PART XI
"Nak pergi mana?"
"Keluar."
"Dengan siapa?"
"Rasanya, abang Troy bukan siapa-siapa kot nak tanya banyak macam ni. Tok mak pun tak tanya banyak."
"Tok mak tak tanya banyak sebab nanti dia akan tanya aku juga. Kau nak keluar dengan budak lelaki tu ke?"
"Budak lelaki tu ada nama. Nama dia Danish. Nama adik ipar sendiri tak akan tak kenal."
"Kau benci aku sangat ke?"
"Kalau, ya. Kenapa?"
"Kau suka kalau aku tak ada dekat sini lagi?"
Farah memandang Troy. "Lagi bagus." Hatinya pedih mengatakan itu. Tapi, untuk terus dipermainkan dia tidak sanggup.
"Aku akan balik bandar.
"Hari ni?" Troy terpempan. Sesungguhnya gadis muda itu mengeluarkan kata sinis. Tega buah hati pengarang jantungnya meminta dia pergi.
"Esok."
"Ok."
"Tapi, dengan syarat."
"Nak balik. Balik je lah. Kenapa perlu syarat bagai?"
"Kau kena ikut aku."
"Orang dah ada janji dengan Danish."
"Kau nak aku belah dari sini secepat mungkin kan? Batalkan temujanji kau dengan budak tu."
"Hmm. Fine."
"Nah, telefon. Cakap dengan dia." Farah menyambut telefon bimbit yang dihulur.
"Hello." Suara Danis di corong telefon.
"Danish, ni Farah."
"Kenapa, comot?"
"Farah ada hal. Maaf sebab tak dapat keluar dengan Danish. Boleh kita postpone hari lain?"
"Penting sangat ke? Danish boleh tolong bawa."
"Ya. Tak apa. Thanks for offer. Farah minta maaf sangat-sangat."
"Tak apa. Tak apa. Jaga diri. Kalau ada apa-apa nak minta pertolongan daripada aku. Call sahaja."
"Ok. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan.
"Sekejap." Lengannya dipegang Troy.
"Nak apa lagi? Tadi kata nak keluar bagai."
"Tukar baju ni."
"Tapi, orang malas."
"Please."
"Hmm. Fine." Beg kertas yang diberi, dia ambil. Entah apa-apa sahaja rancangan yang direncanakan oleh mamat galah. Harap tiada yang pelik-pelik.
Troy menjeling jam di tangan. Dia gelisah menanti Farah. Harapannya agar gadis kesayangannya suka dengan apa yang dia bagi.
"Jom." Troy berdiri tegak. Terpaku dengan bidadari yang ada di depan matanya. Andai sahaja gadis ini halal untuknya, pasti sudah ditarik ke dalam dakapan dia.
YOU ARE READING
QUERENCIA
RomansaElisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hany...