“Janji dengan biey, sayang akan kuat dan terus bertahan ye. Demi biey... demi anak kita...” Air mata yang berlinangan di pipinya dibiarkan mengalir begitu sahaja.
“Biey pergi tengok anak kita dulu ye sayang. Nanti biey datang lagi. Tunggu biey ye.” Satu ciuman penuh kasih diberikan di dahi dan di pipi isterinya. Fakrul membetulkan selimut yang berada di badan isterinya terlebih dahulu sebelum meninggalkan isterinya.
Fakrul keluar dari bilik ICU dan menuju ke tingkat atas. Dia mahu melawat anaknya di bahagian wad NICU. Sebelum masuk ke situ, Fakrul akan membasuh tangannya dan memakai baju yang disediakan oleh pihak NICU mengikut peraturan yang ditetapkan bagi pelawat yang ingin melawat.
Melihat bayi lelakinya yang masih belum diberi nama itu menambahkan perasaan sebak di hatinya. Disebabkan anaknya lahir tidak cukup bulan, terpaksa anaknya ditempatkan di inkubator sehingga anaknya kembali stabil dan berat badannya naik sehingga 2.2 kilogram. Ketika dilahirkan, anaknya lahir dengan berat sebanyak 1.7 kilogram sahaja.
“Assalammualaikum baby boy daddy. Cepat membesar ye. Nanti boleh balik rumah kita. Doakan keselamatan mummy. Nanti bila mummy dah sedar, boleh susukan baby...” Kata Fakrul sambil menyentuh tangan kecil bayinya.
Terbayang-bayang lagi perasaan teruja isterinya yang tidak sabar menunggu kelahiran bayi mereka. Sekali lagi dia menangis di hadapan bayi lelakinya kerana gagal mengawal perasaan sebaknya. Tidak sangka kali ini dia diuji dengan ujian yang lebih berat berbanding dulu ketika terpisah dengan isterinya.
“Ya Allah, Kau ringankanlah ujian yang Kau berikan padaku. Kuatkan aku dalam hadapi semua dugaan ini...” Lirih Fakrul berdoa di samping bayinya.
Sesiapa yang nk dapat buku ni dalam versi bercetak, hari ni last ye. Selasa dah masuk kilang. InshaAllah.👏👏👏
Tiada dijual di kedai buku.
Print on demand shj.
Selamat Menyambut Ramadhan buat pembaca sy😍😍
YOU ARE READING
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover Baru
Любовные романы~Spin off dr kisah Piah di hati Mr.Beku.~ Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti kisah abangnya, Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah Dia cuba menjauhkan dirinya dengan perasaan itu kerana menolak dirinya dari berkahwin d...