Bab 12

9.1K 528 26
                                    

FAKRUL sedang bersiap untuk keluar mencari barang-barang keperluannya sebentar lagi. Kebiasaannya pada hujung minggu, mereka semua akan dibenarkan keluar sehingga jam enam petang.

“Rul…” Panggil Adam.

“Ehmm…” Fakrul hanya menguman sambil menyikat rambutnya.

“ Kau ada masalah ke? Share lah dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Tanya Adam tentang keadaan Fakrul.

Fakrul menoleh memandang Adam.

“Kau pernah kecewa tak dengan seseorang?” Tiba-tiba soalan itu yang ditanya oleh Fakrul.

Terpinga-pinga Adam apabila ditanyakan soalan itu.

“Err… rasanya macam pernah. Kenapa kau tanya?” Makin pelik pula Adam dengan perubahan Fakrul sejak balik dari cuti sekolah.

“Aku rasa geram sangat sekarang ni. Tak pernah lagi aku rasa kecewa macam ni. Memanglah aku kadang-kadang pernah kena tipu dengan kawan-kawan kita. Tapi kali ni, hati aku rasa sakit sangat bila aku tahu dia tipu aku.” Jelas Fakrul.

Kepala yang tidak gatal digarunya. Adam semakin berminat untuk mengetahui punca masalah Fakrul.

“Bunyi macam serius je. Siapa yang kecewakan kau ni? Dah gaya macam kena tipu dengan kekasih pun ada. Tapi bila masa pula kau ni bercinta.” Adam makin keliru dengan masalah Fakrul.

Fakrul yang mendengar kata-kata Adam terasa terpukul. Bercinta? Tak mungkin! Dia bukan bebal nak bercinta dengan budak yang tidak cukup umur. Tapi kenapa dia perlu teringatkan perbuatan Sakinah sehingga hatinya terlalu sakit?

“Cakaplah Rul. Siapa? Entah-entah, adik sepupu kau tu ke?” Teka Adam.

“Tak payah merepeklah. Cakap dengan kau ni menambahkan sakit hati aku aje. Aku nak ke tandas dulu.”

Fakrul segera keluar dari bilik itu. Tidak mahu terus diasak dengan pelbagai soalan lagi dari rakannya.

Sampai di tandas, segera Fakrul membasuh mukanya. Melihat wajahnya di cermin, membuatkan Fakrul berasa takut dengan dirnya sendiri.

“Apa yang kau buat ni Fakrul? Semua ni tak betul...” Terpejam mata Fakrul saat teringatkan perbualan tadi.

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

PELBAGAI jenis alat tulis seperti pen dan pensil diambil dan diletakkan ke dalam bakul. Fakrul ingin membeli alatan tulis yang baru untuk persediaan peperiksaan SPM yang bakal dihadapinya nanti. Mereka sekarang singgah di pasaraya terlebih dahulu kerana ingin membeli keperluan masing-masing.

Sebaik sahaja Fakrul melalui kawasan yang menjual alatan melukis, serta merta fikirannya teringatkan Sakinah. Sakinah sangat sukakan melukis. Setiap kali berbual dengannya di telefon, pasti sahaja Sakinah akan bercerita tentang hobinya itu.

“Kau tenung apa tu?” Tegur Adam dengan tiba-tiba.

Terkejut Fakrul disergah begitu. Dia cuba beriak selamba.

“Tak ada apalah. Saja tengok alatan melukis ni.” Balas Fakrul tanpa memandang rakannya itu.

Berkerut dahi Adam mendengarnya.

“Kau suka melukis ke? Manalah tahu kawan aku ni ada bakat terpendam.” Usik Adam sambil menepuk bahu Fakrul.

Fakrul sekadar tersenyum nipis. Tidak lama kemudian, muncul Fitri yang turut mengikut mereka keluar bersama.

“Adam, Fakrul, jomlah kita bayar. Aku dah siap ambil barang aku ni. Kau ada lagi ke nak beli apa-apa?” Soal Fitri.

“Tak ada. Ini je barang aku." Jawab Adam.

“Jomlah kita ke kaunter.” Kali ini Fakrul pula yang mengajak.

Melihat kelibat Fakrul yang berlalu pergi meninggalkan Adam dan Fitri membuatkan mereka berdua berasa pelik dengan sikap kawannya itu.

“Kawan kita tu ada masalah ke?” Tanya Fitri sambil menyiku lengan Adam.

Adam mengangkat kedua bahunya ke atas.

“Entah. Serba salah pula aku nak masuk campur. Kau sendiri pun faham kan perangai dia tu. Kalau serius, serius sangat. Tapi aku yakin, ni mesti pasal adik sepupu dia tu.” Teka Adam.

“Adik sepupu? Ni mesti perempuan kan?” Kali ini Fitri pula yang meneka.

“Tepat sekali. Sebab biasanya dia selalu je call adik sepupu dia masa kita keluar hujung minggu macam ni. Tapi sekarang, haram tak dibuatnya. Sah tengah bergaduh.” Bukan main lagi Adam membawang.

“Kau ni pandai je meneka. Tak akanlah Fakrul tu bercinta kut dengan sepupu sendiri.” Soal Fitri.

Setahu Fitri, Fakrul cukup pantang bercakap soal perasaan kerana mereka masih bersekolah lagi.

“Tu lah yang aku muskil dengan dia tu. Kalau adik sepupu dia tu sebaya kita, aku boleh terima, masalah...” Mati ayatnya apabila teringatkan adik sepupu Fakrul. Terasa berat pula dia nak bercerita.

“Masalah apa? Cakap biar habis boleh tak..." Marah Fitri apabila Adam tidak menghabiskan kata-katanya.

Tak sempat Adam ingin bercakap, Fakrul tiba-tiba memanggil mereka berdua.

“Fitri, Adam... cepatlah. Buat apa lagi tu?” Panggil Fakrul yang baru perasan rakan-rakannya itu masih belum bergerak lagi ke kaunter.

Cepat-cepat Adam dan Fitri bergegas menuju ke kaunter. Terbantut perbualan mereka berdua apabila disergah oleh Fakrul.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Ingat lagi tak Adam ni,😍😍😍


Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now