[Dreamer 10]
7 Eleven
Park Jiyoung sedang mengemas barang-barang stok yang baru sampai, kemudian dia mengangkat kotak itu pergi ke tempat lain.
Semasa sedang mengangkat kotak itu, dia terdengar ada orang mengata dia.
"Kesian budak tu.. Muka lawa tapi kena kerja angkat kotak"
"Mungkin dia keluarga miskin kot.."
"Kesian kan??" Selepas itu mereka ketawa. Tak tau la kenapa gila kot(?)
Jiyoung dah rasa geram, rasa nak tumbuk dorang sampai lumat tapi..
'Sabar Jee sabar...' Bisik hati Jiyoung. Orang yang mengata Jiyoung tu tak tau sebenarnya Jiyoung tu anak orang kaya, ayah dia ada syarikat yang besar.
"Jiyoung, kamu dah boleh pulang.. Kerja kamu dah habis" Ujar Leeseon sunbae, Jiyoung mengangguk.
"Kamsahamnidaa!" Kata Jiyoung dengan ceria, Leeseon sunbae tersenyum.
Jiyoung menukar bajunya, memang bergaya betul, dia mengenakan baju hoodie bewarna pink, seluar jeans fit bewarna gelap dan tak lupa cap bewarna pink yang bertulis Yo!, swag kan?
Jiyoung menyeluk tangannya di dalam poket Hoodie sambil berjalan, tiba-tiba Jiyoung terlanggar seseorang.
"Chaesonghamnida.." Ujar orang yang melanggar Jiyoung.
"Gwenchana.." Kata Jiyoung, Jiyoung pelik melihat lelaki itu, lelaki itu memakai topi besar serta kod, muka tak nampak, muka mana muka?
Namun Jiyoung buat dek sahaja. Jiyoung teruskan berjalan.
"Nanti dulu!" Ujar lelaki itu, Jiyoung menoleh kebelakang, lelaki itu mendekati Jiyoung kemudian menghulur sehelai kertas merah dekat Jiyoung.
"Ni kertas awak tertinggal" Kata lelaki itu, Jiyoung yang blur dari tadi hanya ambil sahaja kertas itu, rasa macam kena pukau pula dengan lelaki tu.
Setelah lelaki itu berlalu pergi, Jiyoung membaca tulisan yang berada di kertas itu.
"Sweet dream, longgg dream" Baca Jiyoung, Jiyoung berasa pelik.
"Longgg dream? Kenapa long tu panjang? Sebab long ke? Hish tak faham aku apa lelaki ni merepek.." Kata Jiyoung kemudian dia membuang kertas merah itu kedalam tong sampah yang berdekatan.
Di rumah Jiyoung
Jiyoung terus baring atas sofa lepastu dia mengambil telifon bimbitnya.
Jiyoung mula bermain Mobile Legend.
"Yeahh!"
Bila dah habis main Mobile Legend, Jiyoung terlelap.
"Sweet dream, Longgg dream"
[Dreamer 11]
Kim Sooyun baru balik dari sekolah, Sooyun meletakkan beg sandang dia dekat penyangkut yang sedia ada.
Sooyun masuk bilik kemudian mandi sekejap.
Selepas mandi, Sooyun pergi dekat ruang tamu sebab nak tengok drama kegemaran dia tambah lagi appa dia berlakon.
The Legends Of Blue Sea
Ternampak scene appa dia tengah bersweet dengan Shimchung.
"Appa.. Ingatlah eomma akan tengok part ini nanti.." Kata Sooyun dengan nada bergurau, walaupun dia tau yang appa dia tiada di sini, bergurau sorang-sorang apa salahnya..
"Sooyun? Bila masa balik ni?" Ujar Sehun, abang ketiga Sooyun atau anak keempat dari 5 adik beradik.
"Eo? Sejak tadi.." Kata Sooyun.