CH 1

934 52 0
                                    

Jam telah menunjukkan pukul 8 pagi tapi suasana di Sekolah Tinggi Hanguk masih lagi riuh dengan suara pelajar. Mungkin guru belum lagi masuk ke dalam kelas mereka.

"Yah! Lalisa!" Panggil Jisoo sambil menggoncang kuat bahu sahabatnya itu tetapi gadis yang sedang nyenyak tidur tersebut menepis tangannya dan menoleh ke arah tingkap.

Jisoo terkebil-kebil sebelum merengus kegeraman.

"Yah! Bangun la.. lepas ni cikgu nak masuk la..." kejutnya lagi.

"Alaa... kalau cikgu masuk tu.. kau kejut la aku.." ujar Lisa dengan suara malasnya. Jisoo menggelengkan kepalanya sebelum mengambil tempat di sebelah Jennie yang sedang sibuk berborak dengan Rose yang duduk dibelakangnya.

"Aku tak tahu la apa dia buat semalam sampai tidur lambat. Hah! Tengok la sekarang..tak pasal-pasal tidur dalam kelas." Rungut Jisoo lalu memeluk tubuh.

Jennie dan Rose pula saling berpandangan.

"Alaa.. macam la kau tak kenal dia... movie la tu..." ujar Jennie dan Rose mengangguk setuju. Jisoo pula hanya memutarkan bebola matanya ke atas sebelum meraup wajahnya.

Tiba-tiba, seorang pelajar lelaki bernama Yoseop berlari masuk ke dalam kelas dengan kalutnya.

"Yaah, korang! Ada budak baru akan masuk kelas kita hari ni!" Jeritnya.

Untuk seketika, kelas menjadi senyap sebelum bising dengan isu budak baru itu.

"Dah.. duduk tempat masing-masing cikgu on the way..." arah Yoseop selaku ketua kelas.

Pelajar lain hanya akur dan tidak lama kemudian, Mrs. Song melangkah masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan. Lisa pula sebaik sahaja dengar akan kata-kata ketua kelas itu, dia membuka matanya dan mengangkat kepala.

"Hah! Bangun pun.. ingat tak nak bangun dah. Eh, tidur la lagi.. tidur sampai ke malam pun tak apa." Sindir Jisoo tetapi Lisa  hanya memutarkan bebola matanya ke atas.

"Suka hati aku la.." balasnya.. Jisoo menggelengkan kepalanya dan terus memandang ke hadapan apabila guru kelas mereka, Mrs.Song melangkah masuk ke dalam kelas tersebut bersama seorang pelajar perempuan.

Dan serentak itu, kelas tersebut mula bising dengan bisikan yang pelbagai..

"Tu ke budak baru tu?"

"Waah... comelnya dia.."

"Dia single ke taken eh?"

"Nampak macam budak pandai.."

"Aku nak suruh dia duduk tepi aku!"

"Lawa tapi aku lagi lawa.."

"Diam! Okay class.. Selamat pagi!" Ucap Mrs. Song.

"SELAMAT PAGI, MRS.SONG!!" Sahut kelas 2-2 serentak.

"Okay! Mulai hari ni, kita ada pelajar baru. Ermm.. you can introduce yourself to them." Arah Mrs. Song.

Pelajar baru itu tersenyum manis sebelum bersuara.

"Annyeong.. Naneun Jung Eunji imnida. Sila beri tunjuk ajar." Eunji tersenyum lalu tunduk hormat.

"Any question?" Soal Mrs. Song.

"Single ke taken?" Soal seorang pelajar lelaki bernama Inguk bersama senyuman sinis. Pelajar lelaki mula bersorak kecil manakala pelajar perempuan pula memutarkan bebola mata masing-masing.

"Seo Inguk..." Mrs. Song menegur. Pelajar-pelajar lain hanya tergelak kecil.

Eunji hanya tersenyum.

THE PINK BATTLE [BlackpinkXApink]Where stories live. Discover now