Wani melirik jam di tangannya sekilas. Sudah tepat pukul 2 petang. 'Manalah si budak Miza ni.. Kalau lambat seminit dua takpelah jugak. Ni setengah jam. Mereput aku duduk dengan deme ni. Dahler senyap je dari tadi.' Wani mengutuk dua ekor toyol yang bernama Afira dan Atira yang kaku tidak bergerak sambil bermain gajet masing-masing. Wani menjeling kembar tersebut lalu menjelirkan lidahnya pada dua orang kembar itu.
"Kau kenapa Wani?" Soal Afira. Pelik tatkala Wani tiba-tiba menjulingkan matanya sambil menjelirkan lidah kearahnya. Wani tergamam. Tidak tahu harus berbuat apa. Sangkanya kembar tersebut tidak akan menyedari perbuatannya kerana terlalu leka bermain dengan gajet. 'Aduh, ape aku nak jawab ni' Wani menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Errr hahahahah tak de apa.. Tengah regangkan otot mata dengan lidah ni haaa. Lenguh pulak. Ehehehe." Dia tersengih seperti kambing sengal sambil menepuk belakang lehernya. Afira dan Atira berpandangan antara satu sama lain lalu menjongketkan bahu masing-masing serentak.
"Oi geng! Sorry ahhh lambat!" Miza menerjah dari belakang Atira. Atira menjerit spontan dan jeritannya diikuti dengan jeritan Afira. Kembarlah katakan. Semuanya nak sama. Wani memukul belakang Miza.
"Awal kau sampai mak cik! Kau tau tak kau dah lambat setengah jam?" Wani memarahi Miza separa menjerit.
"Sorry ahhhh. Dah jom jom bincang ape yang patut." Miza cuba menukar topik.
💕💕💕💕💕
Tengku Zafran mendengus kasar mengenangkan kejadian dia dirempuh semalam. 'Minah senget tak sedar diri! Dahlah langgar aku pastu tendang kaki aku! Siot betol! Kalau aku jumpa dia lagi pasni memang aku cincang-cincang dia.' Tangannya digengggam sekuat yang boleh. Geram sungguh rasanya!
Habis saja kelas, dia pantas berjalan menghampiri kafeteria. Perutnya sudah bergendang meminta diisi segera setelah lima jam dibiarkan kelaparan. Jika berterusan, perutnya pasti akan mogok dan tidak mahu makan lagi akibat gastrik. Langkahnya dilajukan apabila semakin menghampiri destinasi.
Tangannya pantas mencedok nasi ke pinggan bercorak bunga. Tatkala tangannya sedang ligat mencedok lauk, matanya menangkap sesusuk tubuh gadis yang amat dikenalinya. 'Huh! Minah senget!' Zafran tersengih apabila dapat memikirkan idea untuk mengenakan gadis tersebut. Badannya didorongkan ke hadapan dan menolak gadis yang sedang mengambil lauk ayam masak merah.
💕💕💕💕💕
"PRANGGGGGG!!!" Pinggan di tangan Miza terhempas ke lantai yang masih separuh basah kerana baru selesai dimop oleh pekerja. Matanya terbeliak melihat nasinya bertaburan. Habis 7 ringgit aku!!!!! Miza menjerit dalam hati. Wajahnya didongakkan ke atas mencari gerangan siapakah yang dengki sangat hendak menolaknya.
"Kau lagi?!!! Hey, apa masalah kau ni hah? Buta eh? Mata kau letaknya kat mana? Kau memang sengaja kan nak cari pasal dengan aku? Apa yang kau tak hati sangat dengan aku? Cakap!!!" Miza melenting ke arah lelaki yang menolaknya. 'Alih-alih mamat ni lagi!!! Tak guna betul! Macam tak de orang lain kat dunia ni!' Getus Miza.
"Alamak, sorrylah. Aku tak sengaja terlanggar kau. Tiba-tiba kaki ni buat hal pulak. Tak sangka kau jadi mangsa keadaan Hahahahah!" Zafran ketawa senang hati.
Air muka Miza berubah. Air matanya hampir menitis apabila semua mata di kafe tersebut tertumpu ke arahnya. Malunya tak payah cakap. Hanya tuhan saja tahu. Miza segera berlari meninggalkan kawasan tersebut. Zafran mengekek apabila berjaya mengenakan gadis tersebut. Tiba-tiba dia terdiam. 'Dia menangis ke?' Soalnya hatinya apabila ternampak mata gadis tadi berair. Jantungnya berdegup pantas. Terasa pipinya semakin panas. 'Ah! Apa aku kisah, padanlah muka dia!' Zafran cepat-cepat membuang perasaannya jauh-jauh.
