PART XXIX
"Mummy~"
"Yes, babies."
"Stop calling us babies, mummy."
"If I stop calling you guys babies. Nak panggil apa?"
"Our name. Tashfeen and Tashriq."
"Yes, babies."
"Mummy~~" Farah terhibur dengar anak kembarnya merengek.
"Ok, sorry. Mummy masih nampak anak-anak mummy ni macam baby. Dah besar panjang nanti pun, korang still baby mummy."
"Yea, mummy." Tashfeen dan Tashriq membuat muka bosan.
"Take care. Pastikan take care of each other. Apa-apa call mummy. ASAP."
"Alright, you too take care."
Farah melihat dua anak lelakinya melepasi balai pelepasan. Rasa berat hati biarkan dua anak kecil itu sendiri menaiki flight terbang semula ke Malaysia. Tapi, ini bukan kali pertama. Tashfeen dan Tashriq sudah diajar naik flight sendiri sejak umur 3 tahun tanpa pengawasan dia. Cuma adalah orang yang diupah untuk memerhati dari jauh. Kini, anaknya sudah berumur 5 tahun.
Ingat lagi, mula-mula dia sampai di negara orang dia sudah dibawa ke hospital kerana pengsan. Doktor mengesahkan dia mengandung 2 bulan. Kira kandungannya masih dalam usia awal.
"Miss Farah, are you ready?"
"Yes. I hope they are fine."
"They know how to take care of themselves, miss. Let's go or you'll be late for the meeting."
"Yes. Thank you, Dimitri."
Farah melangkah keluar dari airport dan terus masuk ke dalam perut kereta. Dia harap anak-anaknya dalam keadaan baik-baik sahaja.
----------------------------------------------
"Yasmin, klien kita dah sampai?"
"Belum lagi, tuan. Tapi, tuan."
"Ada apa-apa masalah ke, Yasmin?"
"Klien tu hantar wakil dulu. Lusa baru dia sampai sebab ada urusan penting yang belum selesai di sana."
"Wakil? Okay. Dah readykan bilik untuk wakil dia?"
"Dah. Dia pesan bilik dengan two single bed. Make sure kita sambut mereka."
"Nanti kalau mereka dah sampai jeti. Inform saya."
"Baik, tuan. Tuan pergi lunch dululah. Sementara tak ada apa-apa dekat schedule."
"Ok. Awak jangan lupa lunch juga."
"Baik, tuan."
Yasmin melihat lelaki itu pergi. Troy sekarang lebih banyak habiskan masa di resort atau di pejabat. Kadang-kadang tu ambil cuti bila keluarga Haz datang melawat disitu. Pada tiga bulan pertama kehilangan Farah, resort diumbang-ambing. Troy melepaskan tangan. Kelam kabut Yasmin settlekan semua.
-----------------------------------------------
"Mummy tak cakap pun kita akan naik bot."
"Kenapa kau takut ke?"
"No, I'm not." Tashriq menafikan. Tapi, Tashfeen ketawa apabila melihat tangan abangnya yang kuat genggam tempat duduk dalam bot.
"Tak kelakar. Aku report mummy."
"Janganlah libat mummy." Mereka bukan tidak pernah tengok mummy mereka marah. Memang menakutkan. Apabila seorang menyakat, seorang menangis. Dua-dua kena denda. Memang tak lah nak cari pasal lepas tu.
YOU ARE READING
QUERENCIA
RomantikElisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hany...