1

8.8K 1.1K 202
                                    


"Jungkook, j-jangan tinggalkan saya!"aku jerit sekuat hati. Serta-merta kelopak mataku terbuka luas. Suasana indah di taman tadi sudah bertukar sekelip mata. Hanya kegelapan yang menyelubungi pandangan mata aku.

Maksudnya tadi tu..hanya mimpi?

Selimut yang membaluti badan aku tepis ke tepi. Bunyi pintu air dibuka mengejutkan aku yang ralit melayan perasaan yang keliru.

Mimpi Jungkook mati dalam dakapan menambahkan kesedihan di dada. Deheman suara seorang lelaki menyebabkan aku mengangkat muka memandang ke atas.

"J-jungkook, awal mandi..?"soalku dengan nada terkejut.

Dia memandang aku lama. Jungkook lantas menuju ke arah aku. Dia duduk di hadapan aku. Bibirnya terus singgah di bibir aku tanpa amaran.

Senyuman lega terukir di bibir aku. Syukur, semua itu sekadar mimpi.

Terima kasih, tuhan.

----
Jungkook yang cuma bertuala duduk merenung muka Hae Yoon yang sentiasa istimewa di dalam hati kecil miliknya.

Bibir Hae Yoon dia kucup lama. Perut Hae Yoon yang sarat dipandangnya sekilas.

"Anak daddy cepatlah keluar dari perut mummy. Tak sabar dah daddy ni."ujar Jungkook ringkas namun penuh kasih.

Hae Yoon membalas panahan anak mata Jungkook. Jarinya mengelus pipi Jungkook.

Jungkook tergelak kecil sebelum diambil jari Hae Yoon dan digigitnya manja.

Terus wanita itu menjegilkan mata. Perut Jungkook ditumbuk lembut.

"Jeon Jungkook, dah makan ubat ke belum?"

Jungkook laju aje menganggukkan kepala. Hae Yoon membalas dengan senyuman manis.

Jungkook baru sahaja ingin beredar untuk memakai baju berhenti mengejut. Jeritan kecil yang keluar dari mulut Hae Yoon sedikit memeranjatkan dia.

"Kenapa ni Yoon? S-sakit?" Jungkook mula panik. Tangannya terketar-ketar menyentuh perut Hae Yoon.

Hae Yoon menarik nafas dalam-dalam. Pergelangan tangan Jungkook dicengkam kasar.

"Baby kita dah nak keluar. C-cepat Kook. Bawak s-saya pergi hospital."ujar Hae Yoon lemah.

Jungkook tak menunggu masa lama. Terus dicempung tubuh badan Hae Yoon menuju keluar dari bilik.

💖
A/N: Baru permulaan. Story tak panas lagi. Terima kasih diucapkan untuk pengikut setia siri 'Psycho Crush' ini. ❤

[C] Psycho Crush 2 |JJKWhere stories live. Discover now