BAB 2

20 0 0
                                    

Setibanya di Cafe bapa Sabrina, mereka bergegas mengambil tempat yang biasa mereka lepak. Sabrina menjeling ke arah gim di sebelah Cafe bapanya. 'Mana mamat ni? Dia tak datang ke harini?' Getus hatinya.

"Kenapa Sab? Muka resah je dari tadi? Ada problem ke? Klau ada ceritalah. Kita sanggup tadahkan telinga kita yang comel ni untuk mendengar segalanya." Anis menyoal Sab tatkala sedar akan perubahan wajah Sab.

"Ish kau ni! Mana ada! Aku tunggu someone ni." Sabrina cepat membidas kata-kata Anis.

"Tunggu Aiman letewwww!!" Miza menyampuk sambil tersengih menayangkan giginya pada Sabrina.

"Biaselah orang dah gatai sangat nak kawen. Memang macam tu perangai dia." Ujar Syazwani sinis dengan nada gurau. Sabrina menghadiahkan jelingan mautnya pada Wani manakala Wani pula menghadiahkan Sabrina muka seposennya. Jaya mengekek sendirian melihat telatah sahabatnya.

"Dah dah! Korang nak makan apa ni? Order cepat! Panas aku lama-lama duduk sini!" Sabrina cuba menukar topik.

"Saya nak order hati awak." Jaya tiba-tiba jawab spontan. Habis terkejut Sab dibuatnya.

"Jaya tu memang.. macam tak biase pulak. Tak habis-habis dengan ayat berbunga-bunga dia tu. Dari zaman sekolah sampai universiti perangai tak berubah. Geli-geleman dibuatnya." Jaya menjeling Batrishia sambil tertawa.

"Kak! Saya nak nasi ayam." Ell sudah tidak boleh menahan rasa laparnya lalu terus meminta order pada kakak pelayan yang kebetulan lalu di sebelahnya.

"Saya pun sama! Eh tak! Ermmm saya nak nasi goreng paprik tapi tak nak pedas sangat. Nanti sakit perut." Vasugi turut meminta pesanan.

"Haih Vasugi ni macam-macam!" Syazwani menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Saya nak nasi goreng kampung!" Miza dan Batrishia serentak meminta pesanan yang sama. Miza dan Batrishia saling berpandangan sesama sendiri dan ketawa.

"Haih.. ada jodoh budak ekor ni nampaknya." Wani menyindir dua orang rakannya itu.

"Weyh korang! Jap tau aku nak gi dapur jap tolong apa yang patut." Sab bingkas bangun meninggalkan rakan-rakannya di luar.

'Haih manalah Aiman ni.. dah lama tak datang. Rindunya..' Sab mengeluh dalam hati sambil berangan dia kawin dengan Aiman. Wah bestnya! Sedang sibuk berangan tiba-tiba..

"GEDEBUKKK!!!!" Seorang jejaka bertubuh sasa tidak sengaja melanggar Sab. Sab tersengih. Nampaknya angan-angannya betul-betul terjadi.

"Oh Aiman ...Saya tak apa-apa.. cuma kaki terseliuh sikit. Auch! Boleh awak tolong saya bangun tak?" Belum sempat jejaka berbadan sasa itu bertanyakan soalan, Sab sudah menjawab terlebih dahulu. Sab yang sedang terduduk di atas lantai tidak memandang ke arah wajah jejaka tersebut. Tangannya dihulurkan ke atas supaya jejaka itu boleh memapahnya bangun.

"You kan ada kaki sebelah lagi boleh guna. Kenapa mau saya tulung? Orang muslim mana buley pegang lelaki kan? Tapi kalau awak mau juga saya buley tulung. Aaaa lagi sathu, nama saya aaaaa bukan Aiman laaa adhe manisss.. nama sayaaa Sanjit." Ujar jejaka bangla tersebut panjang lebar.

