BAB 21

0 0 0
                                    

Hari ini kami akan menuju ke beberapa tempat menarik di Jepun.Negara dibawah kepimpinan Abe Shinzo ini memang penuh dengan tradisi dan kebudayaan sendiri.

Tempat pertama yang menarik perhatian kami adalah Hiroshima Peace Memorial Museum. Dicatatkan pada 6 Ogos 1945, bom atom yang pertama kali digunakan sebagai senjata telah dijatuhkan di bandar Hiroshima, telah membunuh lebih daripada 70,000 orang Jepun.

10 tahun kemudian,Hiroshima Peace Memorial Museum dibuka,untuk memperingati peristiwa gelap dan berusaha mencapai persetujuan penghapusan senjata nuklear.

Tema perang inilah salah satu sebab kami menjadikannya tempat penelitian kami.Seterusnya kami bergerak ke Fukuoka menaiki kapal terbang.

Setibanya kami disana,kami bergegas ke Kyushu National Museum.

Ini adalah sebuah muzium negara yang boleh dikatakan muzium sejarah terbaik di Jepun.

Koleksi besar artifak di sini menceritakan kisah perkembangan Jepun sebagai budaya dan negara dari zaman prasejarah.

Muzium ini juga menyimpan beberapa barangan yang dianggap sebagai khazanah negara.

Kami bergerak pula ke Robosquare yang masih berada di Fukuoka.Ianya bukan sebuah muzium tapi tempat ini sangat menarik.

Di sini terdapat sebuah bilik yang penuh dengan pelbagai robot eksperimen dan boleh didapati secara komersial di Fukuoka.

Robosquare membantu pasukan tempatan menyediakan acara robot kebangsaan dan pertandingan.

Sekitar 11 Malam,kami menuju kembali ke Tokyo.2 hari lagi kami bakal menghadapi sesuatu yang mencabar.Kami bertekad akan mendaki Gunung Fuji.Gunung tertinggi di Jepun.

Esok kami akan ke Kitayama dan menginap disana.Walaupun pada awalnya kami protes akan ke luar negara sendiri tapi kini kami bersyukur.Ianya memudahkan lagi kami hendak berbuat sesuatu yang mencabar.

Adam: Hah Aina kemas barang kau hari ni.Kitorang dah kemas dah.Kau jangan nak tidur pulak lepas ni.

Aina: Tahulah aku..macamlah aku tak reti nak kemas baju.

Adam: Aku tahu pukul 8 nanti kau dah bangun,mandi dan dah kemas barang.Kalau tak kitorang tinggalkan kau.Betul tak Azmi?

Azmi hanya mengangguk mengiyakan soalan Adam.

Aina: Hah..Yelah.Aku nak rehat kejap.

Adam: Kang kau terlena tak dapat nak kemas baju.Nak kitorang tidur dengan kau sekali ke?

Aina: Ada ada je kau ni.Dah blah lak!.!
Pintu biliknya terus ditutup.

Dalam hati sudah berdebar tak karuan."Pahal lak Adam tu." Kalau boleh sudah lama dia bagi malangnya mereka lelaki,takut apa apa akan jadi.

"Walau baik macam mana pun lelaki tu bila berdua dengan perempuan akan bernafsu jugak" Kata seorang ustaz disebuah ceramah terngiang di lubuk hatinya.

CINTA LUAR NEGARAWhere stories live. Discover now