Bab 3

15 1 2
                                    

       Sabrina terbaring kepenatan di atas katil single miliknya sambil mengeluh perlahan. Matanya terkedip-kedip menahan diri daripada terlelap. Sab termenung memikirkan insiden yang berlaku di cafe. Sebelum masuk tidur dia akan memastikan dirinya solat isyak terlebih dahulu. Dengan perasaan malas, Sab bangun dan duduk di penjuru katil lalu termenung lagi. 'Haih ape nak jadi Sab oi' Kakinya yang sengal itu cuba diayunkan kedepan.

       "KRAAAAAK!!" Sab menjerit kesakitan tatkala tulang lututnya berbunyi. Jaya yang kebetulan lalu di depan bilik itu terkejut beruk mendengar bunyi yang dihasilkan oleh tulang lutut Sab. Mujur ketika itu dia sedang memegang minyak angin cap ibu dan anak. Jaya masuk ke dalam bilik dan bersila di hadapan Sab. Sab memandang Jaya dan kemudian memandang minyak yang dibawanya. 'macammane budak ni tau kaki aku sakit?' Sab yang tidak menyedari kehadiran Jaya tadi bingung.

       "awak okey ke Sab?" Soal Jaya.

       "okey cuma kaki lenguh sikit."

       "Mari saya urutkan. Sejam 25 ringgit." Jaya tersengih.

       "Ei ape ni x ikhlas betul. Takpelah biar saya buat sendiri. Awak ni tak boleh diharap." Sab merajuk. Minyak di tangan Jaya dirampas kasar.

       "Hahahaha saya gurau je.. Mari saya urutkan." Jaya mengambil semula minyak di tangan Sab.

                            💕💕💕

       Suasana di perpustakaan UiTM Chendering lengang tanpa kehadiran pelajar-pelajar seperti biasa. Maklumlah hari ni kan hari Ahad. Sudah pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dan emosi masing-masing setelah penat memerah otak dan bertungkus lumus ketika di kuliah bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah.

       Tengku Zafran menggeliat beberapa kali. Sudah dua jam dia bertapa di perpustakaan itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk melelapkan matanya sebentar untuk menghilangkan rasa penat yang mengekori. Namun, belum sempat rasa penatnya hilang, badannya terasa dihempap sesuatu yang amat berat. Zafran dihujani rasa terkejut apabila merasakan seperti terdapat anak gajah terlentang atas tubuhnya. Pantas dia membuka mata. Matanya terjegil melihat gerangan manusia spesies apakah yang menghempapnya sebentar tadi. Berat sungguh!

       "Aduh! Weh, apa ni?!" Zafran sudah tidak mampu menahan beban di atas badannya. Miza terpana melihat jejaka yang terlentang seperti katak kangkang yang dihempapnya sebentar tadi.

       "Err... maaf... saya tak sengaja..." Miza menunjuk wajahnya sambil mengutip bukunya yang jatuh. Mukanya mula berubah pucat. Bimbang dimarahi oleh jejaka itu.

       Zafran merenung tajam gadis genit di hadapannya itu dengan pandangan maut. Pandangannya seperti harimau yang hendak menerkam mangsanya. Rahangnya pula bergerak-gerak cuba mengawal marah.

       'Isy, kenapalah aku boleh terjatuh atas mamat ni? Malunya...' Bisik Miza dalam hati. Mukanya dah merah macam baru lepas kena tampar berkali-kali.

       "Maaf, maaf.. tu je awak tau? Saya nak tanya, awak jalan pakai mata ke pakai kepala lutut? Jalan tu tengoklah depan! Ada mata kan? Kesian... Tuhan dah bagi mata tapi awak tak appreciate langsung. Awak ni manusia jenis apa ha?! Orang guna mata untuk melihat. Tapi awak..." Zafran sengaja tidak mahu menghabiskan ayatnya. Miza dipandangnya dari atas ke bawah seolah-olah sedang mengejeknya.

       'Amboi! Main kasar nampak! Sentap ni. Sentap ni. Isy!' Miza menjerit dalam hati. Jejaka di hadapannya ditenung sambil memaki hamun di dalam hati. Siapa tak kenal Tengku Zafran? Anak seorang ahli perniagaan terkenal di Kuala Kangsar. Pemilik syarikat barangan elektronik tersohor. Malah, cawangan syarikat itu ada hampir di setiap negeri.

