Bab 18

9.5K 573 60
                                    

DAHLIA mencedok nasi goreng ke dalam pinggan anak-anaknya. Tersenyum Dahlia melihat anak-anaknya makan dengan berselera sebelum pergi ke sekolah.

Kini Dahlia berasa sangat lega kerana anak-anaknya bersekolah yang sama. Dapatlah dia mengharapkan Syamil untuk menjaga Sakinah.

Sakinah sekarang sedang menyesuaikan dirinya di sekolah menengah. Dia akui kali ini cabaran lagi berat dan dia perlu banyak lagi kuat berusaha.

“Mana pula abah kamu ni?” Dahlia sudah mula berbebel.

“Tadi Mil nampak abah tengah bercakap dalam telefon.” Kata Syamil sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

Sakinah pula hanya menguis-nguis sahaja nasi goreng dipinggannya. Tidak lama kemudian, muncul Syamsul di meja makan dengan wajah yang ceria.

“Siapa call abang pagi-pagi ni? Senyum sampai ke telinga gayanya…” Tanya Dahlia dengan rasa curiga.

Syamsul tergelak lucu.

“Along call abang. Dia beritahu Piah masuk wad baru-baru ni. Alahan mengandung katanya. Esok, Piah dah boleh keluar. Jadi Along bercadang nak buat kenduri kesyukuran pada hari lusa. Itu yang Along jemput kita sekeluarga. Alang-alang tu, nak buat majlis tahlil untuk arwah mak sekali.” Terang Syamsul.

Sakinah yang mendengar tentang berita itu terus memandang ke arah Syamsul. Dia sangat berharap agar mereka sekeluarga tidak akan ke sana. Dirinya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu.

“Alhamdulillah. Piah dah mengandung rupanya. Abang nak ke majlis tu ke?” Tanya Dahlia.

“InshaAllah, kita semua pergi. Abang cadang kita bertolak petang esok ke sana.” Cadang Syamsul.

Syamil dan Sakinah saling berpandangan.

“Tapi lusa kan kami sekolah lagi.” Sampuk Syamil.

Dahlia baru teringat tentang perkara itu.

“Betul juga tu. Khamis ni, anak-anak sekolah lagi.”

“InshaAllah abang rasa tak ada masalah. Mil dengan adik tak perlu risau pasal perkara tu. Abah akan call cikgu kamu berdua dan jelaskan nanti.” Jelas Syamsul.

Syamsul mula menjamah makanan di pinggannya.

“Adik tak nak.” Tiba-tiba Sakinah membantah.

Mereka yang berada di meja makan terkejut dengan bantahan daripada Sakinah. Kunyahan di mulut Syamsul turut terhenti kerana terkejut dengan reaksi anaknya.

“Adik cakap apa ni?” Bisik Syamil sambil mencuit lengan adiknya.

Belum pernah lagi Syamil melihat adiknya bertindak seberani ini.

“Adik tak nak ponteng sekolah. Bukan abah tak suka ke adik ponteng sekolah dulu? Nanti, makin teruk pula pelajaran adik.” Sindir Sakinah.

Dia masih lagi bersikap selamba dengan menghabiskan makanan di pinggannya. Syamil sudah hampir ternganga dengan keberanian Sakinah.

“Adik!” Panggil Syamsul dengan nada yang agak keras. Makin mendidih perasaan Syamsul dengan sikap anaknya yang suka memberontak sekarang.

“Abang, jangan macam ni. Tak baik depan rezeki. Adik, kenapa adik cakap macam tu? Ibu dengan abah tak pernah fikir pun sampai macam tu sekali.” Tegur Dahlia dengan lembut.

Dahlia turut terkejut dengan reaksi anaknya.

“Adik setuju atau tidak, kita semua akan balik ke KL petang esok. Abah tak nak dengar ada sesiapa lagi yang membantah.” Tegas Syamsul memberi arahan.

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now