Bab 1

2.6K 146 31
                                    

Di sebuah kapal angkasa...

"Muahahaha kita berjaya tangkap power sphera terhebat ni!"

Adudu ketawa jahat sambil memandang ke arah sebuah sangkar yang terdapat power sphera aneh berbentuk bujur berwarna oren.

"Jom kita kenakan si Boboiboy incik bos!"

Probe yang dari tadi berada di belakang Adudu terus bersuara sambil menggeletis teruja. Mereka terus bersiap sedia untuk ke tempat Boboiboy.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di rumah Tok Aba kelihatan sunyi sepi di ruang tamu kerana Hali seorang saja berada di situ sambil membaca novel. Hanya kedengaran kipas berpusing dari tadi. Tiba-tiba..

"Jangan lari!! Bagi balik aku punya sarung tangan!"

Jeritan Thorn membuatkan Hali terkejut hampir terjatuh terguling dari sofa. Hali hanya memandang Thorn yang sedang mengejar Blaze seperti malaikat maut mengamuk sebab tak cukup makan(?)

"Bluek!! Tak dapat-tak dapat!" Ejek Blaze.

Blaze menjelir lidah ke arah Thorn sambil berlari ke sini-sana macam kanak-kanak rebina terlebih gula.Gempa keluar dari dapur untuk melihat apa yang jadi setelah berkurun mereput di dapur sambil melihat buku resepi.

"Apasal korang ni?" Soal Gempa.
"Mesti Blaze usik Thorn lagi ni..."

Hali menjawab dengan selambanya sambil membaca novel dan pada masa yang sama, Thorn berhenti berlari kerana penat.

"Huh..huh..Gempa tengok Blaze ni!"

Thorn membuat muka merajuk. Hali yang dari tadi membaca novel, terus bangun kerana mahu tamatkan permainan budak kecik ni.

"Blaze! Bagilah balik sarung tangan Thorn tu..."
"Tak aci lah Thorn! Mana boleh mintak tolong kat sesiapa."

Akhir nya menyerah juga raja prankster itu. Tak lama kemudian, Ice turun dari bilik dengan muka yang masih mengantuk.

"Eh, takkan tak puas lagi tidur Ice?" Soal Gempa.
"Baru je nak sedap tidur, tiba-tiba aku dengar orang gaduh kat bawah"

Ice menjawab soalan Gempa sambil menggosok mata yang hampir tertutup. Gempa hanya menggelengkan kepala nya. Kemudian Ice duduk di sebelah Hali yang masih khusyuk (Betul ke ejaan ni?) membaca novel.

"Ice..Mana Taufan?" Soal Hali.
"Dia main game kat bilik. Kenapa?"

Sekarang Ice pula yang tanya Hali. Hali hanya menggeleng tanda tiada apa-apa. Ice masih lagi memandang Hali dengan pelik.

"Apa pandang-pandang aku pulak ni?"

Hali menjeling ke arah Ice. Ice dengan pantas mengalihkan pandangan nya ke tempat lain. Tiba-tiba...

"Woi Boboiboy!! Keluar sekarang!!"

Jeritan dari luar rumah itu membuatkan mereka terkejut apatah lagi, Ice yang dah nak tidur.

"Itu Adudu!" Kata Blaze
"Hish..tak habis-habis betul.."

Hali membuat muka menyampah sambil menutup novel nya. Solar yang dari tadi dalam bilik terus turun.

"Adudu ke tu?" Soal solar.
"Ha'ah.." Jawab Thorn.

Mereka bertujuh keluar dari rumah. Kelihatan Adudu tersenyum sinis sambil memegang power sphera.

"Apa kau buat kat sini ha Adudu?!" Soal Gempa.

Adudu terus gelak dengan jahatnya di depan mereka. Mereka bertujuh hanya memandang pelik.

"Dia ni buang tebiat ke?" Bisik Taufan.
"Aku rasa..dia ni mesti termakan biskut Yaya" Jawab Thorn.

Adudu berhenti gelak lalu dia mengaktifkan power sphera itu

"Hah? Power sphera ape tu?!" Soal Ice.
"Siap lah kau Boboiboy..ini lah power sphera Dimensionbot!"

Tiba-tiba muncul satu cahaya terang datang dari power sphera itu.

"Argh!!"

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now