#DendamUndukNgadau
#Akhir
#byRenaNongYongMasanya telah tiba.bagagar lutut..punya ramai orang..datang dari seluruh dunia..ini kalilah sya nervous talampau..sampai bibir pun bagagar..tarik napas..kali-kali tarik napas..kakak pun tiada di sini di belakang pentas sebab dia stand by kalau-kalau ada yang berlaku sesuatu di tempat duduk VIP.Dia sdh berhubung dengan kawan-kawan lama dia yang bekerja sebagai doktor dan beberpa orang polis bersama dia tanpa pengetahuan Miss Jenny.Kakak telah uruskan laporan polis tentang kejadian 20 tahun lepas dan semasa kami berada di Dewan Theater, polis sedang menyiasat CCTV lama dan baru untuk mencari bukti.Harap-harap mereka boleh menjumpai sesuatu.Menurut kakak yang pernah bekerjasama dengan mereka semasa dia bekerja sebagai peguam di syarikat guaman di sini dulu, pihak Polis UK ni asal ada laporan, mereka sangat cepat bertindak melakukan siasatan.
Sya cubuk-cubuk soono tampat duduk VIP, ada saturang yang duduk di atas kerusi roda,dia sja yang muka dia macam orang Sabah.Manakala yang lain kelihatannya daripada negara lain. Hati sya berdebar-debar..rasa mau turun sja sana lepas tu kotol(cekik) dia tapi memandangkan keadaan dia mcm sakit...sya pun keliru apa yang sya mau buat untuk balas dendam sama dia tetapi berlainan keadaannya. Setelah kumpulan kami di panggil dan sya naik ke pentas. Langkah pertama menjejak pentas..gemuruh tepukkan membuatkan sya tambah nervous.Sya berhenti kejap,tutup mata.Ambil feel...sya rasa macam ada angin sejuk bertiup di tengkuk sya...bertiup lalu menyentuh cuping lelinga sya..sya pelan-pelan buka mata..sya rasa badan sya sangat ringan seperti kapas.. senyuman sendiri terukir indah di bibir..sya seperti dibawa angin berjalan dengan lembut mengikut rentak irama alam hutan hujan tropika yang dipasang sebagai latar belakang persembahan kami sesuai dengan latar keindahan alam semulajadi Sabah. Model-model lain mengikuti sya dari belakang..sya berdiri tepat di tengah bahagian hadapan garis pentas. Sya lihat lelaki di kerusi roda itu melihat ke arah sya dengan mata terbuka luas ,mulut ternganga sambil memegang bahagian dadanya. Seperti kesakitan.Sya rasa risau di dalam fikiran sya walaupun pada mulanya, sya ingin sekali menghukum lelaki itu didorong oleh dendam sya terhadap penganiayaan nya sama mami. Tetapi lain pula keadaan bila melihat dia di depan mata. Dia balik-balik mengurut dada dia..Dari sudut kiri pentas, kelihatan Miss Jenny sedang tersenyum lebar melihat keadaan lelaki yang kesakitan itu. Sya rasa mahu memberhentikan persembahan dan mahu menyelamatkan dia tetapi sya tidak boleh.Tubuh sya seperti dikuasai oleh satu tenaga kuasa yang sangat kuat sehingga ia boleh mengatur tutur kata indah di bibir sya lebih baik daripada apa yang sya telah di ajar. Semakin lama , semakin kesakitan lelaki di atas kerusi roda itu.Tiada siapa yang peduli kerana terlalu asyik dengan persembahan kami. Pemain muzik traditional dan penari-penari mula menggerak tari ..sungguh indah dan lemah gemalai..penonton merentasi dunia berdiri dan memberi tepukkan penghormatan. Sya tercari-cari lelaki yang di kerusi roda itu.Semua duduk semua dan dia jatuh daripada kerusi rodanya. Sepatutnya, sya sudah boleh sudah ke sna sebab bahagian sya telah siap dan boleh turun ke ruang depan tempat duduk VIP tetapi kaki sya seperti terkunci. Miss Jenny biarkan sahaja dan pura-pura tidak nampak.Nasib baik kakak dan kawan-kawan dia yang terdiri daripada doktor dan polis menganggangkat lelaki itu dan membawa lelaki itu ke hospital berdekatan. Sya nampak Miss Jenny ternganga..tidak lama beberpa orang lelaki berpakaian hitam berlari di belakang pentas berjumpa dengan Miss Jenny. Sya sudah ada di belakang pentas. Sya mahu menyertai kakak tetapi mereka sudah jauh pergi. Sya mahu menelefon kakak untuk memberi amaran supaya berhati-hati kerana mereka mungkin akan di kejar oleh orang-orang si Miss Jenny tetapi tangan sya kaku dan sya tidak tahu kenapa sya langsung tidak boleh berbuat apa-apa. Ou! baru sya ingat.Tangkong, buka tangkong.Sya buka tangkong yang sya pakai barulah sya boleh bergerak mengikut fikiran sya. Mungkinkah mami yang tidak mahu lelaki itu hidup? mungkin selama ini, semangat mami yang mengusai sya supaya membenci lelaki itu? Apa-apa sajalah. Sya mengambil telefon bimbit sya dan mengetik pesanan kepada kakak sya supaya berhati-hati kerana ada beberpa orang lelaki berbaju hitam dalam perjalanan mengejar mereka.Mungkin mahu membunuh lelaki itu. Kakak cakap jangan risau, buat macam sya tidak tahu menahu dan tidak terlibat di dalam penyelamatan itu dan bagilah alasan kenapa kakak selamatkan lelaki itu kepada Miss Jenny. Sya nampak Miss Jenny memandang ke arah sya. Sya rasa dia akan datang kepada sya.Sya pasang perakam suara di telefon bimbit sya dan cepat-cepat masuk kan ke dalam beg tangan sya.Tidak lama Miss Jenny datang kepada sya.Dia tarik sya ke bilik persalinan dan mula menyoal sya dengan muka yang marah. 😡
"Hei Jenifer, apa kena dengan kakak kamu tu baik sanggat sampai selamatkan lelaki tu! Kamu ada kaitan saudara kah sma tu lelaki.Kamu taukah yang dia tu lelaki kejam yang permainkan sya seperti bodoh selama ini. 😡Dia patut mati.Sya patut bunuh dia dari awal tetapi nanti kalau sya ada kes bunuh nanti lembaga pengarah syarikat kami akan buat sesuatu kepada sya dan sya juga yang rugi. Ini peluang terbaik tanpa mengotorkan tangan sya.Errrrrgggh!😠..Your sister spoiled everything!" Dia bilang sambil menggengam ketat kedua bahu sya dan menggoncang-goncangkan sya sekuat tenaga. Sya pura-pura tidak tahu apa-apa."Mana sya tahu.Kakak tu memang suka menolong orang. Apa lagi dia nampak dari negara yang sma. Kan muka dia nampak sangat saturang sja di barisan VIP tu yang muka Dusun" sya bilang bagi alasan.
"Sya betul-betul rugi bawa kamu di sini.Sya harap muka kamu yang seiras dengan perempuan yang dia pernah aniaya boleh mengembalikan dosa lampau dia menghatui dia kemudian menyerang jantung dia yang memang sedang lemah selama ini, berkesan..arrggg..hancur!!😠"
YOU ARE READING
DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)
Mystery / ThrillerNovel Dendam Unduk Ngadau *290 ms 40+ Bab versi Novel Drama *RM35+ pos RM8(ss) 10(SM) #TqForSupportingSabahanWriter. #watsap 0109454580 untuk pembelian. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak perempuan Unduk Ngadau yang mempunyai kebolehan unt...