6

6.7K 1K 108
                                    

A/N: Siri pertama Psycho Crush dah mencecah 10k reads dan 3k votes. ❤

----
Aku memerhati dari celah almari yang sedikit terbuka. Hanya lampu kecil yang terpasang di tepi katil.

Aku mengeratkan pelukanku terhadap Jungyoon.

Jungkook, aku harap kau tak libatkan Jungyoon dalam permainan kau.

"Hae Yoon, kau menyorok mana ye sayang?"

Bunyi seseorang melompat dari tingkap bilik mengejutkan aku. Nyaris aku menjerit takut.

Jungyoon yang berada dalam pelukan aku sudah terjaga dari lena. Mata Jungyoon terkebil-kebil memandang aku.

Janganlah masa ni Jungyoon keluarkan suara. Kalau tidak, habis aku dijumpai Jungkook nanti.

---
Jungkook melompat dari tingkap dan mendarat di atas lantai bilik tidurnya. Matanya seperti seorang pemangsa yang sedang mencari targetnya.

Dia seret kapak itu dan letak di hujung katil. Matanya meliar mencari kelibat Hae Yoon.

"Jungyoon kau dah bawa lari. Bijak kau perempuan."ujar Jungkook sinis. Mukanya menjadi merah akibat menahan marah.

Telinga Jungkook menangkap bunyi yang keluar dari almari yang hampir terbuka sedikit.

Senyuman psikonya muncul semula. Dia bergerak laju menuju ke almari.

"Menyorok dalam almari ke? Bijak sangat pilihan kau Yoon."

Tangannya sudah mendarat di almari baju tersebut.

Terus dibukanya almari itu luas-luas. Matanya memandang tajam Hae Yoon yang sedang memeluk Jungyoon dalam ketakutan.

"J-jungkook, tolonglah hentikan semua ni."rayu Hae Yoon. Sempat wanita itu memaut lembut lengan Jungkook untuk meminta simpati.

---
Jungkook menjadi tidak keruan melihat muka Hae Yoon yang basah dengan air mata.

Dia memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Dia tarik Hae Yoon dan bayi mereka keluar dari almari secara paksaan.

Jungkook menolak tubuh wanita itu jatuh ke atas katil. Hae Yoon yang terdampar di atas katil segera menolak bayinya ke tepi.

"K-kook, kita main berdua boleh? Kesian Jungyoon. B-boleh?"

Jari Hae Yoon terketar-ketar mengurut dada Jungkook yang sudah turun naik menahan marah.

Jungkook menganggukkan kepala. Dia terkam Hae Yoon dengan ciuman kasar. Matanya yang dingin memandang wanita itu untuk memberi amaran.

"Aku tunggu di bawah. Kau tak datang. Sengsara hidup kau minggu ni. Faham?"

Hae Yoon menganggukkan kepala. Tubuh badan Jungkook yang tadinya menindih badannya sudah hilang dari pandangan.

Hae Yoon merenung pintu bilik yang terbuka. Jungyoon hanya senyap memandang kelakuan ibu dan ayahnya sebentar tadi.

Hae Yoon cium pipi gebu bayinya sebelum beredar ke luar bilik.

---
Langkah aku terhenti apabila pandangan mata aku bertemu dengan Jungkook.

Dia bersandar di dinding ruang tamu. Jungkook memberi isyarat agar aku masuk ke dapur.

Aku mengikuti jejak langkahnya. Jungkook berpaling menghadap aku.

"Datang dekat dengan aku, Yoon."arah Jungkook. Aku menapak perlahan ke arah lelaki itu.

Aku sudah betul-betul berdiri di hadapannya. Jungkook mengamati wajah aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.

"Kau nak tahu sesuatu tak Yoon? Mama aku minta aku lepaskan kau dan Jungyoon. Sebab apa? Aku dah takkan pulih dan tak normal. Tak ada siapa mahukan lelaki psiko macam aku..kau pun takut kan. Kau nak aku lepaskan kau?"

Lepaskan aku?

Maksudnya, aku bebas lepas ni?

Tapi aku dah janji aku ingin Jungkook pulih. Aku nak jadi orang yang sentiasa ada di sisi dia.

Dia sakit.

Aku tak akan tinggalkan kau, Jungkook.

"A-awak jawab apa dekat mama?"soalku ingin tahu.

Jungkook terus memeluk aku dengan erat. Nafasnya dihembus kasar. Tubuh badannya menggigil tiba-tiba.

Hidung aku terhidu bau ubat yang melekat di badan dan juga mukanya.

"A-awak dah makan ubat?"soalku lagi.

Jungkook menjarakkan sedikit badannya dari aku. Hidung kami sama-sama bersentuhan.

Aku pandang mata dia. Dia juga melakukan perkara yang sama.

" Kau milik aku sejak pertama kali aku jumpa kau. Sampai bila pun, a-aku nak kau teman aku. Sayang aku."

Jarinya menjalar di leher aku. Jungkook sudah siap melilitkan jarinya di leher aku.

Aku tahu dia nak lakukan apa selepas ini.

Dia nak..

"Aku jawab kat mama. Aku hanya lepaskan kau jika aku mati. So, sekarang aku hidup lagi, jangan fikir nak lari dari aku, Hae Yoon."

Dia mencengkam leher aku dengan sedikit kasar.

Aku tercungap-cungap untuk menyedut oksigen.

Sekuat mungkin aku pukul dada dia untuk menyedarkan tindakan melampaunya itu.

Dia nak cekik aku sampai mati ke?

Jungkook merengus geram dengan reaksi aku. Dia tarik rambut aku yang terjurai agar wajah aku mendekati wajah dia.

Dia tarik jari aku mendekati leher dia pula. Lengan kirinya pula sudah melingkari pinggangku.

"Aku bagi peluang. Try bunuh aku sekarang. Buat rehearsal dulu untuk bunuh aku. Baru fun kan. Cepat!"

Aku tergamam dengan permintaan gila Jungkook. Aku cuba melepaskan diri namun lelaki itu semakin kuat memeluk aku.

"Kau nak aku libatkan Jungyoon pula kalau kau masih terhegeh-hegeh macam ni?"ugut Jungkook. Mendengar sahaja nama Jungyoon, aku hampir menangis.

Aku menggelengkan kepala. Leher Jungkook sudah sedia untuk aku cekik.

"Cuba Yoon. Aku bagi kau cuba."

Aku menutup mata dan jari-jari aku yang menggigil teruk perlahan-lahan mencengkam leher Jungkook.

"Awak kejam, Jungkook. Kejam!"

🍀
Suka tak chapter ni? Selamat berhujung minggu ❤

[C] Psycho Crush 2 |JJKWhere stories live. Discover now