Hilang aku

12 1 1
                                    

Malam ni, malam yang dingin. Sekali lagi aku terjatuh ke dalam lembah Sid. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan menarik aku. Walaupun hanya seketika, tetapi memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Iza merajuk, mungkin sedih.

Aku tersilap langkah lalu terjatuh, dan jatuh. Sekali lagi Sid menjelma dan berkata umpama syaitan yang telah lama mendiamkan diri.

"Semua benda nak pertikaikan! Semua benda nak diragui! Apa saya ni penipu sangat ke hah?!"

Dan terputus talian telefon ku bersama Iza, seorang wanita yang hebat dan aku sayangi sepenuh hati.

Aku terduduk dan menyesali, selepas aku terjaga dari khayalan Sid. Penyesalan demi penyesalan menjelma. Aku terdiam. Sekali lagi sahabat lama, DID datang bersama Sid yang telah lama tidur.

Aku sakit, aku perlukan bantuan. Mungkin betul apa Safuan kata,

"Kau ni sebenarnya masalah! Kau yang bermasalah, bukan orang lain"

Ayat itu seringkali bermain dan terus berlayar dalam fikiran aku.

Aku hanya mendiamkan diri dan terus dibuai perasaan yang aku telah lama tidak rasa.

Teringat pula pada Fitri, apa dulu seperti inikah cara dia melayan Iza?
Marah dan terus marah?

Entah lah, aku keliru dan aku rasa menyesal. Penyesalan yang aku rasa seperti ingin menamatkan hidupku ini.

Tiada guna kalau jadi seperti ini, hanya marah dan terus marah.

Aku inginkan kebahagiaan.

Bahagia,

Tetapi,

Aku terus hilang dalam diri aku.

Hilang aku.

Dalam AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang