Solar munda-mandir disitu juga. Di situ ada 3 laluan. Pelan itu saja yang ada untuk mencari bilik tetamu dan mengetahui mana satu yang tak dikawal dan tempat yang dikawal.
"Mungkin aku kena ikut sini?"
Solar memandang ke arah satu laluan di belah kanan nya. Dia menjenguk sedikit apa yang ada disitu.
"Kat sini clear. Nasib baik"
Keadaan disitu nampak macam tiada orang jadi dia terus berlari anak ke tempat itu dan cepat-cepat menyorok di tepi sut perisai yang berdiri tegas sambil memegang sebilah pedang. Tiba-tiba...
"Eh ye la..aku kan boleh je guna kuasa untuk pergi ke tempat tu? Apa lah aku ni.."
Boleh pulak dia terlupa tentang perkara itu kemudian ditepuk nya dahi kerana sifat pelupa dia ni.
"Lompatan Cahaya!"
Solar terus hilang dari tempat itu dan muncul di satu tempat yang lain pula.
"Aku kat mana sekarang ni?"
Sebuah bilik berada di hadapan nya. Baru hendak dia masuk, pintu dibuka dengan kasar lalu menghantam muka handsome lagi kan poyo nya.(??😅) Solar terjatuh disebabkan pintu itu.
"Aduh...sakit.."
"Ark! Sorry!"Solar mendongak ke atas dan berada di depan nya ialah Thorn.
"Nasib kau tak dikejar pengawal tu"
"Kita dah sampai bilik tetamu ke?" Soal Solar.Thorn menggangguk dan menunjuk kan bilik itu. Mereka masuk ke dalam dan Solar cepat-cepat menutup pintu.
"Aku nak tanya sikit ni..apasal kau beria-ia sangat nak suruh aku keluar dari istana ni?" Soal Thorn.
"Aa..nanti aku cakap Ok?"
"Ok.."
Solar memegang bahu Thorn secara mengejut membuat kan Thorn pelik."Kau jangan gerak Ok?"
"Ok?.."
"Lompatan Cahaya!"Dengan sekelip mata mereka berada di sebuah hutan yang tak jauh dari situ. Thorn masih lagi pelik. Macam mana dia boleh sampai sini dengan kejap?
"M.. macam mana boleh sampai sini?"
"Bertenang..aku ada benda nak cakap dengan kau ni.."
"Apa dia?"Solar menceritakan segala nya pada Thorn. Ia ambil masa yang lama untuk cerita sampai 30 minit baru selesai.
"Oo..tapi macam mana dengan bonda dan ayahanda nanti?" Soal Thorn.
"Itu jangan risau.. dimensi ni akan di restart semula tanpa kau..maksud nya, dimensi ni akan dimulakan semula cuma tanpa kau." Jawab Solar.
"Oo..ok apa yang aku kena buat sekarang?"Solar mengambil nafas dulu selepas menerangkan sesuatu dengan panjang.
"Kau kena sebut Elemental Dimensions" Jawab Solar
"Ok! *Tarik nafas* Elemental Dimensions!!"
"Jangan lebih-lebih sangat la..😑"Satu portal muncul dan Thorn mula lenyap. Sempat Thorn melambai ke arah Solar dan dia pun lenyap dari pandangan Solar. Dia memasuki portal dan semua nya putih (terang la maksud dia.)
"Wah...Eh? Macam pernah nampak je tempat ni?"
YOU ARE READING
Boboiboy 7 Dimensions
AdventureAdudu berjaya tangkap satu power sphera yang hebat untuk pisahkan 7 elemental ke dimensi yang lain. Solar terpaksa mencari pecahan nya ke dimensi-dimensi yang lain dari apa yang dibayang kan.