Bab 44

607 66 4
                                    

Pergerakan mereka terhenti seketika apabila mendegar jeritan itu. Ada orang di kawasan berdekatan mereka!

"Tu suara orang lah!" Kata Solar.
"Jom kita cari! Aku rasa dia dekat-dekat sini je!"

Lantas mereka berdua mencari empunya suara yang menjerit tadi. Kemudian mereka tiba di satu jalan raya yang dipenuhi kesan runtuhan bangunan di sekeliling mereka.

"Aku rasa suara tu datang dari sini!"

Blaze berkata sambil melihat sekeliling. Dan..

"Eh..?"

Mata Blaze terhenti pada satu pondok telefon di hujung jalan tersebut(ok pondok telefon tu macam yang dekat Paris tu). 2 'ekor' zombie sedang cuba untuk memasuki pondok telefon itu dengan merempuh nya beberapa kali. Yelah..nak buka tak reti. Tapi apabila diperhatikan dengan teliti, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berada dalam itu!
Dia cuba menahan pintu dengan sepenuh tenaga nya.

"Ada budak dalam tu!" Kata Blaze.
"Hah?!" Ternganga mulut Solar.

Lantas Blaze berlari mendekati zombie-zombie itu.

"Bebola Api!"

Bebola api itu mengenai kedua-dua zombie itu lalu mereka terpelanting jauh ke belakang.

"Guaargh!!"

Badan kedua-dua zombie itu terbakar dan..

POMPH!

Badan mereka meletuo kerana tekanan haba yang tinggi. Habis merecik darah zombie itu di merata tempat. Blaze mendekati pondok telefon itu dimana kanak-kanak itu berada. Dia membuka pintu pondok itu dan menghulurkan tangannya.

"Adik ok?" Soal Blaze.

Kanak-kanak itu mengundur ke belakang kerana ketakutan. Blaze mencangkung supaya sama tinggi dengan nya.

"Takpe jangan takut..abang tak buat apa-apa kat adik..abang bukan zombie. Meh sini.."

Blaze menghulur kedua-dua tangan nya ke arah Kanak-kanak itu seperti ingin memeluknya. Kanak-kanak itu perlahan-lahan mendekati Blaze dan terus memeluknya. Kanak-kanak itu menangis dalam dakapan nya. Blaze membelai rambut coklat kanak-kanak itu untuk menenangkannya.

"Takpe..adik jangan takut ya?"
"Ibu..! Fi nak ibu!.."

Itu yang dikitakan oleh kanak-kanak yang dikatakan 'Fi' itu sambil menangis. Blaze melepaskan pelukan lalu mengelap air mata yang membasahi pipi tembam kanak-kanak itu.

" Apa nama adik?" Soal Blaze lembut.
"Lu..Luthfi.."

Jawab kanak-kanak itu dengan sedu akibat dari tangisannya tadi. Blaze menggangguk perlahan. Dari sudut lain, Solar memandang Blaze seakan-akan tidak percaya! Biar betik Blaze lembut betul dengan budak-budak! Selalu nya dia yang paling tak pandai jaga budak!

"Luthfi jangan risau..nanti abang bawak Luthfi pergi kat ibu ya?" Soal Blaze.
"Be..betul ke??"

Soal Luthfi dengan mata nya membulat apabila mendegar apa yang Blaze kata. Blaze mengangguk lantas Luthfi memeluk Blaze lagi. Solar tersenyum kecil melihat mereka berdua. Comel.

S
K
I
P

T
I
M
E

"Luthfi tau tak ibu kat mana?" Soal Blaze.
"Tahu! Dia dekat rumah warna kuning! Sama dengan yang lain!" Jawab Luthfi.
"Eh..apa maksud Luthfi 'dengan yang lain'?"

Blaze menyoal sambil memandang pelik ke arah Luthfi.

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now