Ilusianasi

1 0 0
                                    

Aku memandang kearah dinding rumah yang ksoong itu. Bersih. Tiada satu habuk pun yang hinggap. Ahhhhh seronok kembali ke ruang ini. Ditemani 13 ekor kucing yang sedang lena menggolekkan diri atas lantai rumah. Selama ini aku berhalusinasi dalam ilusi minda aku sendiri.

Rizal, Elbert, Shasha, aku dan Joker. Meminjam satu tubuh dan nama yang sama. Lama juga turun naik hospital berjumpa dengan doktor. Makin lama makin bosan dengan doktor tersebut. Soalan yang sama. Teori yang sama. Ubat yang sama cuma berlainan dos. Makin tinggi.

Yang bezanya, aku bebas dari narsistik manusia. Penat, lelah, buang masa. Bukan manusia untuk aku. Kelakar kadang kala. Tapi macam tulah hakikat dunia, kau harus bergerak kehadapan dan jangan toleh kebelakang lagi. Kalau kau toleh, susah untuk kau bergerak kehadapan. Kau terperangkap dalam void. Kau akan terbelenggu dengan kisah silam bodoh kau itu. Kau akan selamanya tersekat dan tersekat.

Soal bergerak kehadapan pula, kau harus tabah dalam setiap hal yang mendatang. Kau tak boleh nak merungut sepanjang masa, nanti kau tak tahu bagaimana nak selesaikan masalah yang akan datang pada kau. Ramai akan menghina kau, cuma kau kena tenang. Enjoy your flow. Masa yang baik akan datang jua. Kalau kau gelabah, kau goyah, kau jatuh dalam kancah hinaan sosial. Kau takkan kemana, percaya cakap aku.

"Woi, kau dah sedar? Bila kau bangun?"

Ahhhh...mereka dah bangun. Biasalah, pagi-pagi seperti sekarang ni mana ada manusia yang bangun awal. Cumanya diri-diri kau sahaja yang akan datang. Mungkin dah tiba masa untuk aku undur dan bagi ruang dekat yang lain kawal pula. Soal aku yang Rizal kutuk sebelum ini, itu rasa dirinya sahaja. Bukan aku.

Jangan salah faham, Rizal itu sememangnya takut dengan aku. Biarkan saja dia, dia tidak berani menghadap dunia.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 11, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Dalam AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang