Prang! Berkecai semua pinggan dicampak oleh Haz. Dia duduk tersandar di dapur. Tangannya menekup muka. Dia serabut. Sudah sebulan, tiada khabar berita tentang isterinya. Siapa sahaja yang tidak risau. Erik pun dah push dia suruh usaha tiga kali ganda untuk menjejaki dimana keberadaan Eli. Tapi, semua bukti dan klu samar-samar dan hanya menemui jalan mati.
"Asssalammualaikum..."
"Waalaikumussalam." Erik berdiri. Terhantuk kepalanya terkena kabinet dapur. Auch! Desis dia sakit. Eli mendekati suami dia. Kepala Haz digosoknya mengurangkan rasa pedih terhantuk.
"Angel?"
"Ya, bie. Kenapa?" Eli mengukir senyuman. Walaupun, hati dia bagai merana ingin memeluk suaminya. Sungguh dia rindu.
"Macam mana angel ada dekat sini?"
"Angel tak boleh lama."
"What do you mean?"
"Penculik Eli bagi Eli jumpa bie sekejap je."
"Mana dia?"
"Bie jangan." Eli menahan tangan Haz yang cuba mencapai pistol diatas meja. Pantas, tubuh hangat suaminya dipeluk seerat-eratnya.
"Maafkan, angel."
"I love you angel. With all of my heart."
"I love you too. Bila kita menjauh, baru Eli tahu yang perasaan ni memang untuk bie. Eli minta maaf sebab terlambat sedar perasaan ni." Eli mencium pipi suaminya.
"You looks so different. Tak makan ke?"
"Makan. Tapi, tak lalu. Bie tak ada tolong suap."
"Jom, bie suap. Tadi, bie masak nasi goreng special punya."
"Seriouly? Bie masak?"
"Hello, tengok tanganlah." Eli memegang tangan suami dia. Tangannya yang kecil ditemukan dengan tangan Haz. "Tangan bie besar."
"Because, that way prove that I'm big. Enough to protect you."
"Ehem! Tasha!" Eli menunduk apabila mendengar suara Troy dari corong telinga. Troy memaksa dia untuk pakai earpiece. One of the rules if she wants to meet her husband. When he call, means she need to back off.
"Bie, Eli minta maaf. Eli pergi dulu."
"Tapi, angel."
"Please, understand me. Eli tak nak bie, abang dengan kak Kira diapa-apakan. Kirim salam pada abang Erik dan kak Kira. I miss both of them." Eli melabuhkan bibirnya diatas bibir Haz. Lama. Picagari dikeluarkan, lalu dicucuk belakang leher suami dia. Air mata dia mengalir. "Maafkan, Eli."
"Angel..." Haz memegang belakang lehernya apabila rasa pedih. Dia nampak tangan isterinya yang memegang picagari. Pandangannya kabur. Akhirnya, gelap.
"Jangan tinggalkan apa-apa, Elisha Natasha." Troy memberi amaran. Eli terpaksa ambil balik patung penguin kecil yang dikait sewaktu bosan di rumah Troy untuk diberi kepada Haz.
"Hmm."
"Now, esok kita mulakan misi kita."
"Misi? Misi apa?"
"Kau ingat aku bagi kau jumpa suami kau free macam tu je ke? Dengan aku, semua berkaitan bisnes. Kau nak, boleh. Tapi, kau kena buat apa yang aku suruh."
"Hmmm."
"Tasha."
"Aku dengar. Jangan kacau aku." Eli mengalih pandangannya ke luar tingkap. Malas menghadap muka Troy yang dingin beku tu. Ikutkan hati dia tadi, nak sahaja dia lari bawa Haz. Tapi, dia tidak mahu mementingkan diri kerana pastinya abang Erik dan kakak iparnya akan dijadi galang ganti pula.
🐼🐼🐼
Short sangat ya. Sorry.
Selamat membaca.
Jangan lupa vote dan komen.
Love, CKK
YOU ARE READING
QUERENCIA
RomanceElisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hany...