#DendamUndukNgadau
#Episod2
#OlehRenaNongYongSedih..bingung..takut..😕😥🤔..kenapa ini semua terjadi dengan sya..Duii..punya lapar...nenek jalan pg kabun lepas kasi bangun sya tadi.Saturang lagi balik. Tolonglah.sya tidak mahu lagi tekurung di sini. Sya pigi cari makanan di dapur. Ada nasi dan ikan penarasakan (ikan di rebus sehingga air kering).Makan sjalah ni ..tiada pilihan..lapar sangat ni.Lepas makan nanti, sya akan ambil kotak rotan tangkong si nenek dan balik KK.Tinggal hari ni lagi peluang mau pulang.Bisuk pagi jam 8.30 pagi.final sudah. Makan dululah. Tengah-tengah makan.."ukk,ukk,,!" Nah, kebengkalanan tulang ikan basung pula sya. Punyalah sakit. melintang di kerongkong lagi tulang ni. Sya cari air. Ada air di cerek .Sya tuang di dlm gelas dan tanpa bepikir banyak, sya trus minum....Aduh!!! habis melecur lida dan lelangit mulut. Panas!!!! Huh! panas betul tu air. Macam sejuk sdh tu tangkai cerek sya pigang, masih panas pla talampau tu air di dalam. Sya nampak air mentah di tajau(tembikar ) , sya ambil gelas kaut sikit,masukkan di dlm mulut untuk bagi mulut sejuk skit. Tulang masih lagi di dalam kerongkong. Sya tidak tahu apa mahu buat untuk membuka tulang tu.Sangat tidak selesa. Selama ini, sya makan fish fillet(isi ikan tanpa tulang).Mana ada tulang😣.Huhu...Belum kenyang, terpaksa berhenti makan. Apa ar sya mau buat? Driving pun tidak selesa ni macam ni. Sya rasa, sya kena call minta tolong kakak.Tanya dia macamna mahu buka ketulangan. Tapi sya berabis mencari liputan@line di dalam dan di luar rumah, tiada. Sya tiada pilihan lain selain berehat di bilik.Dalam hati sya, tidur sajalah supaya sya tidak rasa sakit. Tunggu nenek pulang dari kebun baru tanya dia macamna mau buka tu tulang..Sya baring di atas katil rotan di bilik yang sama sya tertidur tu.Tapi ini kali sya buka luas-luas tu tingkap. Terang benderang cahaya mata hari masuk. Sya lihat jam tangan sya baru jam 11 lebih pagi.Takkanlah sya tidur sampai jam 5 nenek balik macam kemarin.Lapar lagi, mulut pun melecur. Sya mesti cari sesuatu yang ble bikin ubat.
Sya bungkar bilik cari-cari di laci almari bercermin tu. Mana tau ada ubat mulut kah, panadol kah bikin tahan sakit.Bilik ni mesti bilik mami sya.Baju-baju pun baju-baju perempuan bujang dulo-dulo.. vintage semua .Cek laci, sya nampak ada sebuah buku dairi.Ini bagus ni.mana tau ini dairi mami, mesti menarik.Bolelah sya tahu tentang siapa mami sya yang tidak pernah sya kenal. Di muka surat pertama bertulis,
" Saya tidak minta paras muka yang cantik.Kenapa kamu benci saya disebabkan itu ? Adakah sya bersalah sebab dilahirkan cantik?"Di muka surat pertama dairi itu ada sekeping gambar Unduk Ngadau yang sangat cantik.Lengkap dengan pakaian tradisional Dusun Tambunan, sya nampak tu tangkong yang sya mau curi dari nenek dipakai oleh mami menonjolkan kerampingan pingang dan bentuk pinggul mami yang cantik. Dia tinggi, aset atas bawah yang montok, mata yang ayu dan bibir yang seksi. Tidak hairanlah dia jadi saigan yang sangat dirasakan mengancam kedudukan mana-mana perempuan dan dorang rasa perlu disingkirkan bagi mereka yang berhati busuk.
