[Dreamer 13]
Aiko Shinohara baru sahaja balik dari sekolah.
"Mama! Aiko dah balik!" Ujar Aiko sambil membuka pintu, namun hanya angin sepoi-sepoi sahaja yang menyaut.
Aiko memuncung, melihat rumahnya sunyi je..
"Mama tak balik lagi ke?" Ujar Aiko berseorangan, dia mencari mamanya disekeliling rumah.
"Mama lupa ke harini hari jadi Aiko?"
Aiko terus menuju ke ruang tamu kemudian membuka tv.
"Siaran langsung! Persembahan fashion terkemuka Tokyo! Mari kita saksikan persembahan fashion terbaru dari Mia Shinohara!"
Kelihatan model berjalan di atas pentas sambil menggayakan pakaian milik Mia Shinohara, iaitu ibu kepada Aiko. Ibu Aiko adalah seorang fashion designer dan juga artis, jadi ibu Aiko memang jarang berada di dalam rumah, kesian Aiko sunyi je dia dalam rumah.
Aiko hanya merenung TV itu, dalam masa yang sama dia dalam keadaan sedih.
"Baiklah sekarang tiba masanya kita bertemu ramah bersama pereka fesyen pakaian tadi, Mia Shinohara!"
Kedengaran orang di dalam TV itu bersorak.
"Puan Shino! Macam mana awak dapat ilham nak buat pakaian seperti itu?"
"Ohhh hehe saya dapat ilham dari..."
Pitt! (Bunyi tv off ye hrp anda fhm 😂)
Aiko terus menutup TV.
"Mama langsung tak ingat hari jadi Aiko.." Kata Aiko, kemudian dia terus masuk bilik.
Tanpa sedar, ada benda bercahaya bertulis dekat tepi dinding dimana Aiko berjalan tadi.
'Sleep more'
Aiko menyelimutkan dirinya, dia sedang menangis dalam selimut.
"Mama memang pentingkan kerja dari Aiko.." Kata Aiko, dia menangis sepuas hatinya, kemudian Aiko pun terlelap.
[Dreamer 14]
Umaru Douma bergegas berlari keluar dari sekolah sampai dekat mart (woahh kalau Jen separuh jalan dah termengah-mengah 😂)
Umaru terus mengambil snack kegemarannya dan letak dekat kaunter cashier.
"540 Yen" Ujar cashier itu, Umaru terus memberi duit kemudian dia mendapat resit.
Umaru keluar dari mart sambil menyanyi lagu AKB48 siap menari-nari anak lagi.
Umaru cuba melihat resit mart tu balik, tak tau kenapa hati dia tergerak untuk tengok resit itu.
Masa dia sedang melihat resit, ada satu perkataan di bawah resit itu dapat menarik perhatian anak mata Umaru.
"Sleeping beauty?" Umaru baca perlahan.
"Apa benda sleeping beauty ni?" Tiba-tiba resit dia terbang akibat angin yang agak kuat. Umaru terus mengejar resit itu untuk mendapatkannya.
"Yes dapat pun!" Nasib baik Umaru dapat sambut. Umaru baca balik tulisan pelik dekat resit tu.
"Aik? Mana tulisan tadi?? Aku salah nampak ke?" Umaru melihat resit itu dengan teliti, namun tulisan itu memang tak ada.
Umaru ternganga, kemudian dia menggosok-gosok matanya.