TIGA PULUH EMPAT

9.3K 473 52
                                    

Eli turun dari tangga untuk ke dapur. Tekaknya haus menginginkan susu kurma. Alangkah terkejutnya dia apabila ruang tamu yang selalunya hanya ada beberapa orang konco Hazim, tapi hari ni ruang itu penuh dengan konco-konco Hazim. Kelip-kelip mata dia nak blend in masuk dalam otak.

"Cik Eli."

"Eh, Fariz. Awak ada sini hari ni? Saya ingat pagi tadi Hazim cakap awak ada hal."

"Hal angkut budak-budak ni semua datang sini. Untuk fitting baju."

"Baju?"

"Haah. Baju melayu. Boss support untuk majlis perkahwinan dia tak lama lagi."

"Perkahwinan?"

"Ala cik Eli tak akan tak tahu. Trend sekarangkan banyak guna pengapit. So, boss nak cuba jugala trend tu kononnya."

"Berapa orang?"

"Untuk warna yang sama, 50 orang. Warna yang lain-lain, selebihnya. Ala kalau nak jadikan semua pengapit macam pelik pula. Sebab budak bawah boss pun seratus lebih."

"Ooh okay." Blank lagi Eli dibuatnya. Rasanya beberapa hari lepas. I mean, dua hari lepas dia diangkut ke butik untuk cuba pakaian dan pilih tema majlis resepsi. Hari ni, konco-konco Hazim pula mengambil ukur baju untuk dijadikan pengapit.

"Bila majlisnya?"

"Akad nikah hujung minggu ni. Resepsi minggu depan. Malam."

"Hujung minggu ni?"

"Ya, cik Eli. Before that. Korang dengar sini baik-baik. Kenalkan ni cik Eli. Precious boss. Jangan sesiapa berani sentuh atau buat apa-apa dekat cik Eli. Kalau korang semua masih nak hidup."

"Bereh, bro...." jawab mereka serentak. Segan pula kerana dipandang begitu. "Tak apalah, Fariz. Saya nak ke dapur. Basahkan tekak jap."

"Silakan, cik Eli. Kalau ada apa-apa panggil je saya."

"In sya Allah."

Eli termenung lama. Gelas susu hanya dipegang. Jauh dia pandang, lagi jauh dia memikirkan plan entah apa-apa Hazim. Tak akanlah Haz betul-betul ceraikan dia? Kalau nak diagak yang majlis resepsi malam tu untuk dia dan Haz. Memang mustahil. Sebab Fariz sendiri beritahu hujung minggu ni akad nikah. Eh, boleh serabut kepala otak dia nak fikir.

Ke perempuan yang pernah dia jumpa di galeri tu? Maklumlah, perempuan tu kan mengandung. Mesti Hazim nak halalkan. Kan? Tapi... "Ooh, puan tu. Puan tu bukan mengandungkan anak boss. Dia ada suami dah. Cuma, beberapa hari tu. Dia dijaga oleh boss sebab suami puan tu kawan kepada boss. Suami puan tu pun berkarier macam boss. Sebab ada masalah sedikit dalam bisnes. Suami dia minta boss jagakan puan. Takut diapa-apakan. Tapi, hari tu dah settle. Puan pun dah balik ikut suami dia pindah negara." Itu jawapan Fariz bila Eli bertanyakan di mana perempuan yang mengandung itu. Jadi, selama ini dia tertipulah dengan khabar berita perempuan itu perempuan simpanan Hazim lah, mummy sugar Hazim lah. Macam-macam lah.

"Elisha Natasha."

"Hah, ya. Ya saya." Terkejut dia bila ada yang memegang bahunya.

"Jauh termenung."

"Hazim. Awak buat apa dekat sini?"

"Kerja aku dah selesai. Saja balik. Fariz kata orang yang ambil ukur baju tu datang hari ni. So, aku nak tengoklah macam mana. Kau tak nak?"

"Tak nak apa?"

"Ukur baju?"

