PART XIX
Tubuh Farah digendongnya bawa ke bilik gadis itu. Derapan dua pasang kaki laju mengekornya dari belakang. Sebaik sahaja tubuh Farah dilabuhkan di katil, Troy cuba mengundur memberi ruang untuk Mutiara dan Yasmin menukarkan baju basah gadis itu tangan itu kukuh memeluk lengannya tidak mahu lepas. "Sayang, sayang kena tukar baju dulu."
"Sejuk..." tubuh Farah menggigil. Troy berat hati nak tinggalkan. Dia memanjat atas katil. Bersandar di kepala katil. Terkedu sekejap dia kerana tangan Farah mengelilingi pinggangnya dan kepala gadis itu mendarat di dadanya.
"Tuan?"
"Tak apa. Awak dengan Mutiara boleh tunggu dekat luar sekejap. Nanti dia dah lena, saya panggil balik."
"Kau jangan nak ambil kesempatan dekat dia." Mutiara menunding jari memberi amaran. Fikir kawan sakit je, kalau tak memang kepala Farah tu kena luku dah. Macam kucing Parsi gedik.
"Shh..." tangan Troy menepuk-nepuk perlahan bahu Farah seperti tidurkan anak kecil.
Beberapa minit kemudian...
"Tukar pakaian dia. Dah sudah, panggil."
"Untuk?"
"Tak akanlah nak suruh Farah tidur atas tilam basah tu. Aku dah call room manager minta tukar katil Farah terus dari tilam sampailah ke cadar, bantal semua."
"Bagi kita orang 30 minit."
"Take your time." Troy memandang tasik yang dihiasi bunga teratai itu. Cantik. Tapi, lebih indah kalau ada Farah di sebelah dia. Turut menikmati pemandangan yang sama. Dia tidak tahu apa nasib bakal isterinya seorang itu kalau dia masih tidak jumpa Farah yang terdampar di laut. Sendirian!
"Tuan, housekeeping sampai dah. Budak pun dah bawa tilam yang tuan minta."
"Ikut saya." Arah Troy.
Troy masuk semula ke dalam bilik Farah apabila Yasmin dan Mutiara sudah menukarkan baju. Tubuh itu digendong semula perlahan. Tidak mahu ganggu lena Farah. Farah perlukan masa yang banyak untuk rehat dan kembali pulih.
Troy sudah memberi arahan untuk staf-staf resort membuat kerja secara senyap supaya Farah tidak sedar. Dengan tugas yang memang menjadi makanan ruji housekeeping, semua itu tidak mengambil masa lama. "Terima kasih. Saya harap tiada sesiapa berani datang kawasan ini lagi. Ini kali pertama dan juga terakhir. Faham?"
Staff-staff resort mengangguk faham dengan arahan ketua mereka. Walaupun, Farah merupakan pemilik resort itu tapi kuasa besarnya ialah Troy. Lelaki itu yang menawarkan mereka bekerja disitu sewaktu resort itu mula-mula dilancarkan.
"Troy! Troy! Farah minta maaf! Jangan tinggalkan Farah! Troy!" Farah meracau-racau dalam tidur. Yasmin dan Mutiara risau. Nasib baik staf-staf tadi sudah mengangkat kaki beredar dari situ. Troy tanpa berfikir apa-apa, melompat naik semula ke katil dan baring disebelah Farah. Tubuh gadis yang kecil itu dibawa dekat ke dadanya.
"Tuan, saya rasa tuan patut percepatkan tarikh nikah." Yasmin bersuara.
"Nampaknya, saya kena jumpa tok mak untuk bincang perkara ni. How about Mutiara dan Yasmin bawa tok mak datang sini esok pagi-pagi. Lepas tu, Yasmin before bawa tok mak datang sini cakap saya minta tolong tanya tok kadi free tak petang esok untuk proses akad nikah. Majlis akan kita buat pada tarikh yang memang ditetapkan."
"Tapi, cik Farah masih belum sedar."
"Dengarkan doktor cakap apa tadi. Farah mungkin tak akan sedar beberapa hari ni kerana letih dan kekurangan air dalam badannya." Ya, sebaik sahaja tubuh Farah dilabuhkan di katil semula. Doktor yang memang bertugas dalam resort ini diarah Troy untuk memeriksa Farah. Sedih buat dia kerana melihat gadis kesayangannya terpaksa dimasukkan jarum drip air untuk mengelakkan dehidrasi.
YOU ARE READING
QUERENCIA
RomanceElisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hany...