Nur Syawani(Wani), Sabrina Amani(Sab), Nur Miza Karmila(Miza), Batrishia Adzlin(Bat), Anis Najwa(Anis), Vasugi, Putri Nurfatini Eliyana(Ell) dan Jayashangari(Jaya) merupakan sahabat baik dari tingkatan 4. Nasib mereka baik kerana dapat sambung belajar di UiTM Chendering dan tinggal di banglo dua tingkat bersama-sama. Banglo tersebut asalnya milik Bapa Ell namun banglo tersebut dihadiahkan kepada Ell pada hari jadinya yang ke-19. Jadi Ell telah membuat keputusan untuk menyewakan banglo tersebut kepada rakan-rakannya. Banglo tersebut memiliki 5 buah bilik tidur dan 3 buah bilik air. Wani berkongsi bilik dengan Sab. Bat berkongsi bilik dengan Ell. Anis berkongsi bilik dengan Miza dan Jaya berkongsi bilik dengan Vasugi. Bilik kelima dijadikan bilik solat. Sab dan Wani merupakan rakan yang paling matang manakala Anis dan Miza pula yang paling keanak-anakan dan gila-gila. Bat dengan Ell pula sering melayan perasaan sendiri manakala Jaya dan Vasugi pula paling kuat membawang. Oleh itu, mereka paling sesuai tinggal bersama. Miza dan Anis sering dimarahi oleh Sab dan Wani kerana bilik mereka sering bersepah. Oleh itu mereka telah membuat peraturan di rumah tersebut. Sehinggakan pada suatu hari mereka berasakan mereka telah bertemu dengan jodoh masing-masing kecuali Wani. Ini kerana Wani tidak berminat terhadap lelaki. Seterusnya bagaimanakah kehidupan mereka setelah dilamun cinta? Adakah mereka dapat fokus menghabiskan semester mereka dengan aman atau mereka akan hanyut dalam percintaan mereka?