"Gunung Fuji Kami Datangl!!
Kami bertiga menjerit sejurus melihat keindahan Gunung Fuji di Kitayama ini.Orang ramai memandang kami dengan riak pelik.Kami hanya tersenyum.
Keterujaan yang akhirnya tercapai apabila kami dapat peluang mendaki Gunung tertinggi Jepun ini.Tiket semua sudah ada.Hanya menunggu masa untuk mendaki Gunung ini.
"Gunung Fuji teramatlah famous dengan hiker yang daki ke puncak semata mata untuk tengok sunrise.Gunung ini tinggi 3776 m dan merupakan gunung paling tinggi di Jepun.
Gunung Fuji ini bentuknya macam kon terbalik yang symmetical.Sebab tu gunung Fuji ni lawa tengok dari pelbagai sudut.Lagi cantik bila ada lapisan salji kat puncak tu.
Gunung ni sebenarnya gunung berapi pendam.Maknanya ada possibility gunung ni akan meletus lagi. Bila? Tak tahu. Kali terakhir gunung ni meletus adalah dalam tahun 1807-08. Tapi jangan risau, confirm selamat datang sini sebab aktiviti volcanic kat gunung ni sentiasa dipantau."
Kami membaca satu blog tentang lawatan seseorang ke Gunung Fuji dan dia memuji habis habisan keindahan Gunung ini.Ianya menambahkan lagi semangat untuk pendakian ini.
"Jom..dah sedia semua??" Seperti biasa Adam akan memimpin kami.Ciri ciri pemimpin memang ada padanya tambah lagi dia yang tertua di sini.
"Dah..aku tak sabar dari tadi." Aina dan Azmi sudah sangat tidak sabar untuk mendaki.Mungkin kali ini peluang Azmi untuk rapat dengan diorang.
Salji menambahkan lagi keindahan Gunung ini.Sudah sekitar 4 Jam kami mendaki.Kami akan berehat mengikut stesen kami sendiri.
"Wah..best betul!!...ha..hha" Adam berbicara sambil mengeluh penat.
"Tulah,dulu aku tak minat sangat mendaki ni tapi tak sangka pulak best macam ni." Azmi juga tidak terlepas memberi pandangan.
"Kalau Pensyarah ada mungkin kita tak dapat buat aktiviti sendiri.Nasib baik kita yang rancang semua sendiri." Kata Aina bersyukur Cik Nora tidak mengikuti lawatan ini.
Riang kami dengan gelak tawa distesen ini.Kami sudah solat Qada' semasa perjalanan ke sini.
Kami bercadang akan berehat di stesen seterusnya dan menunggu kedatangan Sunrise di Negara matahari terbit ini.
Cerita demi cerita sudah kami bualkan.Kini kami mencuba mengkaji kisah peribadi antara kami.
"Hei..Aina,sebelum ni kau ada pakwe??" Adam mula mengorek rahsia.
"Ok,lepas aku bagitahu kau pulak bagitahu." Aina mengancam. "Aku Ok je.." Azmi juga tidak terlepas ingin mendengar kisah mereka.
"Bukan sebelum ni..sekarang pun aku ade.." Jawapan Aina amat mengejutkan kami berdua.
Mana taknya ingatkan Aina suka Adam.Adam pula kini wajahnya sudah muram.
"Ok,skang kau pula bagitahu.." Giliran Adam pula bercerita. "Hah,tapi kau bagitahu dulu kau suka sape? Adam tidak puas hati selagi tidak mengetahui nama jejaka yang telah mencuri hati Aina.
Sebenarnya Adam juga sudah menyukai Aina.
"Eh..camtu pulak..Ok lah nama dia....dekat sikit aku bisik."
Aina menyuruh Adam mendekatinya.Azmi tak terlepas ingin tahu.Mereka berdua mendekati Aina.
"Nama dia........"
YOU ARE READING
CINTA LUAR NEGARA
RomanceTiada angin tiada ribut.Tiba tiba kami dihantar ke luar negara.Bagaimana kami dapat mengatasi masalah ini? Dari saling tidak mengenali kini menjadi rapat.Kisah cinta yang berputik diantara mahasiswa ketika berada dinegara asing.Kisah cinta dengan al...