🌹4

93 10 3
                                    

Akhirnya hari malang aku pon bermula....huhhh....kerek gila 'abang inspektor ne...😒
Aku nak dengar lagu guna earphone pon dia nak bebel wehh..kau rase nak lempang tak? Dia pulak menyanyi nyanyi dengan suara katak sakit tekak dia tu boleh pulak...tak adil betol lah....eeiii....

"🎶dari depan aku tampan, dari samping aku tampan...dari mana mana aku tetap tampannn...🎶"

Nak muntah aku dengar manusia tak sedar diri ne puji diri sendiri...euwww....#sila kutip..😑

"kau boleh diam tak?! Nak benanah telinga aku dengar suara katak kau tau tak?! Please lah..." kutuk ku sedas...tajam renungan mamat tu kat aku..and ada aku kesa? Memang tak lah...😏

"suka hati mak bapak kau je kan kutuk aku....kau pernah ke dengar katak menyanyi? Tak kan? So please jangan nak samakan aku dengan kawan karib kau tu..." sekilas itu dia berlalu ke meja kerja nya dengan mulut kembali sambung menyanyi...

Tabah lah nakkk....nak je aku santau mamat ne biar tak dapat begerak..so tak lah ganggu hidup aku...huhh...

"NAK KUTUK AKU PUN BIARLAH DEPAN DEPAN..." suara yang kuat itu menyentakkan aku....makkkaaaaiiii...macam tahu tahu je aku tengah mengumpat dia...😂😂ehehe...

"manade...memandai je kau nak fitnah aku..." sambil pura pura menaip sesuatu di laptop.....padahal aku ONkan pun belum😂...

"ye lah tu..." sambil menjeling aku...
Kau jeling akuuu??!! Tak padan polis...main jeling jeling pulak....

Akibat tak tahan dengan suara katak sakit tekak ne asyik melalak je, baik aku keluar...pegi tempat si Zaty tu lagi baik beb..

Namun baru aku nak bukak pintu, serasa seseorang menolak dari luar...tepaksa aku undur balik ke belakang.

Muncul seseorang dari sebalik pintu itu....
Seorang gadis....eh..! Amoi lah..😂

"sorry...hehe..ada inspekt...ouh tu dia..." ayat gadis itu terhenti apabila terasa ada seseorang di belakangku...
Apabila ku toleh belakang...tekejut aku di buatnya bila nampak mamat ni dekat gila kat belakang aku...

"Fal..ni fail yang kau nak tu..."sambil menghulurkan sebuah fail kepada lelaki di tepi ku ini...nasib dia beralih ke kiriku...tak lah aku rasa janggal😥

"ok thanks..." terus mamat tu bla aje lepas mengambil fail itu...gadis itu juga terus keluar selepas memberikan aku senyuman...memang macam ni kot style diorang...hurm..

Akhirnya aku keluar dari bilik itu dan menuju kearah meja Zaty..

✴✴✴

7.23pm...

Akibat kelekaan aku nak berbual@ membawang dengan izaty, kerja yang encik Harris nak tu aku lupa nak buat..hadoii..dahlah besok si boss tu nak..mati akuuu!!

"haihh..banyak lah pulak nak betulkannn!!" sambil tangan ligat menaip di papan keyboard komputer...sebenarnya boleh sahaja aku bawa balik kerja ni tapi disebabkan aku malas nak buat kat rumah, baik aku siapkan aje kat pejabat...

...

11.09pm

Masuk kali ni dah 4 kali aku menguap...mata mula kuyu...NGANTUKKK!!!

Kerja yang tinggal separuh itu aku masih buat...gelas minuman yang aku buat tadi dah kosong selepas aku minum...haihh...terpaksa aku nak ke pantri lagi sekali...ni semua gara gara nak hilangkan mengantuk..huhh...

Selepas mencapai cawan itu aku berlalu ke pantri...

