A/N: Happy 2K reads 💖
Ada tiga pemenang komen terbaik. Thank you semua for the lovely comment.
P/S: Update lambat, yesterday i'm so busy. Maaf darling :'(
---Aku terus membuka mata dengan spontan apabila terdengar bunyi bising suara orang di luar bilik.
Kepala aku menoleh memandang ke tempat tidur bersebelahan aku. Tubuh badan Jungkook sudah hilang dari pandangan mata.
Aku bangun perlahan-lahan. Aku abaikan rasa sakit yang menjalar-jalar di seluruh badan. Tanganku melekap di dada.
Aku rasa tidak sedap hati. Aku dapat teka sesuatu sudah berlaku pada pagi ini. Bunyi ketukan pintu bertalu-talu menambahkan lagi debar di hati.
Aku turun dari katil dan menuju ke pintu. Seorang wanita lengkap berpakaian polis berdiri tegak di hadapan pintu.
Jangan cakap yang semua ni ada k-kaitan dengan Jungkook?
"K-kenapa cik? Ada a-apa-apa yang berlaku ke?"soalku laju. Jari-jariku sudah menggigil.
Hanya imej Jungkook yang mengisi fikiran aku sekarang.
"Selamat pagi Puan Jeon. Saya Taestryl. Saya dan pasukan saya ingin memaklumkan kepada puan penangkapan Encik Jeon Jungkook atas kesalahan membunuh. Kami akan bawa dia ke balai polis sekarang."ujar polis wanita itu. Pandangan kasihan dilemparkan kepada aku.
Dia menepuk bahuku lembut. Segera dipapahnya badan aku melangkah ke tingkat bawah.
"Puan harus kuat. Puan okay tak ni?"
Aku menggelengkan kepala. Pipi yang basah aku biar sahaja lencun dengan air mata.
Dugaan apa lagi yang kau berikan oh tuhan?
---
Hae Yoon terkedu melihat keadaan suaminya yang terduduk di atas lantai dengan gari di pergelangan tangan.
Mulut Hae Yoon terlopong luas. Matanya terkebil-kebil melihat suasana rumahnya ketika itu.
Lantai ruang tamu yang penuh dengan darah. Satu mayat yang sudah tertutup jelas kelihatan di hujung pintu.
---
Kapak yang sering menjadi kegemaran Jungkook ketika bermain dengan aku terletak elok di tepi mayat itu.Aku menghampiri Jungkook dan segera menariknya ke dalam pelukan hangat aku.
Hati aku diserang rasa pilu. Ujian demi ujian melanda hidup kami berdua. Aku terima takdir tuhan. Aku terima!
Namun, aku tidak menjangkakan semua ini akan berlaku sekelip mata dan memusnahkan kebahagiaan keluarga kecil aku dan Jungkook.
"J-jungkook, awak bunuh siapa ni? K-kenapa buat Yoon macam ni? Tak sayang Yoon lagi ke?"aku ujar dalam tangisan.
Dua orang pegawai polis menghampiri aku dan Jungkook. Jungkook ditarik untuk bangun dan berdiri menghadap aku.
"Suami Puan, Jeon Jungkook disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Namjoon dan dia disabitkan kesalahan menceroboh dan cubaan mencederakan Cik Ryu Sera pada lewat malam tadi. Kami minta izin untuk bawa Encik Jeon ke balai polis untuk siasatan."ujar Taestryl ,pegawai polis yang menjadi ketua kepada kes penangkapan Jungkook pada pagi itu.
Aku menangis teresak-esak dan mencium pipi Jungkook. Semua yang berlaku terlalu mengejut. Tak mungkin Jungkook yang menjadi dalang pembunuhan ini.
Jungkook menjilat bibirnya yang kotor dengan darah. Dia dekatkan dahinya dengan dahi aku.
Matanya mencerlung tajam. Dia dekatkan bibirnya pula di cuping telinga aku.
"Aku kena tangkap sekalipun. Aku tak kisah. Sebab aku tahu..aku akan pulang semula. Jeon Hae Yoon."
Dia cium bibir aku pantas sebelum ditarik oleh pihak polis.
"A-awak tak bunuh sahabat baik awak sendiri kan? Please, tell me the truth Jeon Jungkook."desakku.
Jungkook tergelak sinis. Matanya masih tidak terlepas daripada memandang aku.
"Kau percaya aku kan Hae Yoon?"Balas Jungkook dengan nada sayu.
Kedua-dua lengannya dipegang kuat oleh pihak polis. Sebelum diheret masuk ke dalam kereta, Jungkook mengumam sesuatu di bibirnya.
"Aku cintakan kau Jeon Hae Yoon."
---
Hae Yoon menghantar pemergian suaminya di muka pintu.Dia melurut jatuh di atas tanah. Mata wanita itu merah dan membengkak kerana menangis terlalu banyak.
"J-jangan tinggalkan saya sekali lagi Jungkook."
---
Jungkook ditolak masuk secara kasar ke dalam sel lokap balai polis itu. Dia jatuh terbaring di atas lantai simen yang sejuk itu.Jungkook angkat pergelangan tangannya yang sudah bebas dengan gari.
Dia merenung dinding kosong dengan pandangan yang licik. Jungkook menyelak anak rambutnya yang sudah menutupi sebahagian dahinya.
"Ryu Sera, kali ni aku sendiri akan tamatkan riwayat hidup kau. Kau rileks dulu, nanti si Jeon ni datang untuk bunuh kau."
Jungkook menyandarkan kepalanya di dinding sambil tertawa gembira.
Bibirnya tidak terlepas daripada mencium cincin perkahwinannya.
"Tunggu abang ye, Hae Yoon."
🍀
Ada readers yang muncul sebagai watak polis dalam chapter kali ini.Camne chapter 13? Suka? 💞
Maaf atas kelewatan update. :')
YOU ARE READING
[C] Psycho Crush 2 |JJK
FanfictionKau dan aku. Kita sama. Kita psiko. Start : 08/9/2018 End : 22/9/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design