KRAK!..
Bulat mata Solar bila nampak pintu gerabak itu..RETAK. Lantas dia cuba memikirkan cara lain sambil tangannya menahan pintu itu dari ditolak zombie-zombie itu. Kemudian dia mendapat idea.
"Laser cahaya!"
Satu pancaran laser yang kecil keluar dari jari telunjuknya lalu di halakan pada tangan zombie yang menghalang pintu tersebut dan secara tak langsung, ia memotong tangan zombie itu.
"Guargh!" Zombie itu meraung kesakitan.
PLAK! DUP..
Tangan zombie itu terputus lalu jatuh ke bawah. Makin kuat bunyi raungan zombie itu. Solar terus menendang zombie itu hingga terjatuh ketiga-tiga nya lalu menutup dan mengunci pintu gerabak itu.
"Hah! Korang dah tak boleh masuk!"
Solar berkata sambil menjelir lidah ke arah zombie-zombie itu. Tiba-tiba kereta api itu berhenti.
"Eh dah berhenti??" Solar bermonolog.
"Ok turun cepat Solar. Dah sampai dah"Blaze berkata melalui radio kereta api tersebut. Dengar sahaja arahan itu, Solar terus turun dari kereta api dan menunggu Blaze yang masih berada di dalam. Sambil itu dia memandang sekeliling. Stesen kereta api yang kosong dan hanya kereta api mereka sahaja yang berada di situ. Dari jauh Solar boleh nampak bangunan-bangunan tinggi dan kebanyakkannya sudah rosak. Sunyi sahaja tempat itu.
Tak lama kemudian Blaze turun dengan membawa alatan yang mereka ambil dari stesen sebelum ini."Kau ni kalau turun memang tak bawak ape pun kan? Nah ambik ni..!"
Blaze menjeling Solar lalu menghulurkan beberapa alatan pada Solar supaya tak de lah nanti jatuh pulak barang tu nanti sebab tak cukup tangan. Nanti jadi macam Mama Gem (Gempa: E'eh main mention² nama kita pulak nih??) Solar mengambil alatan itu sambil roll eye pada Blaze.
"Dah jom" kata Blaze.
"Hmm"Mereka berdua berjalan menuju ke pintu keluar dari stesen itu dan..
"Whoaa.."
Perkataan yang dikeluarkan oleh Solat apabila melihat bangunan-bangunan di bandar itu. Semua nak nazak dah. Dan keadaan disitu memang sunyi.
"M..macam mana nak cari penduduk yang selamat tu dalam bandar yang besar ni??" Soal Solar.
"Ni.."Blaze berkata sambil menunjukkan satu alat di pergelangan tangannya.
"Apa tu?" Soal Solar
"Ni adalah alat pengesan kehidupan. Jadi dia dapat kesan sebarang benda hidup kat sini!" Terang Blaze.
"Habis zombie tu bukan hidup ke?" Soal Solar.
" Tak"Blaze menjawab selamba. Solar membulatkan mata nya sampai nak naik juling.
"Ehh?? Habis macam mana dia boleh gerak kalau dah mati??"
"Haih..virus dalam diorang tu yang mengawal pergerakan mereka! Aku tahu la sebab aku pernah tangkap sekor pastu bedah dia!"Blaze berkata dengan yakin manakala Solar membuat muka geli tahap babun sawan.
"Jadi..ada ramai ke orang kat sini?" Soal Solar lagi.
"Jap.."Blaze berkata sambil meneliti ke arah alat itu. Tiba-tiba..
"AAAAH!!!"
YOU ARE READING
Boboiboy 7 Dimensions
AdventureAdudu berjaya tangkap satu power sphera yang hebat untuk pisahkan 7 elemental ke dimensi yang lain. Solar terpaksa mencari pecahan nya ke dimensi-dimensi yang lain dari apa yang dibayang kan.