~AMIR~
Malam pun menjelma.Musim dingin terus berlanjut.Aku tidak dapat tidur nyenyak.Aku memutuskan untuk berjalan keluar di kedinginan malam ini.
Aku berhenti di depan sebuah restoran yang tukang masaknya merupakan warga malaysia.Jarang jarang ada restoran di Korea yang boleh dipercayai kehalalannya.
Walaupun tukang masaknya warga malaysia tapi pengunjung nya penuh dari Korea.Mungkin masakannya sesuai dan enak dinikmati.
Aku melihat menu yang terpapar di dinding.Walaupun ianya bahasa korea,aku boleh faham berkat buku yang penat lelah aku mempelajarinya.
"Kak! Saya nak order air teh!"
"Siap!" Waiternya terkejut melihat seseorang dari negaranya.
"Kamu dari Malaysia??" " Iya,saya ada tugas kat sini." Pelayan itu tidak banyak bertanya kerana ramai lagi pelanggan yang menunggu.
Sejurus menghirup teh panasnya,tekak ku kembali segar.Aku membayar duit dan memohon pergi.
"Bila-bila datang lagi ya.." Aku hanya tersenyum.
Aku meneruskan perjalanan pulang.Sedang asyik melihat pemandangan aku dilanggar.Buku nota yang kupegang terjatuh.
"Maaf.!..!" suara perempuan kedengaran. "Tak apa salah saya jugak..Saya pergi dulu ya.." aku membalas.
"Baik..maaf sekali lagi." Aku berjalan pulang tanpa memandang wajahnya.
Aku meneruskan lagi perjalanan.Setelah sekian lama,aku baru tersedar dia orang malaysia.Tapi ada satu hal yang terasa ganjil..
"Macam pernah dengar je suara tu??"
~SARAH~
"Sejuk!!!" Kedinginan malam ditambah musim dingin yang sedang dialami membuatku merungut sendiri.Aisyah pula sudah tertidur manis di katil sebelah.
"Baik beli air panas.Kalau tak silap ada restoran dekat sini." Aku berpakaian ala kadar dan menuju restoran itu.
"Wah,lagi sorang ya..tadi juga ada seorang laki dari malaysia." Pelayan itu bersuara
"Lelaki??" "Haah,tadi dia singgah minum sini,,untung dah lama tak dapat pelanggan malaysia hari ni dapat 2 orang terus.
Aku terus berfikir "Amir ke??"
Selepas minum aku terus berjalan pulang.Tapi langkah ku terhenti.Aku lihat Amir dengan seorang perempuan.
Tak lama kemudian Amir berlalu pergi.Wanita itu lalu dihadapanku. ""Dia orang Malaysia!!!""
YOU ARE READING
CINTA LUAR NEGARA
RomanceTiada angin tiada ribut.Tiba tiba kami dihantar ke luar negara.Bagaimana kami dapat mengatasi masalah ini? Dari saling tidak mengenali kini menjadi rapat.Kisah cinta yang berputik diantara mahasiswa ketika berada dinegara asing.Kisah cinta dengan al...