Tanah memegang dagu nya seperti sedang berfikir kemudian di memandang Solar yang sedang menanti jawapan dari nya.
"...ok"
"Yes!"Solar terus melompat hingga terkejut Tanah. Yang lain ketawa sahaja melihat telatah Solar.
"Elemental Dimensions"
Perkataan itu disebut lalu portal ke dimensi lain muncul dihadapannya. Solar sempat melambai ke arah mereka semua lalu masuk ke dalam portal.
.
.
.
.
.
.
"Hmm?..."
Solar membuka mata dan melihat sekeliling. Malam. Tapi satu yang membuatkan dia hairan.
"Kenapa sunyi sangat ni..?"
Mata nya meliliau di seluruh tempat. Tiada orang. Bangunan juga nampak lama dan rosak.
"Apa yang dah jadi kat sini?."
Sempat Solar menggaru kepala nya yang betul-betul gatal sambil berjalan melihat sekeliling.
"Hello..?!" Jerit Solar.
GEDEBUK!!
"Opocot bukan bishe bishe!!"
Solar terloncat sedikit akibat bunyi itu. Bunyi seperti ada sesuatu jatuh dari bumbung berdekatan dia. Kelihatan seperti satu susuk tubuh yang terbaring di tanah. Solar cuba mendekati nya secara perlahan.
"He..hello..?"
Tiba-tiba kepala orang itu terangkat dan memandang Solar. Muka Solar terus berubah terkejut yang amat apabila memandang muka itu. Diri nya kaku. Muka yang begitu hodoh dengan kesan luka akibat jatuh tadi dan mata yang putih.
"...z..zombie....?"
Solar mengundur ke belakang apabila 'zombie' itu berdiri. Boleh dengar tulang zombie itu patah-patah bila mahu bangun.
"Ggraagh!!" (😂)
Zombie itu terus berlari ke arah Solar.
"Waargh!! Zombie!!" Jerit Solar.
Tiba-tiba satu bebola api terkena zombie itu dan perlahan-lahan zombie itu terbakar dan satu percikan darah terkena baju Solar.
"Warhh! Darah!" 'habis baju aku!!' jerit hati Solar.
Tap! Tap..
Bunyi tapak kasut itu membuatkan Solar memandang ke atas bumbung ditepi nya. Kelihatan seseorang disitu. Orang itu terus melompat dan turun dari bumbung lalu pergi ke arah Solar.
"Kau ok? Apa kau buat kat sini? Penduduk sepatutnya berpindah jauh dari sini!" Kata nya.
Solar terkebil-kebil melihat orang itu. Dia tidak dapat melihat keseluruhan muka orang itu kerana dia memakai topi dan mask mulut berwarna hitam.
"Pindah?" Soal Solar.
"Yelah! Takkan kau tak tau?"Solar menggelengkan kepalanya.
"Erm..nanti lah aku cakap. Sekarang kau kena ikut aku pergi tempat berlindung aku..jom!"
Orang itu menarik tangan Solar dan berlari dari situ.
"Eh kejap! Kenapa ni? Tempat perlindungan apa pula ni? " Soal Solar bertalu-talu.
"Kau takkan tak nampak ada zombie hampir makan kau tadi?"
"Jadi--eh?"
"Takde masa! Cepat jom!"Mereka terus beredar dari situ. Tak lama kemudian kelihatan sebuah gudang lama yang dikelilingi hutan. Solar teragak-agak untuk masuk ke dalam namun ditarik oleh orang itu.
"Ini tempat berlindung aku.." kata orang itu lalu menghempaskan diri di sebuah sofa lama.
"Ouh..umm.."Solar memerhati sekeliling. Lama, bersepah, banyak senjata, banyak cctv di luar dan suis serta alatan perangkap.
"Duduk lah oi..kenapa berdiri tu?"
"Eh..ok..sorry.."
"Sorry la kalau tempat ni agak kotor.."Solar menggeleng perlahan sambil tersenyum.
"Apa nama kau?" Soal orang itu.
"Solar..kau?"
"Aku Blaze"
"Oo Blaze...Hah?! Blaze?!!"
YOU ARE READING
Boboiboy 7 Dimensions
AdventureAdudu berjaya tangkap satu power sphera yang hebat untuk pisahkan 7 elemental ke dimensi yang lain. Solar terpaksa mencari pecahan nya ke dimensi-dimensi yang lain dari apa yang dibayang kan.