BAB 27

0 0 0
                                    

"Nama dia...."

******

"R..." Aku dan Adam mengulang huruf yang diucap Aina.

"A..." "RA Siapa pulak tu?" Aku berfikir tekun.

"H..." "RAH,Rahim!!,Eh siapa Rahim."

"S.." Tekaanku ternyata salah.

"I..." "RAHSI,Eh..What!!" Aku seakan sudah tahu yang dimaksudkan.

"A.."

Adam menyusun huruf-huruf itu.Aku hanya diam dan tersengih."R.A.H.S.I.A..Rahsia!! Siapa pula Rahsia ni?"

Aku mengetuk dahiku.Semakin kuat sengihanku.

Aina juga sudah muram."Aduh! Aku cakap RAHSIA...LAH PANDAI!" Aina akhirnya bersuara.Geram melihat Adam riak memahami perkataannya itu.

"Mana adil!"

Adam seakan merajuk.Tapi dalam hatinya sebenarnya bersyukur.Ternyata dia punya peluang mengisi hati Aina.Tanpa dia ketahui sebenarnya dia sudah mengisi hatinya.

"Kau pun tak bagitahu!!" Aina pula membalas.

Rasa tak adil pulak Adam tidak bagitahu."Malas aku bagitahu kau pun berahsia je!!...Bila tiba masa aku bagitahu lah.." Ayat terakhirnya diucap perlahan.

"Hah,laki sama je.Azmi tak sama kan??..Giliran Azmi cerita. Azmi tersimpul malu."Ok.." Adam memandang cemburu.

"Dah..biar aku yang cerita,giliran aku kan??" Adam sebenarnya hanya cemburu melihat Aina dekat dengan Azmi.Aina tersengih.

"Disebabkan kau tak bagitahu nama aku pun tak bagitahu nama.Aku sebenarnya suka kat seseorang ni.Ok,aku cerita sekarang." Adam memulakan cerita.

"Aku pertama kali jumpa dia masa masuk U ni.Dia ni bersama seorang kawan dia.Masa tu dia langgar aku.Tapi buat tak peduli je.Maaf pun tak."

Aina cuba mencari orang seperti yang dikata.Azmi pula sudah tahu.

"Aku tak tahu jodoh atau apa..aku jumpa dia balik kat DOT... yang sama.Dia mungkin tak ingat aku.Jujur awal awal aku tak minat dia tapi lama lama aku minat dia.Ok..Azmi pulak!!"

Laju sungguh pengenalannya itu.DOT itu bermaksud kelab yang sama.Faham faham je lah.Maksudnya Kelab Penelitian Sejarah nilah.

"Kalau aku jujur dulu minat kat seseorang ni.Mungkin orang sama dengan yang Adam minat." Azmi melirik Adam sebentar.Adam kelihatan terkejut.

"Tapi sekarang aku dah Move On lepas tengok Adam selalu dengan dia.Ok habis dah cerita aku.." Adam seakan bersyukur.Ini mungkin kerana tidak ada saingan yang ketat.

"Jadi kau dah tahu siapa yang Adam minat?,Bagitahulah aku!!" Aina teruja.

"Untung betul perempuan tu.Bukan seorang tapi 2 orang minat kat dia.Siapalah agaknya dia tu??"

Aina masih tak tahu yang dimaksudkan itu adalah dia sendiri.Azmi memandang Adam seakan berbicara.

"Nak bagitahu ke?" Adam menggelengkan kepalanya.

"Nanti kau tahulah Aina.Tunggu je masa." Adam melegakan hati Aina."Eh dah lama kita rehat ni jomlah sambung daki!!"

Aina mencadangkan.
Aina masih memikirkan.Tapi sudah boleh menahan hati dari ingin mengetahuinya.

Setelah dengan usaha kuat,titik peluh kami,akhirnya pendakian pun mencapai kemuncak.Nama kali ditulis dengan bangga sebagai tanda kami pernah mendaki gunung tertinggi Jepun ini.

Tinggal 2 hari lagi kami akan di sini.Kami bercadang esok sepenuhnya akan melawat tempat yang ingin dituju untuk memuaskan hasrat kami.

Pendakian merupakan aktiviti atau tugas terakhir kami di negara matahari terbit ini.Pendakian berjaya.Bentuk kecantikan Fuji Mount pun dicatit.Kami melewati misi dengan bangga.

"Hari ni kemas semua barang.Esok gerak Tokyo.Pergi tempat mana yang kita nak." Adam pun akhirnya membuat kata putus.

Kami bersyukur urusan kami di sini dipermudahkan.Pada awal ingatkan susah bersendiri disini tapi ternyata Allah memudahkan urusan kami dengan mudah.

"Terima kasih,Ya Allah.."

CINTA LUAR NEGARAWhere stories live. Discover now