DendamUN B9(versi novel drama)

53 1 0
                                    

DendamUndukNgadau
#KaryaRNY
#VersiNovelDrama
#NovelUntukDiJual
(Tempahan berbayar RM35 sebelum pos)
#Bab 9

Gosong masih lagi mengagahkan jiwa untuk membaca suka dan duka hidup ibunya, Sarinah yang terkandung di dalam dairi yang mereka jumpa.

"Wah!...Siap sudah kan.Pounsikou.Nah ini minuman dan makanan,"

Sarinah tersenyum lebar sambil membawa talam yang ada air sirap sejuk,nasi lauk ikan goreng dan sayur kangkung belacan untuk Alip dan Paijal.

"Wow..ini yang bikin rajin tulung ko ni Sarinah.Ada makan pree..hihi.Ba Paijal.Mari makan."

Alip makan di dekat meja jualan gerai itu sahaja. Si Paijal pula duduk di jauh di halaman rumah.Malu-malu.

"Sini ba makan Paijal.Ada meja."

"Indapalah saya ambil angin dulu saaana."
Alip menunggu Paijal jalan jauh dulu lepas tu dia panggil Sarinah.

"Sarinah..sini kajap,"

Sarinah duduk dekat Alip.

"Apa tu?"

"Kau tau, si Paijal tu..masih ada hati sama kau tau.Dia berenti kerja di kilang di Johor pun gara-gara dengar yang kau punya laki jalan tinggalkan kau sama anak kau sini,"bercakap dengan perlahan risau didengar oleh Paijal.

"Apa pula masalah laki saya pula.Laki saya pigi kerja.Bukannya kami bercerai,"

"Tulah masalahnya, dia dengar dari mulut-mulut anti dia yang kala-kala berita TV3 tu konon laki kau kasi tinggal kau sama anak kau gitu saja sini kampung,"jelas Alip kepada Sarinah.

"Siapa?Anti dia yang mana satu?"Sarina cuba mengingati.

"Larr si Pinah adik mama si Paijal bini si Apian tu..siapa lagi kalau bukan dia,"kata Alip mengigatkan Sarinah.

"O..iakan..haha..larr dia mimanglah mulut lebih besar dari tempayan.haha.percaya sangat,"barulah Sarinah ingat.Rupanya selama ini, Pinah telah menabur fitnah di belakangnya tentang dia dan suaminya kononya sudah berpisah.

"Kasian kan. Ba Sarinah, bagus ba dia tu.Kalau macam laki kau betul-betul inda paduli kau..Bagilah dia peluang."Alip cuba mempengaruhi Sarinah supaya memikirkan tetang Paijal.

"Kau barulah Alip..jan ba kasi doa yang inda bagus.paaalisss,''Sarinah menolak andaian Alip.

"Ehem-ehem..apa lagi kamurang umpat saya ni."

Paijal datang mengambil segelas air sirap dekat meja gerai tempat Sarinah dan Alip berbual.

"Indada apa-apa ba ni..kami cerita kenangan masa kitorang budak-budak dulu.Itu sja..hihi," Alip cuba menukar tajuk untuk menyembunyikan cerita mereka tadi.

"Ba..Tq ar ni makanan.Alip.mari kita jalan.Ada kerja lagi mau kumpul rambutan di kabun aki kotua kampung,"
kata Paijal membawa Alip pula g setelah gerai Sarinah siap dibina dan puas hati dengan hidangan Sarinah.

"Ba jalan lu. Kasi tau aki saja kalau ada perlu bantuan.Nanti kami datang sepantas kilat macam superman..hihi,"

"Ba.Pounsikou,

Paijal dan Alip pun jalan meninggalkan Sarinah.
*****
7 tahun kemudian;
Alip dan Paijal menghantar ikan dan membuat bosou(jeruk ikan) di rumah Sarinah dan membantu Sarinah di gerai.Begitulah kerjasama mereka sejak Sarinah mula buka gerainya. Alip dan Paijal membantu membekalkan ikan, tuhau dan semua bahan-bahan basah untuk dibuat jualan.Mereka juga bergilir untuk menjaga gerai.Keuntungan, mereka bahagi bersama.

"Kopisanangan Sarinah.Siou lambat. Kami sudah siang sedia ni ikan tadi pastu ambil tuhau lagi. Banyak kami dapat ikan semalam.Nina, banyak ba(menunjukkan ikan di dalam karung plastik) Tuhau pun ada kami bawa.Tinggal buat bosou lagi,"kata Alip yang sentiasa menceriakan gerai Sarinah.

DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)Where stories live. Discover now