuk terbuka mata hati serta mata kasar untuk kita terus hidup? Mengapa tidak saja si kehidupan ini membunuh kita? Bukankah kekejaman itu patut diakhiri dengan memusnahkan sesuatu yang ada? Bahkan Adolf Hitler itu seorang yang kejam dan dia juga menghapuskan kaum yahudi dengan membakar mereka hidup-hidup. Ya, The Holocaust. Bukankah itu yang kekejaman perlukan? Ya, sungguh kejam dan aku benci kepada kekejaman si Hitler itu.

Ahhhhh, jauhnya berfikir si halus ini! Tapi ya, mengapa kehidupan ini tidak membunuh kita?

Bagi si halus, mungkin kehidupan itu tidaklah sekejam yang disangka. Mungkin, yang lemah sahaja berkata kehidupan itu kejam. Mungkin kerana sengaja berkata begitu untuk mengelakkan diri daripada dicemuh dan dikecam sekeliling masyarakat. Siapa tahu, bukan?

Ahhhhh, lagu kegemaranku tika waktu subuh, Cause by Vhsceral. Lo-fi yang tenang, aku kembali kepada jalan, dimana aku sedang mencari siapa aku.

Mungkin kehidupan ini mengajar aku untuk lebih mencari siapa aku. Cari aku? Ya, mencari di mana aku, siapa aku.

Agak pusing dan pening bukan? "Mindfuck". Tetapi, aku hendak mencari, siapa aku, cari aku.

Ramai berkata aku ini gila. Gila dari sudut berbeza. Gila yang bukan tipikal bahkan jauh sekali untuk jadi tidak terurus. Mungkin gila dari segi pemikiran, ataupun cara percakapan.

Mungkin aku sebenarnya gila, gila bukan?

Tetapi, tidak mengapa, beri aku mencari, siapa aku. Aku cari aku.

Cari aku.

Dalam AkuWhere stories live. Discover now