Dendam UN B2 (Versi Novel Drama)

98 3 0
                                    

#DendamUndukNgadau
#KaryaRNY
#VersiNovelDrama
#NovelUntukDiJual(Masih menunggu harga dari kilang)
#Bab 2

"Mandak,mandak,bangun. Berani ko berhenti dan tidur di sini atas Bukit Janda. Ko tidak takutkah. Tempat ni urang bilang keras ni..Bagus ko capat jalan!"

Seorang jejaka membangunkan Gosong dengan mengetuk cermin kereta kerana Gosong dan Wati tertidur sampai 4 pagi di tepi jalan sambil cermin kereta tertutup rapat. Gosong terbangun sambil mengesat matanya.Malu dan tersenyum ke arah jejaka tampan itu sambil mengenakan cermin mata hitamnya.

"Hihi..terima kasihlah kasi bangun saya.Ooo, Bukit Janda kah pula nama ni tempat,"kata Gosong tersengeh malu sambil mengemas rambutnya yang sedikit terlekat di pipi tergam oleh air liur keringnya.

"Tempat ni urang bilang karas, dulu-dulu, ada perempuan mati beranak di atas bukit ni sebab kecewa ditinggalkan laki semasa dia mengandung. Inda tau betulkah tidak tapi itulah cerita orang. Roh dia jalan-jalan di sini tidak tenang.Ba, jalan lah. Apa lagi kamu tunggu sini"kata jejaka itu lagi.

Semalam kereta saya tidak boleh start, sebab tu saya berhenti di sini.

"Cuba start balik. Mana tau semalam tu kereta kau talampau panas enjin.Itu yang bikin berhenti kali,"kata jejaka itu cuba membantu Gosong dan Wati yang terkandas di Bukit Janda itu dari semalam.

Gosong cuba menghidupkan enjin keretanya berulang kali. Wati terbangun dari tidurnya.

"Beb, kita tertidurkah pula. Sampai sudahkah ni. Eh, siapa ni? Eh..hihi..Hai hinsom boy,"tegur Wati yang baru sahaja terbangun.

"Hai! Ia, kamu tertidur di dalam kereta tadi,"kata jejaka bukit itu membalas Wati yang menegurnya sebentar tadi.Jejaka itu masih memerhatikan Gosong yang masih cuba menghidupkan enjin kereta berkali-kali.

"Aik..boleh lah pula start..betul kali cakap kau.hihi. Terima kasih ar. Saya mau capat baini mau ambil barang di tampat ninik saya di Tambunan.Ups! lupa. Nama saya Jenifer Lawbrain,panggil saya JLo.(menghulurkan tangan untuk salam perkenalan). Nanti undi like saya di facebook finalist Unduk Ngadau Sepanggar ar.Taip sahaja Finalist Unduk Ngadau Sepanggar,"kata Gosong sangat gembira apabila enjin kereta berjaya dihidupkan.Sempat lagi mempromosikan diri untuk undian Unduk Ngadau(UN) popular di FB page.

"Ouu ..ok.ba.JLo? Wow! Jenifer Lopez kah?.Artist lah ni kan..hihi,"kata jejaka bukit itu bergurau.

"Bukanlah.hihi..JLo tu singkatan nama sya, Jenifer Lawbrain..upps..bukan L-o-w ar L-a-w. Ou ya, yang ko, buat apa jam 4 lebih pagi di sini.Atau..sya becakap dengan hantu ni.hihi,"kata Gosong menerangkan namanya lebih lanjut.

"Hahaha.. Bukanlah. Saya ni urang butul-butul ba.Saya Dave, rumah saya tidak jauh dari sini..Saya wartawan tapi part time DJ.sya baru mau pulang dari bertugas tadi di stesen radio.Ba,sana dulu.Bye!"

Dave melihat dengan Gosong tidak sesuai penampilannya jadi Unduk Ngadau, dalam hatinya tetapi macam cair juga dia dengan kecantikan si Gosong sampai bejalan ke keretanya pun dia tidak sedar yang dia sudah sampai.Sehinggakan dia telanggar keretanya sendiri.

"Tq hensom boy..hihi..bye!"Sambil melambai tangan ke arah Dave dan tersenyum melihat pergerakan sumbangnya.

"Ba, Jumpa lagi.Bye!"Tersenyum melihat si Dave yang macam sumbang berjalan, matanya tidak lari merenung Gosong sambil bejalan.

"Wah!..sweet juga tu gaya si Dave kan..macam comel jak..kalaulah dia jadi boy friend saya..hihi,"kata Gosong seperti sedikit tertarik dengan si Dave jejaka bukit itu.

"Larr kenapa kau tidak minta nombor telepon atau facebook tadi Beb kalau ko minat dia,"kata Wati.

"Aishh...Takkanlah perempuan yang minta nombor telepon? Bikin malu ni kan..emm bukan jodoh kamilah kali tukan Beb..haha."

DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)Where stories live. Discover now