Mata Sab terbuntang. Hampir terkeluar biji matanya. 'Ya Allah!!!!!!!!!!!!' Sabrina meraung sekuat hati. Tapi hanya dalam hati. Dia pantas menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. 'MALUNYAAAAAA!!! MALU GILAA SIALLL!!!!! BODOHNYA AKU!!!!' Sab menyumpah-nyumpah dirinya sendiri. Sab tiba-tiba berdiri menghadap jejaka yang diingatkan Aiman tadi.

'Aduh! Bangla mana pulak ni.. tak tau pulak ada bangla datang makan kat sini. Haish!' Getus Sab.

"YOU NI BUTA KE? TAK NAMPAK I JALAN KAT DEPAN? JALAN TU GUNALAH MATA! BUKAN GUNA LUTUT!" Sab cuba menahan rasa malunya dengan memarahi lelaki bangla tersebut.

"Okay!! Okay saya mintha maaf aaa adey manisss." Bangla itu terus berlalu meninggalkan Sab setelah meminta maaf.

Sab sambung destinasinya menuju ke dapur. Tiba-tiba sekali lagi badannya dirempuh dan Sab jatuh terduduk lagi. Sab mula hilang sabar. 'Hish aku le mamat bangla ni. Tadi dah langgar ni langgar lagi! Aku bunuh jugak kau kang!'

"You ni memang sengaja kan! Apa masalah you ni? Elok-elok ada mata kang I jolok bijik mata you keluar baru tahu! You tak malu ke langgar perempuan? Tak guna!" Sab memarahi lelaki yang melanggarnya itu tadi.

"Err.. Sabrina? Awak okey? Maaflah kalau saya buat awak marah tapi saya memang tak sengaja terlanggar awak. Maaf sebab saya terburu-buru." Lelaki itu meminta maaf berkali-kali.

Lagi sekali Sab terkejut bukan kepalang. AIMAN!!!! APA AKU BUAT NI YA ALLAH!!!!!!! AKU NI MEMANG BETUL BETUL DAH GILA LAHH!!!! Dan untuk kesekian kalinya Sab mengutuk dirinya lagi. Sab cepat-cepat bangun dengan tersipu-sipu.

"Eh Aiman... maaflah.. salah orang.. tadi pun ada orang langgar saya.. saya ingat bangla sama yang langgar saya.. rupa-rupanya orang lain.. sorry lah..." Sab hilang kata-kata. Suaranya bergetar setiap kali berbicara dengan Aiman.

Aiman menghela nafas lega melihat Sab okey. "Takpe.." ujarnya lembut. Sab cair mendengar jawapan Aiman yang sopan itu.

"Awak dah makan? Kalau belum jom saya belanja makan . Erm sebagai tanda minta maaf sebab tengking awak.. sorry eh."

"Ehh x pe x pe.. lagi pun saya nak cepat ni. Nak pergi hospital.. kawan saya masuk wad. Sorry ehh.. saya pergi dulu.. assalamualaikum." Aiman meminta maaf lagi sekali dan berlalu pergi meninggalkan Cafe Affendi.

       "Waalaikumussalam..." Sab sungguh terkilan namun rasa malunya masih tebal. Setiap kali teringat akan kejadian tadi pasti dia akan menjerit dalam hati sekuat yang boleh. Destinasinya menuju ke dapur dibatalkan. Kini destinasi barunya adalah menuju ke arah rakan-rakannya.

"Ha Sab! Lamanya duduk kat dapur tuh. Buat apa?" Tanya Miza.

Sab pun menceritakan peristiwa yang berlaku sebentar tadi dari A hingga Z. Miza dan Anis sudah mengilai mendengar kejadian tersebut manakala Jaya, Vasugi, Bat dan Ell ketawa terbahak-bahak.

"Patutle lame beno.. buat jejak kasih rupanya..." Wani tertawa sambil menyindir Sab. Sab menekup mukanya dengan sebelah tapak tangannya sambil mengeluh.



Friends To The EndWhere stories live. Discover now