Batrishia termenung sendirian mengimbau kenangannya pada zaman persekolahan dahulu. Pejam celik-pejam celik kini dia telah berusia 20 tahun. Di bibirnya terukir senyuman manis. Semakin lebar senyumannya semakin kecil matanya. Haih! Sedang asyik leka mengelamun...
"WARGHHHHHHH!!!" Seorang gadis bertudung paras dada dan berjaket denim menyergahnya dari belakang.
"Eish! Kau ni Sab! Kalau ye pun bagilah salam dulu!!!" Batrishia memukul lengan Sabrina perlahan. Sabrina tersengih seperti kambing busuk.
"Sameykom."Ujar Sabrina selamba badak.
"Weyh!!!! Sameykom? Bagi salam pon dah tak tau macammana? Tulah sibuk bergaya pagi petang siang malam sampai bagi salam pun tak tau. Ish ish ish." Batrishia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Sabrina menjeling Batrishia .
"ASSALAMUALAIKUM!" Jerit Sabrina di tepi telinga Batrishia.
"Ehem! Excuse Me! Ni library ! Boleh tak perlahankan suara ! Ko ingat ni library BAPAK engkau?" Seorang lelaki yang bertubuh gempal menengking Sabrina separuh berbisik namun masih mampu didengari oleh orang sekelilingnya. Sabrina menundukkan wajahnya. Pipinya kemerah-merahan menahan malu apabila mata-mata durjana memandangnya sambil mentertawakan dirinya. Dengan pantas, kerusi di sebelah Batrishia ditariknya perlahan. Punggungnya tepat mendarat di atas kerusi plastik yang keras itu. Batrishia tertawa perlahan melihat telatah Sabrina.
"Eish kau ni punca ah!" Sabrina menyiku lengan Batrishia.
"Gomennasai(maaf)." Balas Batrishia separa berbisik. Namun bisikannya diakhiri dengan sisa ketawanya.
"Bat, actually aku dtg ni nak ajak kau lepak kat cafe aku malam nanti dengan diorang sekali."
"Pukul?"
"Dalam pukul 8 ke 8 setengah nanti. Lepas habis solat isyak."
"Aku okay je kalau korang ada."
"Okay cun. Jumpa kau malam nanti. Aku cao dulu. Bye beb!" Sabrina berdiri dengan semangatnya dan beredar dari perpustakaan.
*******
Eliyana duduk termangu di atas sofa empuk di ruang tamu. Petang itu suasana amat sepi, lengang, sunyi. Hanya bunyi kipas dan jam dinding sahaja berbunyi. Rakan-rakannya yang lain sibuk dengan kelas masing-masing. Hanya tinggal dia seorang di rumah. Jika tidak kerana kepalanya yang sakit, sudah lama dia pergi ke kuliah. Jam menunjukkan lagi 5 minit akan pukul 6 petang. 'Lambatnya diorang ni. Selalu kelas habis awal. Ni sampai pukul 6 ni pahal? Lepak tak ajak aku ke...? Ahhh! Kelas diorang belum habis kot.' Ell cuba berfikiran positif untuk menyedapkan hatinya. 'Dahla rumah ni besar. Dan dan tu pulak tinggal aku sorang. Haduhhh! Seram bodoh!' Getus Ell dalam hatinya.
"Ting tong!" Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. 'Ha tu pon diorang!' Ell segera menerpa ke arah pintu untuk menyambut rakan-rakannya.
"Assalamualaikum!" Anis memberi salam.
"Waalaikummussalam. Lambatnya korang balik. Dahla aku sorang kat rumah ni! Seram tau tak!" Ell menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
"Lahai... apa yang seramnya.. kitorang ada hal sikit tadi. Sorry ah." Ujar Syazwani sambil membuka kasutnya lalu masuk ke dalam.
"Apa yang nak ditakutkan sangat?" Soal Anis tiba-tiba.
"Yela manalah tau ada hantu ke kat rumah ni. Tak ke naya aku." Balas Ell.
"Haih. Hantu mana wujudlah." Bat menggelengkan kepalanya. Vasugi dan Jaya tertawa melihat gelagat Ell.
"Dah besar pun nak takut hantu." Jaya menyindir Ell. Lantas Ell memberi jelingan mautnya pada Jaya.