Mungkin sya juga akan cantik seperti ini kalau sya ada make up sebab muka kami lebih kurang sma. Bertulis nama mami di sana. Belong to Sarinah dia blg betulis di sana. Sya ingin sangat berjumpa dengan mami. Kalaulah dia ada di sini sekarang, tidaklah sya perlu curi tangkong dari nenek. Mesti mami yang bersemangat urus sya bertanding Unduk Ngadau.. dalam hati sya.E hm..manalah si mami berada sekarang ni ar? Entah hidup, entah mati.Sya tidak terasa masa berlalu.Sya membaca dairi mami sambil mengalirkan air mata. Sangat sedih kisah hidup mami kerana orang-orang yang iri hati dengan kecantikan mami dan kejayaan mami memegang gelaran Unduk Ngadau.Dairi mami di tulis bermula dari masa mami sekolah menengah, masa dia mula bertanding Unduk Ngadau sehinggalah masa dia dipisahkan dengan anak dia iaitu kakak sya Lizda. Selepas tu dia meninggalkan rumah nenek dan buku dairinya di sini.
Sya ceritakan secara ringkas isi kandungan dairi mami.
Katanya, semasa di sekolah menengah lagi dia selalu menghadapi gangguan seksual daripada segelintir pelajar lelaki dan dibuli oleh rakan-rakan sekelas kerana mereka benci mami menjadi perhatian para hot students di sekolah dorang. Ini semua menyebabkan mami tertekan sehingga takut ke sekolah. Akhirnya dia bethenti sekolah sebelum sempat menduduki SPM. Mami takut dan tidak tahan lagi di usik dan di ganggu. Dia kata dia beberapa kali cuba dicabul nasiblah dia berjaya melepaskan diri. Dia juga selalu dipukul oleh beberapa rakan perempuan yang berhati busuk. Dia kata, sampai ke tahap tekanan tidak berani keluar rumah. Apa bila mami mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah lagi sebelum menduduki SPM, datuk dan nenek sangat marah.Datuk seorang yang sangat tegas.Mungkin disebabkan dia merupakan bekas tentera. Habis mami kena rotan walaupun dia sudah 17 tahun.Mungkin dia sangat kecewa dengan satu satunya anak perempuan yang dia harapkan ble meneruskan pelajaran dan hidup senang, tidak kesampaian. Mulai dari hari itu ,datuk betul-betul tidak boleh terima keputusan mami.Hari-hari setiap pagi datuk rotan mami memaksa juga supaya mami pigi sekolah .Sampai bercalar-calar belakang ,lengan dan kaki mami.Sehingga ada satu masa nenek tidak tahan sdh tengok datuk pukul mami, nenek peluk mami dan nenek yang kena pukul oleh datuk. Mungkin tekanan datuk mendadak tinggi disebabkan kemarahan dia terhadap mami, datuk kena strok dan meninggal. Selepas datuk meninggal, mereka tidak ada lagi cukup pendapatan untuk perbelanjaan rumah. Mami pun keluar ke pekan mencari kerja.Akhirnya, dia mendapat kerja di sebuah kedai gambar di pekan. Semasa dia bekerja di sna, juru gambar kedai tu cakap yg mami cantik dan kecantikkan tu boleh bikin cari duit dengan cara yang betul.Maka dengan itu, juru gambar tu bawa mami pigi salun untuk makeover.Wah! Cantik sekali. Dari sna mami kena offer oleh salun tu untuk ikut Unduk Ngadau. Memandangkan nenek ada pakaian tradisional Dusun yang lengkap maka lebih mudah lah kerja dorang. Akhirnya, mami telah menang Unduk Ngadau masa tu. Si jurugambar tu akhirnya jatuh cinta dengan si mami dan mereka pun berkahwin. Mami fikir, semua ganguan di dalam hidup dia akan berakhir selepas dia berkahwin tetapi sangkaan mami salah. Ramai orang yang suka memfitnah mami.Kononnya mami suka godah suami oranglah walaupun sudah berkahwin maka mami tiada pun ganggu suami dorang. Apabila kakak Lizda lahir, perbelanjaan semakin banyak jadi suami mami dapat tawaran kerja di luar negara.Suami mami mau bawa dorang bersama dia tetapi nenek tidak suruh sebab katanya dia tiada kawan. Suami mami pun pergilah sorang diri. Sepanjang suami mami tiada di kampung, mami awal pagi pigi memotong getah sebelum kakak bangun pagi selepas tu beniaga menjual bosou (jeruk ikan) dan makanan tradisi di depan rumah nenek sambil besikut-sikut kakak di belakang sehinggalah kakak berumur 6 tahun pada sebelah siang. Suami dia tidak pernah mengirimkan duit untuk mami dan kakak tetapi mami tetap setia sma suami dia.Walaupun ramai yang cuba mempengaruhi dia supaya minta cerai dan berkahwin dengan mereka.
