[Dreamer 1]
YG's building
Tak bukan di banggunan YG, di kawasan semak di hadapan banggunan YG.
Ada seorang gadis sedang mengintai banggunan YG itu dari jauh.
"Papa YG.. Cepatlah telifonn~~" Kata gadis itu. Koo Junhee, gadis berada di dalam semak itu tak habis-habis menggoncangkan telifonnya, goncang macam mana pun YG tak akan telifon hang punya..
"Ada ularrr!!!!! Arghh!!!" Jerit seseorang bersuara garau membuatkan Junhee terkejut beruk kemudian dia melompat keluar dari semak.
"Mana ular??? Maju lu sini ular!! Ular tagunaa!!" Jerit Junhee, tak lama itu Junhee terdengar seseorang ketawa, Junhee memandang orang itu, rupanya Junhoe, abang kandung Junhee.
"Aduhh memang bongok betul adik aku ni.." Kata Junhoe, Junhee mencebik.
"Oppa! Apa kata Yang sajang??" Ujar Junhee dengan muka excited.
"Dia tak call Junhee?" Soal Junhoe, Junhee menggeleng.
"Maknanya kau tak dapatlah.. Mana taknya suara macam katak, rap pun macam tengah berucap, menari pun macam ada kayu dalam badan" Kata Junhoe, hambik kau Junhee kau kau abang kau kutuk.
"Oppa pun tak taulah kenapa suara Junhee tak sedap, tak silap oppa keturunan oppa ni suara sedap seda..." Belum sempat Junhoe menghabiskan ayatnya, Junhee dah tekup mulut oppanya kemudian mengkarate oppanya.
"Ehhh Jum! Hajimamamm" Kata Junhoe dengan mulu tertutup, Junhee cuba dirikan oppanya balik.
"Biar betul?? Ingat lagi Yang sajang cakap dekat Junhee yang Junhee ni mempunyai seni..."
"Ehh yelah yelah.. Kau dapat!" Kata Junhoe, Junhee terkejut.
"Betul ke?!!" Soal Junhee, Junhoe mengangguk.
"Oppa gurau je tadi.. Ingat nak kasi kau meraung kat depan banggunan YG rupanya WWE pula yang aku dapat.." Kata Junhoe, Junhee melompat keriangan.
"Yeayy yeayy Junhee dapat! Gomawo oppa!" Junhee memeluk oppanya.
"Dah dah jangan peluk nanti orang ingat kau tu girlfriend oppa tak pasal-pasal rumor rumor rumor yang oppa dapat" Kata Junhoe sambil menolak Junhee. Junhee dari tadi tersengih.
"Ingat.. Start practice minggu depan tau.. Yang sajang kata dia nak bagi kau rehat almaklumlah baru habis exam kan.. Dan kau ni lebih kurang pakai cable tau sebab yelah abang kau kan member Ikon" Kata Junhoe, Junhee buat muka savage.
"Okaylah Jun balik dulu eh? Annyeongg!!" Ujar Junhee kemudian terus bergerak menuju kerumahnya, Junhoe tersenyum sambil melambai-lambai adiknya, walaupun mulut macam loji, dia tetap sayangkan adiknya. Tak lama itu dia terus berlari menuju ke banggunan YG, takut orang nampak dia.
Kat rumah Junhee
Junhee memasuki biliknya dengan penuh keriangan disebabkan YG telah terima dia menjadi trainee, impiannya selama ini.
Junhee baring di atas katil sambil menggoncang-goncangkan badannya di atas katil.
"Wohoo aku nak jadi lagi popular dari June oppa!" Ujar Junhee, tak lama itu dia tertidur dengan keadaan tersenyum sambil menyumbat ibu jarinya kedalam mulut(kantoi kamuu)
[Dreamer 2]
Yuji Highschool
Nara Park sedang mendengar gurunya bercakap dihadapan, sambil tu matanya mengerling kearah jam dinding yang berada di atas papan putih.
'Bila nak balik wahai masa?~~' Nara menyanyi dalam hati, tak sabar kot nak balik nak tengok cerita Shinchan latu..
"Baiklah semua.. sempena cuti musim panas ni.. Kamu semua ada kerja! Buat latihan math 5 muka surat!" Kata cikgu itu sambil menunjuk lima jarinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/161881329-288-k62791.jpg)