Ketenangan

7 2 0
                                    

Setelah beberapa siri bertengkar dan bergaduh bersama Iza, akhirnya aku berjaya mengecapi bahagia yang sempurna bersamanya. Kami saling berbalah tentang perkara yang remeh dan mungkin ada yang aneh. Ya, terlalu aneh untuk seorang manusia normal memikirkannya. Walaupun aku buntu pada masa itu, namun aku tetap berusaha memujuk alam semestaku untuk berubah, memujuk kehidupanku untuk berikanku sedikit waktu bahagia bersama Hafiza.

Aku bersyukur, aku tenang bersamanya.

Pagi ini, hujan lebat, dan ditemani pula bersama alunan melodi yang tersusun seni yang dibangkitkan oleh Ludwig van Beethoven, iaitu Moonlight Sonata in C-Sharp Minor Adagio. Mendalam, berseni, menusuk ke dalam jiwa sang pendengar.

Boleh juga aku ibaratkan aku ini umpama seorang lelaki, yang berdiri dibalik waktu lampau, hidup bersama perkara klasikal, mungkin juga memori dan kenangan waktu dulu.

Iza bangun dan melabuhkan kepalanya di riba ku, di atas sofa.

"Sayang, tenang tak pagi ni?" Aku bertanya.

Iza tersenyum dan terus menenangkan dirinya dengan memeluk erat perutku. Mungkin jua dia mengecapi nikmat tenang.

Pagi ini sungguh tenang, terlalu tenang bagi kami yang mengalami gangguan emosi.

Pagi ini juga aku terlihat Iza tersenyum setelah sekian lama bermuram.

Terima kasih buat kehidupan.

Terima kasih kepada nafas yang menghembus.

Terima kasih.

Aku, engkau, dia, semuanya, berasa tenang.

Inilah ketenangan abadi, mungkin.

Dalam AkuWhere stories live. Discover now