"Dah dah jom siap. Solat mandi lepastu siap cepat. Kol lapan nak gerak ni." Sabrina menggesa rakan-rakannya.
Anis, Miza, Vasugi dan Jaya segera naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik masing-masing.
"Anis, kita nak tanya.. betul ke hantu ni tak wujud?" Miza masih lagi keliru dengan soalan ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanyakan pada Anis.
"Okay... macam ni.. sebenarnya, hantu adalah jin dan syaitan. Mereka sentiasa mahu menyesatkan manusia. Itu juga sumpah mereka kepada Allah sewaktu mereka dilaknat. Mereka boleh menyerupai apa sahaja yang mereka mahukan, kecuali Nabi Muhammad SAW dan Allah. Dan mereka juga boleh masuk ke dalam mimpi anak-anak Adam." Terang Anis panjang lebar.
"Jadi? Apa kita nak buat kalau setan ni nak kacau kita." Miza semakin curious dan ingin mengambil tahu dengan lebih lanjut.
"Jadi, hanya iman dan taqwa sahaja mampu menyelamatkan kita daripada gangguan mereka."
"So memang that's mean hantu ni wujudlah kan?"
Anis mengangguk.
"Jadi tak mustahillah ada hantu kat dalam rumah kita ni kan?" Soal Miza bertubi-tubi.
Anis ternyata bingung. Tidak mampu untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana dia bukanlah seorang yang kuat ilmu agama jadi dia hanya tahu serba sedikit sahaja. Miza terus menunngu jawapan daripada Anis. Akhirnya Anis mengangguk perlahan.
"Ohhhhh." Miza berhenti bertanyakan soalan dan mengakhiri perbualan dengan Anis berkenaan hantu. Tuala di rak kecil tepi tingkap disangkut pada bahunya dan dengan langkah yang sederhana pantas dia menuju ke arah tandas. Anis terbaring kepenatan di atas katil bujang miliknya. Sebuah keluhan berat dilepaskan tanpa dia sedari.
*******
"SABBBB! CEPATLAH!! KITORANG NAK GERAK DAH NI!!" Laung Syazwani hingga bergema satu banglo itu. Miza, Anis, Vasugi, Jaya dan dia sudah lama menunggu di tingkat bawah. Tunggu apa? Tunggu sekor toyol yang siap kemain lambat. Haih siapa lagi kalau bukan Nur Sabrina Amani. Cis! Daripada tadi asyik membetulkan tudungnya. Tudungnya sudah diseterika sebanyak lima kali kerana tudung itu tidak menepati shape yang dia mahukan. Sabrina mengeluh. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memakai shawl berwarna hitam yang tergantung di dalam almari. Shawl hitamnya senang dipakai ketika kecemasan kerana tidak perlu digosok. Setelah selesai mengamati wajahnya berkali-kali barulah dia keluar dari bilik itu dengan senang hati.
"Heyh princess ni la. Siap mengalahkan Dato' Vida! Lama kemain. Pakai tudung ke buat tudung?" Perli Syazwani.
Sabrina mengabaikan sindiran Syazwani lalu keluar dari pintu utama dan terus mencapai high heelsnya yang tinggi berwarna susu. 'Tahape-hape lah minah ni!' Anis menggeleng melihat Sabrina sambil tersenyum.
"LET'S GO!!!!" Miza menjerit keriangan. Dia sudah tidak sabar mahu tiba di destinasi mereka.
"YEAH LET'S GOOO!!!" Sahut Jaya.
Maka mereka pun menaiki dua kereta untuk pergi ke cafe milik bapa Sabrina. Sabrina, Syazwani dan Vasugi menaiki kereta milik Elliyana manakala Miza,
Batrishia, Jaya menaiki kereta Anis.
YOU ARE READING
Friends To The End
FantasyNur Syawani(Wani), Sabrina Amani(Sab), Nur Miza Karmila(Miza), Batrishia Adzlin(Bat), Anis Najwa(Anis), Vasugi, Putri Nurfatini Eliyana(Ell) dan Jayashangari(Jaya) merupakan sahabat baik dari tingkatan 4. Nasib mereka baik kerana dapat sambung belaj...