4 Tahun Lepas...(2018)
"Weyh Miza, jom pergi bilik jahit. Dah lambat ni. Nanti x sempat pulak nak jahit kain!" Gesa seorang gadis kecil bertudung labuh. Tangannya tidak lalu diam asyik menyentuh sesuatu yang berada di hadapan matanya. Kakinya pula gatal melangkah ke hulu ke hilir tanpa arah tuju sementara menunggu Miza. Kaca mata tebalnya yang kabur dibiarkan tanpa digilap. Dasar pemalas! Miza menjeling gadis itu kerana dia tidak berhenti bercakap dari tadi. Pada masa yang sama tangannya juga sibuk mengemas mejanya yang bersepah.
"Dah jom Anis!" Ujar Miza setelah setelah mengemas lalu melangjah keluar dari kelas 4 Vokasional 1 . Gadis yang bermulut bising tadi mengekorinya dari belakang tanpa banyak bicara.
"Miza! Jom lari!" Ajak Anis lalu dia bergegas lari meninggalkan Miza di belakang. Sambil berlari, kedua belah tangannya dilayangkan ke belakang manakala badannya dibongkokkan 70 darjah seperti gaya Naruto Shippuden. Miza pantas berlari mengejar Anis sambil mengikut gaya Anis berlari sambil tertawa.
"Assalamualaikum!!" Jerit Anis setibanya dia dan Miza di bilik jahit. Kelihatan Sabrina, Batrishia, Eliyana, Vasugi dan Jayashangari sedang sibuk menguruskan kain masing-masing dengan tekun untuk dihantar pada guru subjek Sains Rumah Tangga. Lebih-lebih lagi Sabrina. Sab begitu fokus sehinggakan tidak menyedari kehadiran dua orang rakannya itu. Ini kerana kainnya lebih sukar dikendalikan berbanding rakan yang lain. Kain rakan lain semuanya bercorak tradisional. Hanya kain dia sahaja hitam dan tidak bercorak. Oleh itu dia terpaksa menambah kain batik pada lengan kainnya agar tidak kainnya tidak kelihatan terlalu kusam.Miza segera mengambil tempat dj sebelah Vasugi dan Anis. Jarum dari dalam beg kertas berwarna biru dikeluarkan berserta benang putih.
"Nah Miza! Kain kamu."
"Thanks Anis!" Envelope putih di tangan Anis dicapainya lalu kain berwarna hijau berbunga biru dikeluarkan dari dalam envelope tersebut dan diletakkan di atas meja.
"Tak welcome." Ujar Anis selamba badak.
"Wey Anis, you boleh tolong jahitkan kia untuk saya tak?" Soal Vasugi.
"Okay. Tunggu jap." Anis bergegas meninggalkan kainnya dan beralih ke kain Vasugi.
"Saya boleh tolong buatkan tapi awak kena tengok cara saya jahit kia. So lepas ni jangan tanya saya dah macammana nak jahit kia. Tau?" Anis mengangkat kedua belah keningnya. Vasugi mengangguk sedikit.
"Okay mula-mula... awak masukkan jarum ni ke dalam macam ni. Lepastu keluarkan jarum kat tepi dia..." Anis menunjukkan cara menjahit kia.
"Awak tau x macammana nak buat?" Soal Anis.
"Eh macammana macammana??" Vasugi tidak menumpukan perhatiannya pada Anis.
"Macam ni..."
Ketika Anis sedang mengajar Vasugi, tiba-tiba Jaya membuka topik dan bersembang dengan Vasugi mengenai drama melayu yang baru ditontonnya semalam dan Vasugi pun melayannya.
"Vasugi! Saya tengah ajar ni. Boleh pulak awak sembang dengan Jaya. Membawang je kejenya. Nanti karang x tau tanya saya lagi. Saya pun banyak lagi x siap."Anis memarahi Vasugi. Vasugi kembali menumpukan fokusnya pada Anis. Miza yang duduk bersebelahan Vasugi mengekek sendirian apabila Vasugi dimarahi Anis.
