Jam telah menginjak ke 3.00 pagi . Airish masih tidak boleh melelapkan mata . Fikirannya asik terfikir apa yang telah dikatakan oleh aunty Alnis .
Ishh . " Serabut kepala otak aku . Yang aunty Alnis pegi kata macam tu dah kenapa . Tengok aku dah tak boleh tidur . Tapi , sapa iman tu eh "Airish mula berkata sendirian sambil memandang siling biliknya yang terhias bintang bintang .
Tiba - tiba dia teringatkan sesuatu . " OMG esok aku sekola baik aku tidur . Esok ada jugak la yang bangun lambat " Airish kelam kabut membaca doa dan menarik selimut . Dia perlahan lahan melelapkan mata .
Selamat malam dunia .
****
( Darwish pov )
Aku menarik kerusi lalu meletakkan beg sekolah ku . Aku memandang ke sebelah mejaku . ' mana minah ni , dah pukul berapa dah ' aku mula bermonolog .
Untuk menghilangkan rasa bosan , aku berjalan ke sekitar sekolah sebelum kelas bermula . Dengan secara tidak sengaja aku terdengar perbualan beberapa orang budak perempuan kelas ku . Aku menyorok ditepi dinding .
" Weh apa kata kita prank Airish . Dia tu asik dapat jadi model sekolah je . Bukan cantik mana pun . Aku yang cantik ni pun cikgu tak amik . Geram betul . " Kata seorang perempuan yang memakai tudung tetapi terlalu singkat . Dia ingat body dia mantap ke . Nak tayang sana sini .
Aku mula khusyuk mendengar kerana ada nama ' Airish ' terselit di situ .
" Haah lah weih . Pastu kan , aku tengok dia dah rapat dengan budak baru tu . Sape eh nama dia . Ha Darwish " perempuan yang tidak memakai tudung itu mula menambah cerita . Amboii asal ada nama aku pulak ni .
" Whatt !!! Tak boleh jadi ni . Aku nak korang dua orang jumpa kat tempat biasa malam ni . Tahu la apa aku nak kerjakan perempuan tak guna tu . Berani dia rapat dengan Darwish aku " perempuan yang memakai tudung singkat itu sudah berapi .
Aku mengeluh lemah . Baru je nak tahu apa rancangan diorang . Wait . Sejak bila aku dia punya ni . Syok sendiri betul . Aku mula meninggalkan tempat tersebut , sebelum mereka perasan akan kehadiran ku .
Sedang berjalan menuju ke kelas, aku ternampak Airish yang sedang lintang pukang berlari . ' mesti bangun lambat ' aku sudah tergelak di dalam hati . Nak gelak kat luar tak boleh . Nanti tak macho gelak sorang sorang .
( End Darwish pov )
****" Huh sampai pun . Penat aku . " Airish termengah-mengah duduk di tempat nya . Dia memegang tepi beg nya . Mata nya tiba tiba membulat . " Wtf mana botol air aku ni . Aku dah lah tgh haus . Takkan tertinggal pulak " Airish rasa ingin menjerit sahaja . Malang sungguh nasibnya harini . Dah lah bangun lambat . Driver nya pula hilang pergi ke mana . Terpaksa la dia membawa motor . Sekarang ni , botol air pulak tinggal . Haih .
" Nah , lain kali jangan lari . Kan dah jatuh botol air kau ni . Selamat aku nampak " Darwish memberikan botol air itu kepada Airish . Airish rasa terkejut . Dalam masa yang sama dia berterima kasih dekat Darwish .
" Wah thankyou Darwish . Selamat awak nampak . Kalau tak mati kehausan lah saya . Dah lah kantin jauh . Kelas pun dah nak mula " Airish menyambut huluran Darwish . Dengan laju dia .
Darwish duduk ditempat nya lalu membuka buku . Dengan malasnya dia mendengar apa yang dibebelkan oleh cikgu Khairi . Airish hanya menggelengkan .
YOU ARE READING
Bintang Hati Saya √
RomancePertemuan yang tidak disangka membuatkan dia betul - betul jatuh suka terhadap gadis itu . Gadis itu sering bermain difikirannya . Dia cuba untuk menindakkan perasaannya tetapi semakin dia mencuba , semakin bertambah rasa suka itu . Sampai lah satu...