"Ya lah. Ukur baju kurung ke? Boleh aku bagi dua tiga pasang untuk raya kita tahun ni."

"Raya kita?"

"Ya."

"Apa maksud semua ni, Hazim? Eli tak boleh kahwin dengan awak. Eli masih berstatus isteri orang."

"Kau yakin kau masih berstatus isteri orang?"

"Apa maksud awak? Haz tak akan lepaskan saya. Dia cintakan saya."

"Kalau aku kata, Haz dah failkan penceraian mesti kau tak percayakan?"

Eli bangun dari duduknya. Dia mengundur sedikit apabila Hazim mula merapat. Entah macam mana, tangannya tertepis gelas kaca yang ada atas kitchen bar. Pecah gelas itu dengan air susu kurma yang masih belum dia teguk tadi.

"Haz tak akan ceraikan Eli."

"Ini video bukti Haz pergi ke pejabat agama. Dia ada hantar mesej lafaz ceraikan kau dekat aku."

"No. This is just a dream. Bad dream. Please, Eli. Wake up. Wake up, Eli." Kata Eli memejam mata dia. Semua ini cukup pedih untuk dia terima. "Eli..." Hazim cuba memegang bahu Eli. Tapi, Eli mengelak. Sebabkan dia mengelak terlalu cepat. Kaki dia terpijak kaca gelas yang pecah tadi.

Auch! Eli mendesis pedih. "Don't touch me."

"Darurat, Eli. Kaca tu kena bawa keluar dulu."

"Fariz! Bawakan aku first aid box!" Jerit Hazim. Tubuh Eli didukung letak atas kitchen bar. Kakinya yang tergantung di pegang Hazim. "Tahan sedikit. Aku nak tarik kaca ni."

"Sokay, saya boleh buat." Eli menolak tangan Hazim. Tapi, Hazim. Berkeras juga tangannya disitu. Lelaki itu membuka tie. Digulung-gulung. "Nganga."

"Hah?" Sumbatnya tie tu dalam mulut Eli.

"Kalau sakit. Gigit je tie tu."

Serpihan kaca ditarik satu persatu. Ada yang besar, ada yang kecil. Kaki Eli basah dengan darah. Air mata gadis itu mengalir. Walaupun, kaca yang tertusuk di telapak kaki dia pedih. Tapi, tak mampu lawan hakikat yang lebih pedih. Iaitu kini dia bergelar janda untuk kali kedua.

Hazim mendongak memandang Eli. Gadis itu bersandar di dinding. Lena. Mesti sakitnya sudah berkurang kerana kaki itu sudah dibalut. Tidak mahu dia mengejut Eli yang sedang tidur. Tubuh itu digendong. Lalu, bawa naik ke atas masuk ke dalam bilik.

Pintu ditutup perlahan. Tanpa Hazim sedar. Gadis itu sedang memeluk bantal menekup mukanya yang menangis. Sungguh hati dia sangat sakit. Kakinya merengkot seperti kesejukan tapi sebenarnya dia rasa kesejukan kerana kehilangan tempat dia berharap. Bagi dia Haz adalah querencia. Dalam dakapan lelaki itu dia merasa disayangi, dicintai dan selamat. He knows how to keep her warm. But now, remember that guy just make his heart pain.

 But now, remember that guy just make his heart pain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🐼🐼🐼🐼🐼

Done update. Nampaknya Haz dan Eli kecundang. Adakah wujudnya peluang dalam hubungan Eli dan Hazim? Nantikan bab yang seterusnya.

Kalau aisy gandingkan Eli dan Hazim mesti ramai tak setujukan? Ke semua sokong aisy? Hahahaha.

Komen anda di team mana.

Hazim + Eli = #hazimeli
Haz + Eli = #hazeli

Jangan lupa vote dan komen.

Before that, aisy nak promote one of story ni. Korang boleh check it out dekat profile dia.

Love, CKK.

QUERENCIAWhere stories live. Discover now