A/N: Semester baru dan juga terakhir untuk my degree life bermula esok. Doakan author tabah. Huhu T.T
---
Patung beruang yang sudah lunyai aku kutip dan diletakkan di atas meja dapur. Pisau yang terhunus di dada patung itu aku ambil dan simpan semula di tempat yang lebih selamat.Jungkook ni, aku dah boleh agak. Ada je yang dia nak main-main kasar. Yang paling bestnya waktu dia nak main tengah malam pula tu!
Aku urut bahu Jungkook untuk menenangkannya. Aku mencapai tangannya lalu kami sama-sama beredar ke bilik sambil berpegangan tangan.
"Jungkook, kita tidur dulu ya. Tak seronoklah main malam-malam..kan?"
Jungkook mengangguk perlahan . Langkah kami berdua beriringan menuju ke bilik tidur.
Aku tarik nafas lega tanpa Jungkook sedar. Lega? Semestinya.
Kalau aku lambat sedikit, entah apa pula yang ditikam oleh Jungkook.
----
Cahaya pagi yang menyinari menyebabkan aku segera membuka kelopak mata.Tangan aku meraba-raba di atas katil. Sebelah aku kosong tanpa jasad Jungkook.
Awal dia bangun?
Pintu bilik air dibuka. Jungkook menapak keluar. Tubuhnya yang tegap dengan hanya bertuala dari aras pinggang hingga ke lutut sedikit menggoyahkan iman di hati.
Aku alihkan pandangan dari memandang Jungkook lama. Selimut tebal yang membaluti badan aku tolak ketepi.
Keperluan Jungyoon perlu diselesaikan terlebih dahulu. Aku hadiahkan ciuman ringkas di pipi milik lelaki itu.
Baru sahaja aku ingin beredar pergi darinya, Jungkook capai pergelangan tanganku.
Senyuman menggoda dan hangat dihadiahkan untuk aku.
Aku angkat kening. Ingin tahu kemahuan Jungkook pada awal pagi.
Kiss dah bagi. Nak apa lagi Jungkook?
"Lihat dan faham sayang."ujar Jungkook. Jarinya melurut jatuh dari bibir, dagu, dada bidangnya dan terhenti tepat di atas lilitan tuala yang melingkari pinggangnya.
"Aku nak goda kau, Jeon Hae Yoon."
Tuala yang dipakai Jungkook perlahan-lahan ingin dibuka oleh Jungkook sendiri.
Aku mencebik geram. Dadanya aku tolak dengan sepenuh tenaga.
Aku berlari keluar dari bilik. Hati yang terasa ingin pecah dan berdegup laju aku tidak hiraukan.
"Pagi-pagi dah gatal anak Jeon ni. Geram lah."keluh aku.
Aku tersenyum kecil lantas menuju ke bilik yang menempatkan baby Jungyoon.
---
Hae Yoon sibuk menyiapkan sarapan pagi di dapur. Sesekali dia tarik nafas lega apabila tiada bunyi tangisan anak kecil itu bergema dalam rumah."Nasib baik Jungyoon kesiankan mummy . Lepas minum susu aje, dah senyap."Hae Yoon membebel keseorangan.
Roti bakar yang disapu jem diletakkan olehnya di atas meja. Gula ditambah ke dalam kopi yang masih panas.
Dia kacau air kopi itu dan mengumam lagu perlahan sementara menanti ketibaan suaminya Jungkook.
Satu lengan memeluk Hae Yoon dari belakang. Satu ciuman singgah di belakang leher Hae Yoon.
Wanita itu tergelak kecik kerana geli hati dengan tindakan Jungkook.
Jungkook yang sudah kemas berkemeja biru gelap dan seluar slack berwarna hitam mengambil tempat duduk di depan Hae Yoon.
"Selamat pagi Mr Jeon. "Usik Hae Yoon dengan manja.
Jungkook melemparkan senyuman manis. Roti bakar digigit dan dikunyah sambil anak matanya menikam pandangan mata Hae Yoon.
"Selamat pagi too Mrs Jeon."balas Jungkook. Air kopi dia hirup perlahan. Habis sahaja minuman itu, Jungkook kesat hujung bibirnya.
Jungkook mencuri pandang melihat jarum jam yang terletak di dinding. Masa tidak banyak untuk dia habiskan dengan Hae Yoon pada pagi itu.
Ada sesuatu yang harus dia selesaikan sebelum bergerak ke universiti.
Hae Yoon menghantar Jungkook sehingga ke muka pintu. Jungkook sempat lagi letak bibirnya di bibir Hae Yoon.
"Awalnya keluar pergi kerja Jungkook. Ada apa-apa ke?"tegur Hae Yoon apabila dia sendiri menyedari Jungkook bersiap pergi ke kerja lebih awal dua jam.
Jungkook tidak menjawab pertanyaan Hae Yoon. Dia mengelus rambut panjang milik wanita itu dengan penuh minat dan kasih.
"Kalau aku tak balik juga lepas 12 tengah malam, aku tak nak kau jejak kaki langsung dari bilik. Kunci pintu. Bawa Jungyoon tidur sekali dengan kau. Kalau aku panggil, jangan sesekali keluar. Faham?"
Pesanan Jungkook membuatkan aku telan air liur yang terasa perit. Aku mengangguk kepala tanpa menyoal Jungkook.
Dia menepuk bahu aku lembut dan menuju ke keretanya.
"Be safe , Hae Yoon. Jaga anak kita."
🍀
Babak-babak menggila bakal menyusul. Author nak kasi amaran awal-awal.Grab your popcorn. Show baru nak memanaskan enjin.
Hadiahkan komen , author nantikan. 🙊
YOU ARE READING
[C] Psycho Crush 2 |JJK
FanfictionKau dan aku. Kita sama. Kita psiko. Start : 08/9/2018 End : 22/9/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design