💕💕💕💕💕
"Bruh! Kau dah kenapa sial tolak minah tu?!" Tegur kawannya, Amirul. Dia memang tidak senang hati melihat perbuatan Zafran sebentar tadi. Sungguh memalukan kaum lelaki. Zafran tersengih sambil mengangkat bahu. Malas dia hendak cerita apa yang berlaku semalam. Lantak lah. Mirul menggelengkan kepalanya melihat muka Zafran yang selamba seolah-olah dia tidak bersalah.
"Hoi mamat tak guna! Apa masalah kau ah? Kau sengaja tolak kawan aku kan tadi? Kau tau tak dia tengah ikat perut sekarang ni sebab nak simpan duit? Kau ni perangai macam binatang! Sekarang ni kalau apa-apa jadi kat kawan aku tu, and dia kena gastrik, aku cari kau sampai ke lubang cacing." Wani menepuk meja dengan kuat. Zafran dan Mirul terdiam 30 saat memandang antara satu sama lain setelah gadis tersebut pergi.
"Asal ngan minah tu? Over betul." Zafran menjeling Mirul.
"Kau tak tau ke, mak budak yang kau langgar tu accident semalam. Kena operate. Mahal jugak kos rawatan. Dah kecoh satu kampus sebab mak dia kena langgar lari. Keluar berita kot. Kau tak tau eh?"
Zafran terkejut. Otaknya sedang ligat memproses kata-kata Mirul. Seraya kepalanya menggeleng. Zafran kelu untuk bersuara. Barangkali masih terkejut dengan berita yang disampaikan Mirul.
"Sahlah kau tak tengok tv." Sindir Mirul.
💕💕💕💕💕
Awal pagi lagi Zafran telah bangun. Hari ni dia ada kelas dengan Puan Solehah. Bilik kuliah masih sunyi menunggu pelajar-pelajar dan guru masuk. Zafran gegas mencari tempat duduk seseorang. Usai menjumpainya, sebungkus plastik dan secawan air sejuk diletakkan di atas meja yang bercantum sekali dengan kerusi itu. Setelah itu dia segera keluar dari bilik kuliah tersebut.
💕💕💕💕💕
"Miza, jom ah. Kelas dah nak start ni. Nanti lewat Puan Leha Merah tu mengamuk pulak." Gelaran Puan Leha Merah itu popular di kalangan pelajar kolej kerana guru itu suka mengenakan pakaian serta lipstik merah menyala.
Dua orang gadis itu berjalan seiring menuju ke arah kelas yang sama.
Miza termenung melihat bungkusan makanan serta minuman di tempat duduknya. Hairan. Biasanya tiada orang yang duduk di tempatnya kerana pelajar-pelajar kolej gemar duduk di kerusi sendiri setiap kali ada kelas. Budak baru mungkin. Sebelum beredar, matanya tertumpu pada sepucuk surat kecil di dalam plastik bungkusan. Miza segera mengambilnya. Surat comel itu dibuka dengan cermat agar tiada kesan koyak atau kotoran. Surat itu bertulis:
Kepada:Miza
Aku mintak maaf atas apa yang aku buat kat kau semalam. Aku tau aku bodoh. Tolong maafkan aku eh? Ni aku beli makanan ni sebagai ganti nasi kau yang jatuh semalam. Makanlah. Jangan sampai perut kosong. Sekali lagi aku minta maaf.
Ikhlas daripada:Tengku Zafran
Miza melipat kembali surat tersebut. Bungkusan makanan serta air diketepikan dulu. Selepas habis kelas baru dia makan. Rasa marahnya pada lelaki tersebut berkurangan setelah melihat perkataan 'minta maaf' yang ditulis pada surat itu.
YOU ARE READING
Friends To The End
FantasyNur Syawani(Wani), Sabrina Amani(Sab), Nur Miza Karmila(Miza), Batrishia Adzlin(Bat), Anis Najwa(Anis), Vasugi, Putri Nurfatini Eliyana(Ell) dan Jayashangari(Jaya) merupakan sahabat baik dari tingkatan 4. Nasib mereka baik kerana dapat sambung belaj...