       Lamunan Miza terhenti tatkala jejaka di hadapannya itu berdeham. 'Ha ni dah kenapa pulak ni? Sakit tekak ye bang? Tulah cakap banyak lagi.' Miza sambung memakinya di dalam hati.

       "Ehem...ehem. Tak payahlah awak tenung muka saya yang kacak ni. Saya tetap tak akan terima awak jadi teman wanita saya. Lagipun saya dah tau apa yang awak akan cakap." Zafran bercakap dengan nada yang sangat angkuh sambil menayangkan muka sombongnya. Miza mula berasa marah apabila dituduh sebegitu. 'Perasan baguslah tu!' bentak hati Miza.

       "Apa awak cakap? Boleh ulang balik tak? Tadi tiba-tiba rasa macam ada langau lalu kat tepi telinga saya. Bunyi berdesing dia kuat sangat. Sebab tu saya tak dapat dengar dengan jelas." Miza mula bercekak pinggang persis mak sedang memarahi anaknya supaya pergi mandi.

       "Ish dahlah buta, pekak pulak. Forget it. Okaylah, saya ada banyak benda nak diuruskan. Boleh awak pergi dari sini? Dan pasal tadi tu, tak perlulah dipanjangkan lagi. Jadi tolong BERAMBUS." Halau Zafran.

       "Amboi amboi... sedapnya bahasa. Kau ingat aku ni gatai sangat ke macam pompuan lain? Muka pon macam gopal, perasan je lebih. Kau jangan ingat kau ni terhegeh-hegeh nak sangat kat kau eh. Kalau aku diberi peluang ke dua, aku lebih rela jatuh atas lantai daripada jatuh atas kau. Sekurang-kurangnya lantai tak akan marah balik sebab dia tau orang yang hempap dia tu orang yang sangat berbudi bahasa." Miza mula membebel macam makcik. Dia sudah mula membahaskan dirinya 'aku' dan 'kau' kerana terlalu hilang sabar dengan mamat di depannya itu.

       "Oooo kau nak cakap lantai ni lagi bagus dari aku? Kau ni memang dah buta. Dahlah rabun, buta pulak tu. Memang jenis tak pandai hargai kurniaan Tuhan." Zafran melempiaskan amarahnya. Miza semakin naik angin apabila diperli sebegitu. Kakinya sudah bersedia mencari mangsa.

       Bukkk! Kaki tegap milik Zafran ditendang kuat. Ambek kau! HAHAHAHAH!!! Miza tertawa puas.

       "Awak, memang melampau!!!!!!" Jerit Zafran sambil terlompat-lompat persis monyet nak buat persembahan joget lambak.

       "TOLONG SENYAP! SINI IALAH PERPUSTAKAAN. KALAU NAK BISING SILA BERAMBUS DARI SINI." Seorang gadis yang lengkap berpakaian baju pengawas dan mempunyai tag nama bertulis 'BATRISHIA' tiba-tiba bersuara. Zafran segera memohon maaf.

       "Siot punya pompuan! Woi, kau pahal tendang kaki aku hah!!" Jerit Zafran separa berbisik. Tidak terlalu kaut dan tidak terlalu perlahan. Cukup untuk didengari oleh Miza.

       "Dah kau tu perasan bagus sangat. Perasan je lebih. Tu baru tendang, kang kalau aku bagi penumbuk ala-ala Jackie Chan kang haa.. nanti kau pulak penyek kat sini." Miza menjeling Zafran.

       "Dasar minah senget!!!!!" Zafran masih tidak mahu kalah.

       "Nasib kaulah sebab kena tendangan aku. Rasakan!" Miza tertawa lagi. Hatinya puas dapat mengenakan semula lelaki tersebut.

       "Kau ni memang sengaja kan nak cari pasal dengan aku?" Zafran mula bengang. Hatinya panas memikirkan tendangan percuma yang diperolehnya sebentar tadi.

        Ketika baru hendak membalas, Miza tiba-tiba terpandang jam di tangannya. Sudah hampir 1 petang! Aku kena balik kolej! Ada perbincangan berkumpulan pulak!!! Miza menepuk dahinya. Khusyuk sangat berperang mulut sampai tidak sedar waktu berlalu dengan begitu cepat. Lantas, Miza segera berlari meninggalkan mamat di hadapannya.

      

      

      

      

 

      

Friends To The EndWhere stories live. Discover now