A/N: Terima kasih untuk sokongan korang sehingga ke chapter akhir.
❤
Akak Sha love you gais 💞---
"Kau dan aku. Kita sama. Kita psiko."bisik Jungkook dengan nada gembira. Pistol di tanganku terlepas dan jatuh ke lantai.Aku tak sangka aku dah bunuh seseorang hari ni dan orang itu adalah Ryu Sera.
Perempuan gila yang sudah musnahkan masa depan Jeon Jungkook. Air mata mengalir laju membasahi pipiku.
"S-saya dah bunuh orang. J-jungkook, saya takut sangat!"
Jungkook memelukku dengan lebih erat. Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi aku yang sudah basah.
"Kau tak salah Hae Yoon. Kau dah selamatkan aku dan hapuskan orang yang dah bunuh satu-satunya rakan baik aku. Good job, dear "ujar Jungkook.
Sekejap. Baru aku sedar yang Jungkook sudah larikan diri dari penjara.
But how?
"A-awak lari dari penjara kan?"
Jungkook membalas dengan gelakan halus yang keluar dari mulutnya. Pistol diambil dari lantai dan disisipkan ke pinggangnya.
Jungkook menerpa ke arah aku dan mencempung tubuh kecilku untuk keluar dari rumah Ryu Sera.
Aku elakkan pandangan mata daripada memandang jasad Ryu Sera yang sudah tidak bernyawa. Kelopak mata aku pejam rapat.
"Lepas ni aku, kau , dan anak-anak kita akan hidup jauh dari orang lain. Hanya keluarga kita. Aku tak nak sebarang gangguan luar. Sebab aku sayangkan kau, Jeon Hae Yoon."
Luahan perasaan Jungkook menyentuh hati aku. Aku mendaratkan tangan di dada bidang miliknya.
Degupan jantungnya yang kian rancak membuatkan pipiku terasa hangat.
"J-jungkook, saya rindu awak."aku luah dengan berhati-hati. Tidak ingin mendesak Jungkook pada waktu itu.
Jungkook meletakkan aku di tempat duduk bersebelahan pemandu. Dia kucup dahiku.
"Aku rindukan kau juga, Hae Yoon."
Tuhan, terima kasih kerana temukan aku kembali dengan Jungkook.
Aku bersyukur.
---
(Setahun berlalu)⏳
Aku menahan ketawa. Gelagat Jungkook dan Jungyoon yang seronok berguling-guling di atas karpet ruang tamu sedikit mencuitkan hati.
Aku memerhati bayi kedua kami berdua yang sedang nyenyak tidur di dalam dukungan aku.
Sekejap aje masa berlalu. Jungyoon dah semakin membesar. Aku bangun dan bergerak menuju ke bilik.
Perlahan-lahan aku meletakkan bayi perempuan comel yang diberi nama Jeon Hae Jung itu.
Baguslah. Tak lah sunyi si Jungyoon tu. Dah jadi abang dah budak kecil ni. Aku mengukirkan senyuman lebar dan menarik selimut membaluti badan si kecil itu.
"Goodnight baby Hae Jung. Mummy nak rehat dulu."ujarku ringkas. Aku nyalakan lampu di tepi katil bayi.
Baru sahaja aku hendak berpusing ke belakang, lengan seseorang menarik aku ke satu dakapan yang hangat.
Wangian yang datang dari badannya memudahkan tekaan aku.
"Jungkook, kenapa nakal sangat?"aku sempat menampar lengannya dengan manja.
YOU ARE READING
[C] Psycho Crush 2 |JJK
FanfictionKau dan aku. Kita sama. Kita psiko. Start : 08/9/2018 End : 22/9/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design