Suasana malap di sekeliling pejabat membuatkan aku teragak agak...uishh...berani juga aku stand sampai pukul sebelas ne...

Sampai di pantri, aku bukak lampu...nasib air panas masih ada dan masih panas bekas aku buat air sebelum ini....sebab tak lah aku perlu tunggu air ni masak lagi kan...gelas aku cuci dan tangan mengambil satu lagi pek coffe Mix dan tuang ke dalam cawan...setelah itu kacau...selepas siap semua, aku pun keluar dari pantri...sampai di hadapan tempat duduk, aku letak cawan di atas meja...

Setelah duduk dan bersedia untuk sambung kerja...

Aku terlihat sesuatu....

Please...help me

Membulat mataku melihat text ringkas itu terpampang pada skrin komputer...besar pulak tu..!!

Tetiba tengkuk ku merinding...sh*t!!

Cepat-cepat aku padam text itu...seketika aku cuba bernafas tenang...relax Khai...relax....

Aku buat macam tak de apa apa berlaku...komputer itu aku bukak semula...kerja yang belum siap aku kembali buat..perkara tadi aku cuba untuk lupakan...

Namun tengkuk ku yang merinding menghalang aku untuk fokus!!!...

"please lahh..."keluhku perlahan...

Tiba tiba kerusi di hujung pejabat seperti di tarik...perlahan lahan aku toleh kearah bunyi itu...tapi setelah aku tengok, tak nampak sesiapa pun yang berada di situ...

Mulut ku perlahan membaca doa...aku tak boleh takut...

Tak lama lagi aku dengar suara yang memang aku cukup tak sukaaaa!!!

"sape pulak yang nangis neee??!!!!" aku dah bepeluh...ya...berpeluh habis dah aku...

Tangan cepat mengemas barang...aku dah tak tahan...dahlah ni first time aku stay sampai malam...huhh...!!

Siap sahaja kemas apa semua...suara yang aku dengar tu makin jauh...beerti 'benda' tu makin dekat...tanpa toleh belakang aku terus menuju ke lift...lampu meja aku, tak aku padam pun...rela dan redha kena marah esok...masuk sahaja dalam lift, aku tekan butang 1. Sebelum pintu lift tertutup, aku sempat melihat satu bentuk tubuh yang samar samar di tepi meja aku yang sebelum ini sebelum berpindah ke bilik khas aku dengan inspektor annoying tu...
Bayangan perempuan yang seakan merenung itu memang...!!! Huhh..aku tak tahu nak cakap apa...ne first time aku nampak benda tu...

Sumpah ini last aku stay sampai malam buat kerja...tak sanggup dah..huhh...

Sampai di bawah lobi, syukur sebab ada pak guard  berjaga di situ...tekejut jugak lah pak guard tu nampak aku baru turun dari bangunan tu..haha...

Sebelum balik ke rumah sempat aku singgah ke 7eleven...nak minum air dan beli gula gula pedas...takut mengantuk...

Ketika berjalan ke arah kaunter, tanpa sengaja tubuh ku di rempuh seseorang...

"sorry..sorry...my bad.." sambil membantu aku untuk mengambil barang barang ku yang jatuh...nasib air tin aku tu tak jatuh..kalau takk..aku hanya mengangguk dan mengambil gula gula dari tangan lelaki itu sebelum lelaki itu berlalu dari kedai itu...nampak tergesa gesa..

Seketika aku tengok gula gula aku yang berada di tangan, kurang satu...setelah memungut satu lagi gula gula yang masih berada di lantai kedai itu, aku terlihat sesuatu...sekeping kertas...No bukan kertas...its foto...foto seorang perempuan...

"sape punya ne?" seketika aku berfikir...mamat tu punya kot...tak pe lah...simpan lu arr...selepas membayar, aku pun balik kerumah...nasib aku masih nampak jalan ketika balik😂


TBC▶▶

Mr.Inspektor Vs Ms.Forensik?Where stories live. Discover now