DendamUndukNgadau
#KaryaRNY
#VersiNovelDrama
#NovelUntukDiJual(Masih menunggu harga dari kilang)
#Bab 4
Tiba-tiba.. kelihatan ada kain putih yang kotor seperti di heret melintasi pintu berulang kali.Gosong semakin mengeletar ketakutan dan menutup mata dengan kedua belah tangannya."Beb,kau pandaikah berdoa? Saya lama sudah tidak berdoa. Sambayang pun inda pernah ni. Tulunglah baca apa-apa doa kasi lari jauh-jauh ni hantu mau kacau saya"
Gosong semakin panik."Duiii..huhu..napa pula saya inda nampak apa-apa ni?..Entah-entah dakat saya saja ni hantukan..huhu ..kasi tau saya ba mana tu hantu,"
Wati lebih takut sebab dia hanya dapat melihat reaksi Gosong yang sedang panik tetapi dia tidak nampak apa-apa."Shhh..jangan banyak tanya, nanti kau lagi takut..tulung doa kasi halau hantu dulu..saya betul-betul lupa sudah ni..capatlah..."
Gosong semakin panik dan terasa seluruh tubuhnya lemas."Ini mesti sebelah saya kan..huhu.."
"Saya cakap berdoa dulu .."
"Bolehkah kalau doa Islam. Ko kan Kristian?"
"Arrr...banyak tanya pula....padulilah apa sajalah..Capatlah..saya inda tahan sudah ni..makin dakat pula ni..huhu,"
Gosong semakin mengundur ke dinding sambil menarik Wati bersama.Wati mula merasakan seperti angin semakin sejuk di dalam bilik yang tertutup itu.
"Ok ok..kajap.. huhu.."Wati menarik nafas panjang.
"Kami berlindung dengan Allah ..Arrrrrr!!!!!!"
Wati teriak...melihat kiri kanan sebab tiba-tiba tengkuknya seperti ditiup oleh angin kuat.
"Napa kau berhenti ni..baca lagi..cepat!!!"
Teriak Gosong kerana dia melihat seseorang berbaju putih tadi merangkak perlahan-lahan menembusi pintu yang tertutup dan semakin mendekati mereka."Kami berlindung dengan Allah ...dari setan dan roh-roh yang jahat yang Engkau rejam!Amin."
"Amin.."sahut Gosong.
Tidak lama,kedua mereka nampak asap berkepul seperti ada kain yang terbakar di dalam bilik itu. Mereka berpelukan. Bau wangi tadi bertukar menjadi busuk seperti bangkai bercampur bau kain yang terbakar.
Gosong dan Wati menarik balik selimut dan menutup kepala mereka. Mengangkat kedua belah tangan menutup mata.
"Mana anak saya.....
.mmmmmmmmmm..mana..mana..mana.."
Berbisik kicil terus ke telinga Gosong dan Wati."Arrr!!!!!!!!!"
Mereka berteriak dengan kuat dan terus tidak sedarkan diri sebab terlalu takut dan tidak sedarkan diri.*****
Nenek Gipan baru sahaja bangun pagi.Dia nampak pintu bilik sebelah tertutup dari semalam. Dia menolak pintu..tidak berkunci.
"Gosongggg! Bangun. Deiii..Inikah bilang mau jadi Unduk Ngadau. Koloboi(lambat bangun) saja. Unduk Ngadau tu mesti ada kowoyo-woyoon Huminodun yang rajin, mistilah awal bangun pigi buat karaja. Ehmm..macamanalah ba mau jadi Unduk Ngadau kalau gini,"tegur nenek Gipan kepada Gosong.
Gosong terkejut dan bingkas bangun.Dia memeluk neneknya dan menangis.Neneknya hairan.
"Odu saya minta maaf, saya ambil tu tangkong sama baju tradisi tidak bagi tau odu,"kata Gosong kesal dengan perbuatannya.
"Ia odu..dia yang curi tu..bukan saya"kata Wati duduk membela dirinya takut disangka bersubahat sambil menuding jari ke arah Gosong.
"Mari, bangun,"nenek menarik tangan Gosong sambil membawanya masuk ke biliknya. Wati menyusul dari belakang.
![](https://img.wattpad.com/cover/162127178-288-k972192.jpg)
YOU ARE READING
DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)
Misterio / SuspensoNovel Dendam Unduk Ngadau *290 ms 40+ Bab versi Novel Drama *RM35+ pos RM8(ss) 10(SM) #TqForSupportingSabahanWriter. #watsap 0109454580 untuk pembelian. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak perempuan Unduk Ngadau yang mempunyai kebolehan unt...