CUTI sekolah telah bermula. Selama seminggu ini, Fakrul akan berada di rumah keluarganya. Gembira rasanya kerana dapat berada di rumahnya. Lebih-lebih lagi dapat tidur di biliknya sendiri.
Sejak abang sulungnya berkahwin, hanya ada kedua ibu bapanya sahaja di rumah banglo ini. Farhan dan Piah sudah pun tinggal di Kedah kerana bekerja di sana. Fariha pula lebih suka duduk di rumah sewanya kerana berulang alik dari tempat belajarnya.
Telefon bimbitnya dicapai. Tidak sabar rasanya hendak menghubungi Sakinah. Lama dia menunggu sehingga panggilannya dijawab.
“Assalammualaikum Abang Arul...” Ceria sahaja suara Sakinah di hujung talian.
“Waalaikummusalam. Kinah buat apa tu? Abang Arul baru sampai KL tengah hari tadi.” Kata Fakrul sambil berbaring di atas katilnya.
“Wah! Mesti Abang Arul seronok dah sampai rumah sendiri. Kinah tak buat apa pun. Baru je nak melukis. Bosan betul cuti ni tak ke mana. Abah selalu je sibuk dengan kerja. Ibu pula dah keluar.” Adu Sakinah.
Fakrul tersenyum nipis. Dia cukup tahu dengan hobi Sakinah yang suka melukis itu. Dia langsung tidak menyangka selama ini Sakinah pandai melukis seperti orang dewasa. Fakrul pernah melihat lukisan Sakinah. Malah, dia cukup kagum dengan kebolehan yang ada pada sepupunya itu. Cuma dia sedikit berasa hairan apabila diberitahu Syamsul tidak membenarkan Sakinah melukis.
“Kinah kenapa tak ikut ibu?” Tanya Fakrul lagi.
Terdengar keluhan yang keluar di bibir Sakinah.
“Tak naklah. Ibu tu ikut persatuan dia lah tu. Lagipun cuti sekolah ni, abah paksa Kinah duduk rumah je dan belajar. Bosannya!” Bebel Sakinah.
Fakrul tergelak lucu. Pasti ayah saudaranya itu mahu Sakinah menumpukan perhatian untuk peperiksaan UPSR.
“Baguslah apa yang Pak Achik buat tu. Sekarang ni, Kinah mana boleh main-main. Kan dah nak exam.” Fakrul turut menegur.
Makin masam wajah Sakinah ketika ini.
“Abang Arul ni pun dah macam abah je. Kita cakap pasal lainlah.” Pinta Sakinah. Tertekan juga dia apabila sering disuruh belajar 24 jam.
“Okey. Kinah nak cakap pasal apa?” Soal Fakrul.
Wajah Sakinah kembali ceria. Sudah lama dia ingin mengetahui perkara ini daripada Fakrul.
“Err… Kinah nak tahu ciri-ciri gadis idaman Abang Arul. Cakaplah...” Gesa Sakinah.
Kuat Fakrul tergelak dengan soalan Sakinah. Tak terfikir langsung di kepalanya dengan tentang soalan itu.
“Soalan apa ni Kinah? Kinah baru 12 tahun, dah sibuk tanya pasal ni.”
Sakinah merengus kasar.
“Tengok tu, nak mengelak. Cakaplah. Kinah cuma nak tahu je.” Bersungguh -sungguh Sakinah inginkan jawapan.
Terpaksalah Fakrul melayan permintaan Sakinah. Takut merajuk pula jawabnya.
“Ehmm... ciri-ciri gadis idaman Abang Arul ye. Kalau boleh, Abang Arul nak cari perempuan yang boleh faham dengan diri Abang Arul, seorang yang ceria dan yang paling penting…” Meleret ayat terakhir Fakrul.
Makin berdebar Sakinah mendengarnya.
“Apa dia?” Laju Sakinah menyoal.
“Seorang yang bijak.” Jawab Fakrul.
Terkedu Sakinah dengan jawapan terakhir Fakrul. Tiba-tiba dia membandingkan dirinya dengan gadis idaman Fakrul.
“Kinah…” Panggil Fakrul setelah lama Sakinah berdiam diri.
YOU ARE READING
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover Baru
Romance~Spin off dr kisah Piah di hati Mr.Beku.~ Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti kisah abangnya, Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah Dia cuba menjauhkan dirinya dengan perasaan itu kerana menolak dirinya dari berkahwin d...