Sehinggalah pada satu kejadian di mna mami hampir-hampir diperkosa oleh dua orang suami orang yang gatal .Nasib baik ada yang tolong mami dan terlepas.Walau bagaimanapun lelaki tersebut memfitnah mami kononnya dorang ada bayar mami untuk layan dorang dan konon pura-pura sja merontah-rontah bila kana nampak supaya kana nampak dia tidak bersalah konon. Dorang letak duit di dalam bakul bekalan mami tanpa pengetahuan mami sebagai bukti konon mami sudah terima bayaran. Selepas kejadian itu,isteri-isteri orang kampung terutama yang muda-muda, kebanyakkannya mau menghalau mami daripada kampung. Ketua Kampung tidak percaya sebab itu bukti tidak kuat untuk menjatuhkan hukuman kepada mami sebab tiada saksi yang membuktikan sama ada duit di dalam bakul mami tu duit dari lelaki itu atau memang duit mami. Inda lama suami mami pulang tetapi awal-awal lagi sudah diracun fikirannya oleh keluarga nya dan juga orang kampung yang berhati busuk. Suami mami menceraikan mami dan mengambil kakak Lizda malam-malam senyap-senyap semasa tidur dan membawa lari ke UK. Mami cakap dia hampir gila dengan kehilangan kakak.Sebelum tu hanya kakak Lizda adalah penawar segala suka duka di dalam hidup dia tetapi apabila dia sudah tiada si kakak, dia jadi hilang arah.Maka katanya lagi dia harus pergi dari kampung ni.Lagipun nenek pun menerima cemuhan orang kampung selagi dia masih di sini.😕. "Selamat tinggal kampung kelahiran ku.Sya tidak pernah mengeluh dengan apa yang sya telah hadapi di dalam hidup sya kerana ia adalah pengorbanan seorang Huminodun" itulah ayat terakhir di dalam dairi itu.😭😭😭
Sya harus bagi dairi ni sma si kakak.Dia perlu tahu perkara yang sebenar apa yang berlaku.Kenapa mami tidak ikut dadi dia pg UK. Mami tidak harus dibenci.Dia seorang ibu, Huminodun yang sebenar seperti yang nenek cakap pasal ciri-ciri Unduk Ngadau.
Sedang sya melayan perasaan sedih dan rindu pada mami..terasa angin segar dan sejuk meniup melalui tingkap bilik yang terbuka di belakang sya. Sya duduk-duduk di atas katil sambil memeluk gambar mami..."huhuhu..hilhikhik...anak....anak....tulung mami..tulung..hikhikhik" macam ada bisikan seorang perempuan menagis dan minta tolong. sya buka mata sya..sya nampak macam sya sedang berdiri di sebuah tasik..sya nampak seorang perempuan seperti muka mami yang ada di gambar tu..sedang lemas sebab macam ada seorang perempuan seperti yang sya nampak sebelum ni, berbaju putih kotor penuh dengan lumpur, rambut panjang menutupi muka, tangan kiri pemegang bungkusan putih seperti bayi dan tangan kanannya memegang kaki mami dan menariknya tenggelam di dalam air.Mami menghulurkan tangan kepada sya..sya cuba hulur tangan sya untuk menarik mami daripada lemas tetapi makin sya menghampiri, semakin dalam air tasik tu sehinggakan sya sendiri pun di tutupi air sehinggah ke hidung dan menyebabkan sya pun rasa mau lemas. Sya nampak mami tenggelam di dalam air..sya cuba capai tangan dia tetapi makin lama mami makin jauh ditarik oleh perempuan seperti hantu tu sambil menangis tangisan yang mengerikan."ngggg,ngggg,nggg"dia bilang ulang-ulang.Sya pun semakin rasa tidak dapat bernafas..mau lemas..rasanya seperti nafas mau tercabut meninggalkan badan sya....tiba-tiba tangan sya rasa kena tarik dan badan sya rasa seperti tekeluar dri air kemudian sya dapat semula nyawa sya."Huh!" sekali sya buka mata, nenek sedang pegang tangan sya.
