5

6.8K 1K 233
                                    

A/N: Maaf untuk update yang lambat :(

---
Pesanan Jungkook pagi tadi masih terngiang-ngiang di fikiran. Aku mengetap bibir. Gelisah menunggu malam yang akan tiba.

Jarum jam sudah bergerak ke angka 11.30 malam. Lagi 30 minit sebelum tepat tengah malam.

Aku cuba call Jungkook. Dia langsung tak angkat.

Apabila mengingati semula pesanan Jungkook, aku tak berani nak menunggu lama di sofa ruang tamu. Aku bangun dan bergegas ke bilik Jungyoon.

Malam ni Jungyoon perlu tidur dengan aku. Bimbang jika bayi sendiri diapa-apakan Jungkook.

Aku tak percaya akan kasih Jungkook?

Tak. Aku percaya.

Tapi, aku tahu jika dia mengganas. Akal dan fikirannya sudah menjadi syaitan.

Tiada belas dan kasihan. Dia psiko, aku kena ingat itu.

Aku harus berhati-hati. Masa berbaki lagi 15 minit.

---
Aku letak Jungyoon di atas katil dalam bilik aku dan Jungkook. Aku tersenyum melihat Jungyoon yang sudah nyenyak tidur.

Kerjanya tidur aje. Tak ubah seperti jiran sebelah rumahku dulu, Min Yoongi.

Aku kerap memandang jam yang terletak di dinding. Seminit berlalu. Bunyi kereta milik Jungkook masih tidak kedengaran singgah di cuping telingaku.

Kau jangan buat risau Jeon Jungkook.

Aku pandang sekali lagi jam tersebut.

Jam menunjukkan ke angka 12.15 minit pagi.Bunyi deruman enjin kereta Jungkook menyebabkan aku berlari pantas ke pintu bilik.

Pintu bilik dikunci. Aku mengesot takut di hujung katil. Aku peluk Jungyoon dengan penuh ketakutan.

Bunyi pintu bilik diketuk menambahkan rasa cuak di hati. Tiba-tiba, telefon pintar yang ada di meja katil berbunyi.

Jeon Jungkook is calling.

---
Pada awalnya, pintu diketuk biasa. Lama kelamaan pintu diketuk bagai nak roboh. Tombol pintu dipulas-pulas kasar.

Hae Yoon terduduk di atas katil. Kedua-dua telapak tangannya ditekap di telinga.

Kali ni dia betul-betul takut. Mana tahu Jungkook boleh memecah masuh dengan mudah ke bilik mereka?

Panggilan telefon oleh Jungkook dia abaikan. Bunyi bising di luar bilik bertukar sunyi sepi secara mengejut.

Bibir Hae Yoon menggigil. Suara Jungkook menjerit namanya mula memecahkan suasana sepi sebentar tadi.

"T-takut. Jungkook j-janganlah."rintih Hae Yoon.

---
Di luar bilik, Jungkook berdiri dengan hanya berseluar jean lusuh. Dia menunggu suara Hae Yoon tetapi gadis itu hanya senyap tidak menyahut.

Dia menghantukkan kepalanya di depan pintu bilik kerana geram dengan respons wanita itu.

Jungkook pegang kepalanya yang terasa sakit. Sisa muntah yang masih berbaki di bibirnya dia lap dengan kasar.

Tekaknya terasa perit dengan bau ubat.

"U-ubat ni macam sial. Aku tak nak sakitkan Yoon."ujar Jungkook dalam tangisan.

Lama dia berdiri di depan pintu bilik mereka berdua.

Jungkook berubah dalam sekelip mata. Wajahnya yang tadi mendung bertukar sinis.

"Yoon, aku nak kau."

Lelaki psiko itu cium pintu bilik dengan penuh kasih. Baginya, pintu bilik itu dah cukup untuk dia melepaskan rindu pada Hae Yoon yang masih tidak mahu keluar.

Dia tepuk tangan pula selepas itu. Idea yang datang mengejut di minda menggembirakan Jungkook.

"Tak boleh nak masuk ikut pintu. Aku masuk ikut tingkap. Tunggu abang ye Jeon Hae Yoon."ujar Jungkook.

Dia seret kapak yang terpacak di lantai itu lalu dia menuruni tangga banglo miliknya.

---
Aku menekapkan telinga di pintu. Jungkook dah pergi ke?

Telinga aku menangkap bunyi dari luar tingkap. Aku tutup tingkap dengan tindakan laju.

Aku ambil Jungyoon dan berundur masuk ke dalam almari.

Nak tahu apa yang aku nampak?

Jungkook dah otw panjat untuk masuk ke tingkap aku.

🍀
Psiko ! (Itu komen author untuk chapter kali ini .

[C] Psycho Crush 2 |JJKWhere stories live. Discover now