"Weyh semalamkan, saya masuk bilik kakak saya tau. Saya nampak kan, ada coklat ferrero roshe dalam 30 biji macam tu.. dia tersusun macam bukit awak tau x. Omaigod. Saya terkejut tengok." Cerita Vasugi pada Miza sehingga dia terlupa dia baru sahaja dimarahi oleh Anis sebentar tadi.
"Wahhh!! Bestnya! Lepastu awak amik ke x ferrero roshe tu?" Soal Miza. Matanya bersinar-sinar memandang Vasugi.
"Saya nak ambil tapi kakak saya marah tau! Dia cakap dia sayang ferrero roshe tu sebab ada orang bagi dia. So dia nak simpan je." Sambung Vasugi lebih lanjut.
"Vasugi!!!! Awak ni kan! Saya tengah ajar ni! Tengok la!!" Anis sudah mula hilang sabar apabila Vasugi tidak mengendahkannya.
"HAHAHAHAHAHA!!!" Miza ketawa terbahak-bahak menggelakkan Vasugi.
"Eish awak ni bising lah!" Marah Vasugi pada Anis.
"Apa bising-bising? Saya ni dah cukup baik tolong awak jahit tapi macam ni awak buat kat saya? Sampai hati awakkan?" Anis sudah mula membebel. Vasugi hanya memekakkan telinganya. Manakala Miza pula masih tidak berhenti ketawa dari tadi.
"HAHAHAHAHA!! Korang ni janganlah buat lawak!!!" Sambil ketawa, dia menjerit-jerit seperti orang hilang guli. Fokusnya tergendala melihat drama Vasugi dan Anis. Tah apa yang lawak sangat tak tau lah.
"Kalau macamni saya malas lah nak ajar awak. Awak buat sendiri." Anis merajuk.
"Eish yelah-yelah!" Vasugi mengalah.
"Weyh Anis, kau tau x jahit lengan baju? Tengokkan jap aku punya ni betul x?" Ell menghampiri Anis.
"Okay."
"Betullah ni." Ujar Anis setelah meneliti kain Ell.
"Series ah?" Soal Ell lagi.
"Haah, tapi lepas jahit jelujur ni kamu kena jahit mesin." Anis menuju ke arah mesin jahit yang berjenama 'brother' sambil bercakap dengan Ell.
"Alang-alang tolong aku jahitkan mesin weyh. Sebelah lagi dah siap. Tinggal sebelah je lagi." Ell menghulurkan lengan bajunya kepada Anis.
"Boleh tapi kena ah tunggu sebab kita nak jahit lengan baju Wani, Miza dengan Vasugi dulu." Anis mengambil lengan baju Ell dan meletakkannya sekali dengan lengan baju Wani, miza dan Vasugi agar memudahkan kerjanya. Sibuk siapkan kain orang tapi kain sendiri x siap lagi. Anis teringatkan lengan bajunya yang masih belum disentuh. Jahit jelujur pun belum. Haih! Tiba-tiba Jaya menghampiri Anis.
"Anis, tolong saya jahitkan mesin untuk lengan baju saya boleh?" Pinta Jaya.
"Awak dah jahit jelujur lengan baju awak?" Anis bertanya bagi mendapatkan kepastian.
"Dah!" Jawab Jaya sambil menterbalikkan kain bajunya dan menunjukkan kepada Anis.
"Jaya! Kenapa lengan baju awak ni terbalik dua dua?!!" Anis terkejut tatkala melihat lengan baju Jaya yang dijahit terbalik.
"Alamak!" Jaya mengeluh kerana terpaksa menetaskan jahitan jelujurnya dan jahit sekali lagi.
"Anis! Mesin jahit sebelah kamu ada orang ke?" Soal Batrishia yang baru sahaja selesai menjahit jelujur pada lengan bajunya.
"X de.. Gunalah." Anis mengalu-alukan Batrishia duduk di sebelahnya dengan senang hati.
*******
YOU ARE READING
Friends To The End
FantasyNur Syawani(Wani), Sabrina Amani(Sab), Nur Miza Karmila(Miza), Batrishia Adzlin(Bat), Anis Najwa(Anis), Vasugi, Putri Nurfatini Eliyana(Ell) dan Jayashangari(Jaya) merupakan sahabat baik dari tingkatan 4. Nasib mereka baik kerana dapat sambung belaj...