DendamUndukNgadau
#KaryaRNY
#VersiNovelDrama
#NovelUntukDiJual(Masih menunggu harga dari kilang)
#Bab8
#BacaLikeShareTqKandungan dairi Sarinah yang sedang dibaca oleh Gosong seterusnya menceritakan kisah selepas kelahiran Goton atau nama sebenarnya Lizda,kakak Gosong.Mereka lahir daripada ibu yang sama tetapi bapa yang berlainan.Kalau peribahasa Melayu kata, saudara anjing.Kedengarannya kasar tetapi sudah tertulis di dalam kamus peribahasa begitulah bunyinya.
Mereka sedang berada di wad bersalin selepas Goton dilahirkannya.
“Duii gia comelnya ni sumandak kicil saya.Saya kasi nama dia Lucy.Bolehkah Onong?”
Kata Poji memberi cadangan nama kepada isterinya Sarinah selepas beberapa minit selepas kelahiran Goton.
"Inda maulah kalau si Lucy, ramai sudah urang nama Lucy.Lizda lah boleh?”
Kata Sarinah tidak bersetuju dengan cadangan suaminya dan memberikan cadangan yang baru.
“Lizda..Bolelah..macam unik juga z sama d kasi badakat.Jarang orang buat.Bagus.Itulah .Lizda Poji,”kata Poji bersetuju.
“Kan.Bagus tu nama,”kata Sarinah.
Beberapa minit kemudian, Poji memberitahu sesuatu yang penting kepada Sarinah.
“Oya Onong, siap sudah tu penggambaran dokumentari.Saya bagi video kahwin kita haritu sebab cara tradisionalkan kita kawin, dorang terima juga untuk kasi lengkap tu rancangan yang mau di tayang di UK.Jadi saya minta maaf sebab saya terpaksa tinggalkan kamu di sini. Dalam 5 tahun lagi kontrak kerja saya sama tu Penerbitan Dokumentari Travel and Tour di UK.Lepas tu nanti saya akan tinggal dengan kamurang.
“Ok ba, saya ada mama juga jaga di sini.Bila ko mau jalan?”
“Dalam minggu ni sepatutnya tapi saya minta tunda seminggu lagi.Atleast kamurang pulang rumah tempat mama, baru saya sanang hati.”
“Thanks dear,”kata Sarinah kepada suaminya mesra memanggilnya dear.
“Ini ada hadiah saya bagi kau,”sambil menghulurkan sesuatu.
“Wah..handphone.Tq ar dear,”Poji memberikan telefon bimbit jenama Nokiah keluaran terbaru 1989 kepada Sarinah.
“Sama-sama.Ini kemudahan kamu mau becakap sama saya di mana-mana saja kamu berada,”kata Poji.
Selepas 3 hari di hospital.
“Hallo dear, kau di mana? Kami boleh keluar hospital sudah ni.Ambil kami sini,”kata Sarinah bercakap di telefon sambil mengemas beg pakaian dia dan bayinya untuk pulang rumah.“Hello.O baguslah.Tunggu sekejap ar,”Poji memandu, menukar haluan ke arah hospital.
Poji sampai di hospital dan membawa Sarinah balik ke rumah mentuanya.Sesampai di rumah Gipan;
“Mak..baby Lizda pulang rumah,” kata Sarinah memperkenalkan Goton kepada neneknya.“Wah..comelnya..Lizda kah nama dia..emmm saya panggil dia si Goton lah,”kata nenek Gipan meletakkan nama Goton sebagai panggilan manja untuk si bayi Lizda.
“Hahaha..dari mama sajalah..Jangan saja kalau dia besar nanti dia inda suka kana panggil gitu..haha,”kata Sarinah.
Semua orang gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru.“Harap-harap kelahiran si Goton ni boleh kasi ubah tu pikiran urang kampung yang suka memfitnah kita macam-macam,”Gipan bercakap sambil mengambil Goton daripada Sarinah dan mendodoinya.
“Ma, siou kalau mama pikir saya mungkir janji tapi bolehkah saya bawa durang anak bini saya pigi UK tempat kerja saya.Saya risau pula dorang di sini,”kata Poji meminta kebenaran untuk membawa isteri dan anaknya.
YOU ARE READING
DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)
Misteri / ThrillerNovel Dendam Unduk Ngadau *290 ms 40+ Bab versi Novel Drama *RM35+ pos RM8(ss) 10(SM) #TqForSupportingSabahanWriter. #watsap 0109454580 untuk pembelian. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak perempuan Unduk Ngadau yang mempunyai kebolehan unt...