"Odoiii Gosong..godopon betul ko ni. Jam 5 lebih masih tidur lagi.Bangunlah.Nah! makan, odu tapau ko makanan dari kadai soono.Sya tau ko tidak suka makanan nenek. Makan, nanti ko sakit dugal" dia bilang nenek. Sya masih lagi tercungap-cungap ,penat berenang.Mimpi lagi..Adoiii..sekali lagi sya tidak berjaya mencuri tangkong di bilik si nenek dan lari pulang KK. Esok sudah final. Sya macam hilang minat sudah pasal mau curi tangkong tu. Eh, ada sesuatu ajaib berlaku..kamu ingat kan sya bilang ada tulang di kerongkong sya sma lelangit dan lida tebakar? Sekarang selepas selamat daripada lemas tadi, hilang tulang tu dan melecur di lida dan lelangit ok sdh pla.Langsung tiada lagi sakit tetapi sya agak sedih sebab sya tidak berjaya selamatkan mami di dalam mimpi sya tadi.
"Odu, sya minta maaf"
"Apa ba ko ni lain-lain perangai.Tiba-tiba pla nangis minta maaf ni apa pasal?" Nenek bilang.
"Odu, sya minta maaf sebab sya tidak faham pasal Unduk Ngadau. Sya sudah tau apa itu Unduk Ngadau. Ia seperti si mami dengan kecantikan, kerajinan, kasih sayang dia, pengorbanan untuk kakak dan nenek. Dia cakap itulah di laluinya iaitu pengorbanan terhadap keluarga dia dan dia berbangga sebab dia merasai pengorbanan Huminodun" sya bilang sma si odu sambil sya peluk dia.
Saya nampak air mata nenek mula jatuh membasahi pipi.
"Sebab tu nenek mahu kamu betul-betul mengerti apa tu Unduk Ngadau, sebab apabila kita di angkat menjadi Unduk Ngadau, orang akan melihat kesempurnaan di dalam diri kita dan kita harus korbankan segala keinginan kita sendiri agar kita sentiasa dipandang sempurna oleh semua orang sebagai suntuan(contoh) yang baik.Tetapi Jangan lupa bahawa setiap yang baik dan membawa orang jadi baik itu tidak akan dibiarkan oleh pihak yang jahat mengurangkan pengikut kejahatan menjadi baik.mereka sentiasa mencari kelemahan punca kebaikan itu untuk menjatuhkannya agar tiada lagi kebaiakan.Oleh itu seorang Unduk Ngadau itu harus kuat semangatnya menghadapi cabaran. Bukan perkara main-main mau jadi Unduk Ngadau ni.Kita akan jadi ratu kebaikan dan kesempurnaan.Tanggungjawab itu besar Gosong, macam tu raja-raja, mana boleh silap kan.Mesti orang nampak dorang sempurna" dia bilang nenek bagi sya lebih faham apa itu Unduk Ngadau.
"Terima kasih odu.Sya baru faham hari ini.Sya janji sya tidak akan ikut Unduk Ngadau selagi sya tidak bersedia.Sya tidak lagi mau curi tu tangkong odu, sya akan tunggu masa yang sepatutnya sya dapat" sya betul-betul sedar sekarang.Sya akan mula belajar menjadi Unduk Ngadau yang sebenar dan bukannya hanya mencari duit tetapi tanggungjawab sebagai model kebaikan dan kesempurnaan untuk semua orang."
"Baguslah kalu begitu.Kalau Gosong betul-betul mau jadi Unduk Nagau macam mami, Gosong kena tinggal di kampung dan belajar bertanggungjawab."Nenek bilang.
"Macamna tu odu?" sya bilang.Sya tidak tahu macamna tanggungjawab itu boleh dipelajari. Sya telah di manjakan oleh kakak.Tidaklah mewah tetapi semua yang sya perlu, sya dapat.
"Ko tau lah tu kalau ko tinggal di sini lama sikit."
YOU ARE READING
DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)
Mistério / SuspenseNovel Dendam Unduk Ngadau *290 ms 40+ Bab versi Novel Drama *RM35+ pos RM8(ss) 10(SM) #TqForSupportingSabahanWriter. #watsap 0109454580 untuk pembelian. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak perempuan Unduk Ngadau yang mempunyai kebolehan unt...